Klik sini

Selasa, 31 Januari 2012

Sambal Petai Udang

Best Blogger Tips
Kebizian yang melanda membuatkan entry dalam blog ni asyik tertunda je. Kat rumah sekarang dah bizi dengan bisnes kek dan kat opis biasala bizi macam nila. Peningla dengan perancangan masa depan sekarang ni, serabut kepala hadoila, hanya Allah yang tahu betapa geloranya dalam hati ni...moga-moga Allah permudahkan segala urusan baik atas muka bumi ni, Amin.

Resepi hari ni ialah Sambal Udang Petai yang sangat sedap sampai menjilat pinggan hehehe.....
Sambal udang ni memang favorite apatah lagi kalau campur dengan petai pulak kan, seriusly sangat membuka selera walaupun dah kenyang. Apa yang bestnya sambal ni ialah saya masukkan sikit susu low fat supaya nak sikit rasa krimi konon-konon macam gantikan santanla, alahai suka sungguh buat resepi merapu. 
Nampak tak udang yang telah ditanggalkan kulitnya tu?kulit tu jangan buang tau. Kulit udang tu saya rebus dan kemudian saya toskan dan simpan air udang ni konon-konon macam stok udang jugak la. Masa saya buat sambal ni, agak-agak air tersejet dan kering, saya tambahkan stok udang. Kalau saya buat sambal, memang lama kadang-kadang sampai sejam sebab saya nak masak cili ni sampai betul-betul masak. Lepas tu saya memang guna api kecik je, sebab tu kalau kering tambah sikit air sampai color dia berubah la. Kalau perasan kan kalau kita buat sambal, makin lama masak atas api ni boleh simpan lama sikit. Kalau sehari biar tak panaskan pun tak basi lagi. Cuba sendiri kalau tak percaya. Saya dah buat eksperimen dah sebab tu boleh cakap macam ni. Macam projek sains lak kaji berapa jam selepas masak baru bakteria membiak dalam makanan hehehehehe....kalau rajinla nak kaji.
Meh layan jap resepi kat bawah ni.....
Bahan:
  1. Udang (agak-agakla tapi saya guna dalam setengah kilo je)
  2. Petai (ikut suka sukatannya tapi saya suka banyak petai dari udang)
  3. Cili Kering 7-10 tangkai ( rebus dulu bagi hilang bau nak bersin tu dan bagi lembik senang nak blend)
  4. Bawang Besar - 1 biji (kalau guna bawang merah lagi best, anggaran dalam 6 biji)
  5. Bawang Putih - setengah labu (ikutla, saya suka bau garlic sebab tu guna banyak sikit)
  6. Belacan / Ikan bilis - sikit je untuk kisar sekali dengan bawang
  7. Asam jawa - 2 sudu (1 sudu pun cukup tapi saya tak suka pedas sebab tu bagi masam sikit)
  8. Sos sotong - 2 sudu
  9. Garam / gula secukup rasa
  10. Stok udang ( diceritakan kat atas tu)
  11. Low fat milk - 3 sudu (saja letak)
Caranya:
  1. Bersihkan udang, buang kulit dan rebus kulit udang untuk dapatkan stok udang
  2. Blend cili kering +  bawang + belacan/ikan bilis
  3. Dalam kuali masukkan bahan yang telah blend tadi sampai pecah minyak, baru masukkan udang, petai, asam jawa, gula, garam, sos sotong dan biar je sampai kering
  4. Kalau kering tambahkan stok udang sampai masak.
  5. Ok dah siap...leh makan dengan nasi panas-panas..yum yum....
Bagi saya hidangan ni lengkap dengan karbohidrat, protein dan sayur. Sangat sihat bukan? Selamat mencuba dan menjamu selera....

Rabu, 18 Januari 2012

Daging kicap dengan Capsicum dan Potato

Best Blogger Tips
Satu lagi hidangan yang kelam kabut masak time lunch hour. Sebenarnya nak makan kat cafe je tapi cafe ni baru bertukar kepada pengurusan yang baru dan lauk pun hurmmm.....bukan mengada tapi tak kena pada selera, mungkin baru lagi sementara nak menyesuaikan keadaan kot.
Apa lagi masa tu baru teringat ada daging dalam peti sejuk, nak defrost memang tak sempatla rehat pun sejam je kan. Nasibla rumah pun dalam kawasan opis jugak, rempit balik rumah terus keluarkan seketul daging beku humban dalam kuali ni. Tanpa membuang masa tangan ni terus je cepat-cepat capai sayur apa ada je dalam peti ais.

Best jugak masak kalut-kalut macam ni terasa sedap la pulak hehehe perasan lagi. Tadi dah beli nasi kosong kat cafe, nak masak nasi kat rumah confirm lagi tak sempat kan. Dalam 20minit daging pun siap dimasak, empuk lagi. Buat pula makan sorang je lantakla bahan apa nak letak pun janji perut diisi sebab kejap lagi nak sambung buat kerja pula.

Nak tau resepi daging ni meh layan jap.....

Bahan:
Daging - 300gm
Capsicum - 1 biji
Potato - 2 biji
Kicap - 2 sudu
Bawang merah - 1 biji
Bawang putih - 2 ulas
Sos sotong - 2 sudu
Asam jawa Adabi - 1/2 sudu
Serbuk cili - tak letak pun tak pa
Sedikit air
Garam+gula secukup rasa

Caranya:
Kalau ikut cara saya semua ni masuk dalam kuali terus dan biar daging ni mendidih sendiri sampai kentang empuk. Guna api tinggi sebab kalau guna api kecil daging lambat nak empuk sebab kandungan air dalam daging akan kering. Kalau guna api tinggi, kandungan air dalam daging tak keluar sebab isi daging di luar dah keras (masak) so daging ni akan cepat lembut lagi. Ada lagi petua nak bagi daging cepat masak dan empuk ni dengan hiris daging melawan urat daging dan lagi masa masak daging masukkan sudu besi or benda logam supaya lebih panas dalam masakan, lepas masak baru keluarkan sudu besi.

Ok selamat mencuba dan menjamu selera....

Khamis, 12 Januari 2012

Marshmallow Muffins

Best Blogger Tips
Lama juga tak jenguk blog ni maklumla kesibukan bekerja. Muffin ni dah lama dah buat tapi baru nak update dalam entry ni. 
Kisahnya muffins ni buat sebab saya ada beli marshmallow halal, lepas tu kebetulan beli buku resepi untuk cupcakes ada resepi untuk marshmallow ni...apa lagi terus je buat sebab beli marshmallow ni banyak. Mau tak beli banyaknya sebab susahla nak dapatkan marshmallow halal sekarang ni. Mungkin semua orang tau kandung terpenting nak hasilkan marshmallow ni adalah gelatin dan gula aising. Nak dapatkan gelatin halal ni susah tau, bukan senang. Saya buat cheesecake pun beli gelatin jenama halalgel punya. Beli Halalgel kat Giant pun dia tersorok paling belakang, susah sangat ke?. Nama je negara Islam tapi penguatkuasaan makanan halal masih di tahap tak memuaskan pengguna Islam. Sebagai pengguna, saya boleh cakap begini sebab saya ada hak sebagai pengguna. Ya saya tahu....kebanyakan bos-bos pasaraya besar adalah bukan muslim tapi memandangkan negara ni majoritinya Islam dan Islam adalah agama rasmi kenapa masih banyak lagi makanan yang diragui halalnya. Nak cerita bab pengguna dan halal ni makin panjang pula nanti. Ok berbalik kepada resepi ni....

Resepi amatla mudah, gaul semua bahan dan masuk dalam cupcakes dan bakar je. Mudah sangat.

Ini buku resepi yang kiut miut ni, senang nak rujuk masa masak.

Kat bawah ni resepi yang sempat dicopy paste lagi

INGREDIENTS
70g butter (melted)
280g plain flour
6 tbsp cocoa powder
3 tsp baking powder
85g caster sugar
1 egg (beaten)
300ml milk
100g milk chocolate chips
55g white minimarshmallows

DIRECTIONS
1. Preheat oven to 190C. Place 12 muffin paper cases in a muffin tin.
2. Sift the flour, cocoa and baking powder together into a large bowl. Stir in sugar.
3. Whisk the egg, milk and melted butter together, then getly stir into the flour mixture to form a stiff batter. Fold in the marshmallows and chocolate chips.
4. Spoon the mixture into the muffin cases.
5. Bake muffins in preheated oven for 20-25 minutes until well risen. Leave to cool in the tin for 5 minutes, then transfer to wire rack and let cool completely.
6. eat, enjoy, serve, and accept compliments Eye-wink




Dapur kecik, semua bahan bersesak-sesak....tetiba botol sos cili ada sekali hehehehe

Selamat mencuba

Isnin, 9 Januari 2012

Mango Salad @Kerabu Pelam

Best Blogger Tips

Kalau sebelum ni saya cerita, sayur favorite saya adalah okra dan kali ni pula buah favorite saya adalah buah pelam (sebab saya orang kedah, saya panggil pelam). Memandangkan saya ni ada darah pertalian dengan siam dan berasal dari utara Malaysia, sudah tentula citarasa makanan saya lebih kepada pengaruh makanan dari Thailand. Kerabu pelam ni asalnya dari Siam tapi dibawa menjadi hidangan favorite di kalangan penduduk tempatan di sebelah utara Malaysia dan sekarang menjadi favorite semua orang yang suka makan buah mangga.

Mango salad ni juga sangat mudah penyediaannya. Pertama, kena ada buah pelam dan buah pelam kenalah parut. Parutan mangga ni kemudian digaulkan dengan cili api, bawang besar, udang kering dipanggang, garam, gula merah@gula kabung tapi saya guna brown sugar buat kek je, dan sos sotong. Gaulkan semuanya sehingga sebati dan keluar air. Sudah siap untuk dimakan bersama-sama nasi dan berkuahkan tomyam....yum


Selamat mencuba dan menjamu selera

Apple Pie

Best Blogger Tips
Apple pie inila saya buat jual masa open day opis tahun lepas. Sebiji ni saya jual RM2 tapi saiz besar tapak tangan. Balik rumah kira kos rupanya rugi huhuhu sebab saya beli pastry segera. Pastry segera ni sebenarnya over budget. Sepatutnya saya kena jual lebih mahal atau saiz yang lebih kecil. Tapi takpala saya anggap saya buat kenduri je masa tu hehehehe.....
Dalam entry yang sebelum ni pun saya pernah buat Tart Apple dan Apple Pie. Paling sedap masa buat tart epal tu hehehehe masuk lif tekan naik sendiri hehehehe.....

Filling untuk apple pie ni tersangatla mudah. Orang malas macam saya memang suka resepi yang simple dan tak berkecah dapur ni. Dalam satu bowl campur semua bahan dan gaulkan. Bahan-bahan yang saya gaul tu adalah apple+tepung jagung+serbuk cinnamon+garam+brown sugar+raisin. Senang bukan?

Bahan yang telah digaul sebati ni saya toskan airnya dan biarkan dalam peti sejuk dalam 30-45minit sehingga air buah betul-betul tersejat turun. Nak sejatkan dia tu, bahan-bahan ni letak dalam penapis dan bawah penapis ni letak mangkuk. Air akan mengalir ke dalam mangkuk. Air buah yang turun tu kemudian saya campur dengan 2 sudu butter dan panaskan dalam microwave selama 3minit. Hasilnya dari microwave, air apple tu akan pekat dan likat. Air yang likat tu saya gaul lagi sekali dengan buah epal tu. Ha dah siap dah filling. Sekarang masa nak mencanai doh pastry pula.

Saiz ni saya kecilkan sikit dari sebelum ni yang saya jual tu. Kat atas pie ni kena cucuk dengan garfu dulu, sebabnya....wap dari filling dalam pie ni akan bebas keluar. Kalau tak cucuk maka pie ni lepas kuar dari oven akan lembikla.

Meh cekedaut dia punya resepi 
Bahan:
  1. 500g pastry segera
  2. 2-3 biji epal granny smith (golden delicious pun bagus juga sebab dia kurang air)
  3. 1 cup brown sugar
  4. 2 sudu tepung jagung
  5. 1 sudu jus lemon
  6. 1/2 sudu serbuk kayu manis
  7. 1 tsp nutmeg powder. 
Cara:
  1. Semua bahan tadi mix dengan apple ni dah biarkan selama 30- 45 dalam peti ais dengan menapis buah untuk diasingkan jusnya.
  2. keluarkan epal tadi dari peti ais dan dapatkan jusnya. Nanti bila jus dah keluar, jus ni campur dengan 2 sudu mentega dan panaskan dalam microwave.
  3. Kita akan dapat jus yang pekat, jus pekat tu nanti mix lagi dengan epal dan terus masukkan dalam pastry. 
  4. Bakar dengan suhu 200C selama 20 minit
Selamat mencuba dan menjamu selera

Selasa, 3 Januari 2012

Fried Okra @ lady finger @bendi goreng kunyit

Best Blogger Tips
Selamat tahun baru kepada pembaca yang sudi meluangkan masa menatap blog buruk saya ni. Macam mana azam tahun lepas? azam tahun ni pula macam mana? hurrmmmm......pikir jap
Hampir setahun juga saya dengan dunia blog ni. Blog saya ni serupa buku masakan bagi diri saya sendiri, senang nak rujuk dan yang penting paperless, selamatkan alam sekitar hehehehe.....
Bagi permulaan tahun baru ni saya nak masukkan entry masakan kegemaran saya dan juga nostagia bagi diri saya. Memandangkan saya suka sangat makan sayur, jadi sesuai saya letakkan entry pertama ni sayur favorite saya.

Kenapa saya kata masakan ni nostagia ye?sebenarnya sayur bendi goreng ni kegemaran arwah ayah juga. Dulu masa zaman kanak-kanak, waktu pagi sehingga tengahari saya tinggal dengan arwah ayah je sebab arwah mak keja dan kakak-kakak yang lain semua sekolah pagi. Arwah ayah suka sangat goreng bendi, dia selalu masakkan sayur bendi kat saya untuk saya bawa bekal ke sekolah sebelah petang. Dulu bila cikgu tanya, mak masak apa hari ni?kawan-kawan sekelas semua pakat jawab macam-macam. Lepas tu bila cikgu tanya sapa yang emak dia tak masak?dah tentula saya yang angkat tangan sebab ayah yang masak. Lepas tu semua gelakkan saya sebab ayah yang masak. Pelik ka?saya tanya cikgu, bukankah ramai tukang masak lelaki?salah ka ayah saya yang masak. Masa tu cikgu saya diam tak bagi apa-apa jawapan pun. Sampai balik rumah pun saya fikir apa yang pelik sangat kalau ayah yang masak. Kalau bab masakan kampung, arwah ayah memang hebat dan arwah emak pula terror masak masakan antarabangsa sebab arwah mak suka mencuba masakan asing. Agak-agak saya ikut sapa hehehe....

Resepinya mudah je cuma sediakan okra,bawang merah, bawang putih, serbuk cili,serbuk kunyit,garam+gula sebagai perasa. Tumiskan bawang dulu kemudian baru masukkan semua bahan dan gorengla sampai masak. Mudah bukan?

Selamat mencuba dan selamat menyambut tahun baru

Ahad, 1 Januari 2012

2011...antara impian untuk belajar masak tercapai walaupun bukan di tahap pro

Best Blogger Tips
Dalam perkiraan saya ada beberapa minit je lagi kita akan meninggalkan tahun 2011 dan bermula episod baru pada tahun 2012. Saya berbangga juga sebab berjaya menghasilkan blog ni sebab blog ni juga merupakan inspirasi bagi saya belajar dan terus belajar dalam bidang masakan. Malu kiranya saya beritahu umum bahawa saya memang tak pandai masak apatah lagi kalau masak yang melibatkan kek dan roti. Saya selalu mengkagumi orang yang pandai buat kek dan roti sebab setahun yang lepas, saya tak reti langsung buat kek dan roti ni. Melalui blog saya belajar dan belajar melalui kegagalan dan akhirnya saya berjaya juga menghasilkan kek dan roti sendiri tanpa masuk kelas memasak secara rasmi. Sepanjang tahun 2011 adalah tahun mencabar juga bagi diri saya apabila suami aka mr.soulmate saya meneruskan kerjayanya jauh dari saya melangkaui 3 buah negeri dari tempat saya bekerja di sini. Saya sangat menghargai usaha dan kasih suami bila dia tanpa mengenal jemu dan penat dengan menaiki bas berulang alik setiap minggu untuk berjumpa saya.
Semenjak kami melalui perkahwinan jarak jauh ini, saya mula merapatkan diri dengan dunia maya ni. Saya mula belajar untuk setup sebuah blog bertemakan masakan ni. Dari blog ini juga saya banyak belajar resepi-resepi yang baru dari blogger-blogger yang hebat dari dapur Kak Ita masam manis, Cik Mat titifan biru, Wendy table for two dan banyak lagi yang banyak menyumbang idea dan tip-tip dalam masakan.
Kalau dulu sebelum ni kawan-kawan dan sedara mara selalu pandang rendah dengan masakan saya berbanding mr.soulmate sebab mr.soulmate memang cekap di dapur. Kalau saya cakap nak buat makan-makan pun orang akan kata "ini suami dia yang masak ni" huhuhu sedihnya saya yang tak pandai masak ni. Sebab tula tahun 2011 sangat bermakna bila saya mula belajar masak dan dapat berkongsi resepi dan tip dengan semua orang melalui blog ni. Jangan kata saya tak pandai masak dah tau sebab saya dah ada bukti dalam blog ni dan kebanyakannya ada step by step lagi. Ramai yang tanyakan saya guna camera DSLR ke untuk capture gambar masak ni dan sebab itu la saya letakkan gambar compact camera saya dalam muka utama blog ni. Saya bukan pandai ambik gambar pun dan camera saya ni selalunya set 'auto' sepanjang waktu sebab saya percayakan camera ni dalam setiap gambar. Selepas saya ambik gambar ni, saya akan edit pula dalam picasa untuk letak watermark dan sedikit edit dari segi pencahayaan dan kualiti gambar yang diambil. Dari segi kualiti dan prop gambar ni memang Kak Ita masam manis la yang terbaik.
 Dari segi resepi masakan pula saya selalu rujuk dengan Wendy table for two sebab resepi dia selalu lain dari yang lain dan banyak bahan masakan dia memang kena dengan selera saya. Kalau saya nak cari masakan kampung pula mestilah dapur cik mat jadi pilihan hati.
Boleh dikatakan hampir 98% resepi yang saya masukkan dalam blog ni adalah resepi percubaan kali pertama. Ada juga yang jadi disaster sampai tak boleh masuk langsung sebab malu masakan tak menjadi hahaha tapi walau apa pun saya sangat menghargai masa yang diluangkan semasa memasak dan bersama blog. Bila masakan menjadi, excited sangat nak muatkan dalam entry tambah-tambah lagi masakan yang 1st time cuba. Masakan yang jadi disaster tu saya ambilkan iktibar dan cuba lagi sehingga berjaya.
Dibawah ni saya akan senaraikan antara masakan disaster yang malu juga nak share dengan orang lain tapi tetap saya gembira sebab sekurang-kurangnya saya telah mencuba walaupun tak sesempurna seperti asalnya, layanla:
  1. macarons
  2. apricot-custard-tart
  3. cajun-fries-ala-popeye
  4. piri-piri-chicken
  5. japanese-cotton-cheesecake
  6. mee-goreng-cendawan
  7. bihun-goreng-tomyam
Dibawah ni pula antara masakan yang saya sangat excited buat sebab hasilnya memuaskan hati mengikut turutan dari awal tahun sehingga yang terbaru dan boleh dikira sebagai signature dish juga hehehe....
  1. chicken-with-mango-sauce-and-white
  2. caramelized-onion-mushroom-burger
  3. chocolate-croissant
  4. pulut-pelam-thai-mango-sticky-rice
  5. chicken-mushroom-pizza
  6. strawberry-smoothies
  7. chocolate-dipped-strawberry
  8. apple-and-carrot-yogurt-smoothie 
  9. pineapple-upside-down-cake 
  10. cheesy-meatball 
  11. mango-lassi 
  12. mango-yogurt-muffin 
  13. healthy-brownies-without-sugar
  14. apple-pie
  15. red-velvet-cupcakes-with-cream-cheese
  16. basil-chickenball-with-spaghetti
  17. mango-ice-cream
  18. kueh-keria-fried-sweet-potato-doughnut
  19. puding-roti-epal
  20. roti-simple
  21. mushroom-chicken-soup
  22. minestrone-soupmenu-untuk-cepat
  23. dhal
  24. sour-cream-chocolate-cake
  25. daging-burger-black-papper-with-veggie
  26. spaghetti-with-pesto-sauce
  27. red radish salad
  28. bun-sosej
  29. passionfruit-yogurt-cheesecake
  30. grilled-chicken-chop-with-apple-salad
  31. blended-orange-cake-mix-dengan-coklat
  32. chicken-cordon-bleu
  33. gratin-dauphinois-aka-kentang-lapis
  34. strawberry-custard-jelly
  35. apple-tart
  36. kek-lapis-coklat-kukus
  37. spaghetti-agli-e-olio
  38. mi-udon-sup
  39. quesadillaoh-rosalinda-ayamorayamor
  40. cream-cheese-with-prune-n-apricot-bun
  41. cherry-custard
  42. veggie-soup
  43. ayam-panggang-mustard-dan-tortilla-wrap
  44. udon-goreng
  45. apam-belang-yogurt-strawberry
  46. meat-pie
  47. taco-vs-capati
  48. curry-spaghetti
  49. spaghetti-meatball
  50. udon-goreng-bijan-sesame-stir-fried
  51. spaghetti-goreng-bolognese-keju
  52. oat-crips-chocolate-cookies
  53. buttermilk-chocolate-cake
  54. pineapple-upside-down-cake-twin-cake
  55. sotong-dengan-cayenne-pepper
  56. beef-stew-idea-jamie-oliver
  57. mushroom-spaghetti
  58. cheese-brownies
  59. spaghetti-agli-e-olio
  60. salad-oren-dan-epal
  61. ayam-mustard-dengan-nasi
  62. chickenball-oats
  63. nasi-lemak-gantikan-santan-dengan-low
  64. chicken-lasagna
  65. kek-layer-coklat-dan-cheese
  66. salsa-salad
  67. oven-roasted-chicken-breast
  68. chocolate-pancake-in-morning
  69. apple-yogurt-smoothies
  70. omelette
  71. corn-fritters-with-dried-anchovy
  72. bun-cranberries
  73. brownies-racheal-ray
  74. set-grilled-chicken-with-corn-asparagus
  75. sotong-tempura
  76. puding-mango
  77. strawberry-yogurt-cheesecake
  78. salad-buah
  79. nasi-goreng-fennel
  80. stew-daging-korban
  81. ayam-panggang-fennal
  82. strawberry-mahalabia
  83. homemade-rotiboy
  84. strawberry-scones-with-strawberry-glaze
  85. all-america-chocolate-cake 
Selamat menyambut tahun baru dan selamat mencuba resepi baru!!!