Klik sini

Ahad, 6 Mac 2011

Chicken with mango sauce and white mushroom bow tie pasta

Best Blogger Tips
Semalam saya jumpa mango yang masak ranum kat tesco terus teringat masakan husband saya.... grill chicken bersama kuah mango, memang sedap sangat apatah lagi saya ni penggemar buah mangga.

Inila rupanya masakan suami saya tapi kali ni saya buat cara saya pulak

Ini pula masakan saya...yum yum
Untuk masakan ni saya lebih suka guna mangga yang masak ranum dan manis, kalau sedikit masam pun ok jugak asalkan tambah sikit gula atau madu. Ayam pula saya ambil bahagian banyak isi dan belah jadi lebar. Saya perapkan selama 30 minit hingga sejam bersama onion dan garlic yang dicincang, madu, daun bay, thyme, oregano, black pepper, garam dan serbuk kayu manis

Ayam yang diperap tadi di bakar dengan butter

wahhh makan ayam saja pun ok kan?
Hidangan ayam yang siap dimasak ketepikan, kita beralih ke kuah mangga kita pula. Mangga tadi dipotong kecik2 supaya senang nak dilecek. Lecek mangga ni ala2 mcm nak buat cekodok jugak hehehe. Cara suami saya, mango diblend sampai hancur tapi saya pilih untuk lecek supaya rasa mangga ni lebih pure


Selepas cairkan butter, saya tumiskan bawang sampai caramelised dan masukkan mango tadi.



Kemudian saya masukkan madu, serbuk cinnamon, krim pekat dan sedikit air. kalau rasa pekat boleh tambah air dan kacau sampai pekat balik selama 30 minit. Saya suka masak mango ni lama sikit supaya air mango ni keluar dan sebati dengan bahan yang lain.

Makan ayam je tak puas kalau takdak carbohydrate kan.....so saya masakkan pasta jenis bow tie dengan mushroon soup


Pasta jenis bow tie ni macam biasa rebus dengan sedikit minyak dan garam. Pasta ni sekejap je lembut tak mcm kita rebus spageti

mushroon soup ni kalau nak buat pun boleh tapi mcm renyah pulak so, saya pakai instant je...
Kalau nak buat mushroom soup biasanya bahan, tepung gandum, tepung jagung, mushroom jenis button yang dicincang, butter, krim, lada hitam dan garam atau kalau nak lagi sedap masukkan kiub pati ayam.

Bahan-bahan untuk Ayam
1 bahagian dada ayam dibelah supaya lebih nipis dan lebar
1 biji bawang dipotong dadu
3 ulas garlic yang dicincang
sedikit madu
1 helai daun bay
serbuk thyme
serbuk oregano
serbuk lada hitam
garam
serbuk kayu manis
butter

Cara-caranya:
Bersihkan ayam dan buangkan tulang
Perapkan ayam bersama-sama bahan2 seperti di atas selama 30 minit sehingga sejam
Panaskan non-stick pan dengan butter
bakar ayam bersama bahan perapan hingga masak

Bahan-bahan untuk Sos Manga:
3-4 biji manga jenis harum manis (pilih yang sudah masak)
bawang
serbuk kulit kayu manis
madu
krim pekat
Butter
sedikit air

Caranya
Kupas manga dan potong kecil2 supaya senang nak blend atau lenyekkannya
Cairkan butter dan tumis bawang hingga keperangan tapi jangan sampai hangit
Masukkan manga yang telah dilecek bersama-sama serbuk kayu manis, madu dan krim pekat
Tambah air jika terlalu pekat dan masak sehingga 30 minit.


Macam tak complete kalau takdak sayur hijau.....dalam peti ais pun takdak sayur hijau kecuali sawi, sawi pun ok la janji hidangan kita cukup dengan carb, protein dan veggie.
Selamat mencuba.....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

eeee rughi x duk quaters....rughi...

Food at home berkata...

hahaha sapa ni yg rugi tak dok quaters?hehehe kuah mango nampaknya banyak lebih so petang ni nak buat donut filling mango lak hehehe.....kalau banyak leh bawak ke ofis sikit