Selasa, 15 November 2011

Strawberry Yogurt Cheesecake

Inilah resepi kali pertama cubaan. Tak sangka pula senang je pembuatannya cuma bahan-bahan agak mahal sikit. Sebelum ni saya kurang berminat nak buat cheesecake sebab saya agak muak kalau makan cheesecake tapi resepi ni saya olahkan sikit dengan menggantikan whipping cream kepada yogurt. Bila digantikan dengan yogurt takla rasa muak sangat dan yang penting lebih sihat berbanding whipping cream.


Kek ni rupanya macam kek Passionfruit Yogurt Cheesecake cuma saya gantikan strawberi di lapisan atasnya. Strawberi ni datang segar dari ladang sebab baru turun dari Cameron Highlands.

Langkah pertama nak buat cheesecake kena hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair dan padatkan dalam loyang. Saya guna biskut blueberry. Kemudian bila biskut dah padat saya simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit supaya lapisan biskut mengeras sepenuhnya.

Sementara nak menunggu lapisan biskut mengeras, saya sediakan topping kek ni. Saya masak buah strawberi bersama sirap gula. Bila sirap dah mendidih baru saya masukkan 1 sudu gelatin jenama halagel (1 botol gelatin dari kedai bagus dah buang dalam tong sampah sebab halalnya diragui. Sebabnya gelatin tu memang ada tanda halal tapi halal yang dibuat oleh kedai dan bila selidik2, rupanya itu gelatin lembu. Kedai bagus pula owner dia beragama Buddha so, daripada nak guna berwas-was lebih baik buang je walaupun harga dia mahal gak). So sekarang apa-apa gelatin saya guna jenama Halagel. Walaupun harga halagel ni jauh lebih mahal berbanding gelatin yang mudah didapati di pasaran tapi sebagai orang muslim lebih penting bagi saya menentukan yang halal dan selamat bila nak makan, yela makan minum yang masuk dalam perut ni nak jadi darah daging jugak. Sebagai contoh sos tabasco la, dulu yakin halal makan je tambah-tambah bila makan kat pizza hut, tak mau-mau tuang tabasco tapi bila dah claim non-halal dah tak makan lagi dah. Yang dah masuk dalam perut nak buat macam mana sebab masa kita makan tu kita dah yakin halal.

Panjang lak cerita pasal halal haram ni. 
Ok, sekarang saya buat lapisan tengahnya yakni lapisan paling penting yang menentukan kesedapannya hehehehe.....aicehhh
Lapisan ni pula saya campurkan cream cheese+gula+yogurt+gelatin selepas lapisan biskut. Saya tuangkan 1/3 adunan krim cheese td ke atas adunan biskut. Ratakan dan letakkan buah strawberry. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam

Letak jari atas permukaan, kalau krim tak melekit atas jari maksudnya masa yang sesuai untuk tuang topping strawberry. Sirap strawberry yang saya masak tadi saya tuangkan atas permukaan yogurt. Kemudian kek ni simpan dalam peti sejuk semalaman atau 3jam.

Tadaaa....inilah hasilnya. Saya sangat seronok sebab cheesecake ni rasa macam ais krim yogurt kat tutti fruti pula. Tak muak sangat sebab rasa yogurt memang sedap. Kat bawah ni resepinya, saya copy paste dari tenet.
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - gantikan dengan yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin (gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
Buah stoberi+ 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk . Suamkan seketika then curahkan atas kek.

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping dgn mencampurkan buah strawberry dan air gula dan gelatin. Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. .
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.
 
Selamat mencuba

10 ulasan:

Rasmuna Mun berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rasmuna Mun berkata...

eh!!senangnya x payah masuk oven...nanti aku nak buat annivesary's cake la...thanks for the recipe...cheese ke yogurt lagi sedap?

Hafirdaus berkata...

dua-dua tu sedap tapi resepi ni aku gantikan whipping cream dengan yogurt. Aku suka yogurt sebab bila beku rasa macam ais krim yogurt

Rasmuna Mun berkata...

silap plak whipping cream bkn cheese.....aisehh...

Hafirdaus berkata...

sebenarnya ikut citarasa masing-masing tapi bagi taste aku, aku suka rasa yogurt lagi sebab dia masam tak muak sangat makan sebab dah ada cream cheese

Tanpa Nama berkata...

kalau letak yogurt nak kena letak lemon gak ke?

Hafirdaus berkata...

yogurt dag masam jadi takyahla letak lemon sebab nanti lagi masam. selalunya kalau bahan dia ada heavy cream barula letak lemon supaya rasanya lebih light

lilyerliyani berkata...

akak, kita penah buat skali.guna resepi orang lain tapi sama je mcm akak buat nih. tapi tak jadik la. and then bila bukak je loyang tu dia cair. dan jatuh...huhu,lepas tu nak keluarkan dari base nya, biskut tu macam melekat kat loyang base tu. macam mana nak potong nanti? dah ngeri nak buat lagik.hihihi

lilyerliyani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Hafirdaus berkata...

Kalau kek cair tu samada gelatin tak cukup dengan cecair/adunan kek or kek tak cukup frozen. Kalau guna gelatin sikit kena make sure adunan tu frozen tau. Bab base tu, butter mesti secukupnya dan base dia kena betul2 padat. Kena guna loyang jenis loose supaya mudah nk tanggalkan. Lagi satu sebelum kuarkan kek, ketuk2 dulu belakang loyang supaya base dia akan mudah tertanggal dgn loyang nanti.