Rabu, 27 Julai 2011

Quesadilla.....oh Rosalinda ayamor.....ayamor........

Maraton posa ganti sungguh ni, Ramadhan pun semakin hampir. Hari ni penatla serius sakit tonsil dengan kelopak garam kat lidah ni rasa macam bad mood sangat. Tapi bila pikir-pikir balik kalau kita sakit ni maksudnya Allah nak mengurangkan sikit dosa kita dengan sakit ni. Dosa dengan mr. soulmate huhuhu takutnya...minta ampun lepas tu ulang lagi gena nak jadi isteri solehah ni

Ingat nak buat makan simple-simple je buat berbuka, teringat tortilla kentang yang beli kat giant baru-baru ni pastu nampak cheese dan frozen food, buat quesadilla la. Teringat cita mexico Rosalinda dengan Fernando Jose, sambil bakar tortilla sambil nyanyi lagu Rosalinda.

Untuk sayuran saya buat salad oren mix dengan epal, carrot dan bawang je.

 Ni yang ada dalam fridge, frozen food

 Frozen food ayam pandan

 2 biji telur dicampur dengan cajun, black pepper dan oregano dan dijadikan telur dadar. Bahagi kepada dua bahagian dan saya letak keju di atasnya

 Dengan sikit butter atas pan, saya bakar tortilla kentang dan ayam 

 Di atas ayam tu saya letak telur dadar dan keju kemudian tortilla dilipat sebelah
 
 Dalam mangkuk yang lain saya sediakan bahan untuk salad. Saya grated kan carrot, epal hijau, oren dan bawang. Saya perasakan dengan garam dan gula
 
 Di atas quesadilla ni saya letakkan sos cili, thousand island dan favorite dijon mustard
 
Selamat berbuka puasa dan menjamu selera

Tiada ulasan: