Klik sini

Ahad, 24 April 2011

macarons

Best Blogger Tips
Cerita nak buat macarons ni dah nak dekat 2bulan tapi percayala bila kita decide nak buat macarons ni, kena ada tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi. So, tak hairanla kenapa macarons yang jual kat Shooping Gallery, Subang...mahal xhinggat. Aku ingat nak beli je tapi sebab harga yang macam tak logik, tu yang aku decide nak buat je kat rumah. Sebenarnya apa yang jadi kat macarons aku ni tak berapa jadi tapi xpa next time akan aku buat lagi macarons ni. Rahsia yang paling penting nak buat bagi jadi macarons ni ialah semua bahan kena kering termasuklah jenis pewarna kena pakai jenis serbuk bukan jenis liquid. Serbuk almond kalau macam lembap je tu kena masukkan dalam microwave dulu bagi betoi2 kering. Sebabnya macarons ni bila kita pipping je atas baking paper xmau jadi cair, maksudnya bentuknya kena berdiri teguh hehehe....mcm mana nak cakap tah......

Inilah rupanya macarons yang bentuknya tak berapa nak jadi tapi rasanya sedap cuma manis je la. Next time kalau nak buat macarons lagi memang kena kurangkan gula. Kalau nak balance kan rasa manis dia, minum la dengan hot tea atau air oren yang masam2 sikit xla terasa manis sangat kan.

Macam saya cakap tadi, kalau nak bentuknya cantik kalau boleh minimumkan kandungan moist dalam adunan ini. Inila jadinya kalau bahan yang kita guna tak cukup kering, bentuk dia akan cair masa kita pipping 
Kali ni dah hati-hati sikit jadi bentuk dia pun macam jadi sikit la hehehehe

Ini rupa yang adunan terlalu cair, bentuk memang out tapi rasa sedap...kalau bentuk jadi mcm ni jangan buang sebab rasa dia sedap (macam puji diri sendiri lak)

 Rupa macarons yang jadi sikitla dari yang atas tu

 Rasa sedap tapi manis sangat sebab boleh dikatakan kandungan bahan dia 70% ialah gula



Inilah bahan dan cara nak membuatnya. Sebenarnya resepi asal ni dia guna serbuk badan 80g tapi saya dah terbeli serbuk badam 50g so, saya buat calculation untuk semua bahan untuk kali 62.5%. Macam ni ambik calculator 80 X 0.625 = 50 kan....ha macam tula..hehehehe (maklumlah dulu sekolah belajar engineering tapi bila besaq minat nak masak pulak) 

Bahan:
50g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
40.6g gula castor

50g serbuk almond
87.5g gula icing
pewarna
1/2 tsp perisa lemon

Cara membuatnya:
  1. Mula-mula saya ambik duit syiling 20sen lukis atas baking paper dan jarakkan 3cm tp ms nak piping tu terbalikkan baking paper. Mula2 rajinla nak ukur2 ni tapi kertas yang kedua, ha main agak jela malas nak ukur2 ni
  2. Pukul telur putih sampai kembang, bila dah kembang masukkan sikit2 gula castor. Kiranya kalau jamie oliver terbalik atas kepala, adunan tak jatuhla (kalau ikut episod jamie oliver mesti paham)
  3. Guna spatula kaupkan adunan tadi dengan serbuk badam, gula icing, perisa lemon pelan2 sampai sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada berapa banyak pewarna yang kita ada. Lepas sebatikan dengan pewarna baru start mempippingkan atas baking paper.
  5. Rehatkan adunan kita selama 45minit atau sehingga kering (maksudnya bila sentuh, dia tak melekit kat jarila)....(saya ni malas nak tunggu sampai kering, agak2 sejam terus masuk oven)
  6. Panaskan oven 140C dan bakar selama 15 minit.
Atas sebab beberapa step yang saya miss juga menjadi punca sebab macarons saya tak berapa cantek bentuknya.  

Tiada ulasan: