Klik sini

Selasa, 1 November 2011

Bun Cranberries

Best Blogger Tips
Nak tayang buat bun baru-baru ni. Buat bun ni sebab nak buat bekal nak bercuti dengan girlfriends kat Genting Highlands. Bilik hotel dah beli awai-awai 2 bilik yang boleh bersambung. Roti ni pun dah selesai makan, sebiji pun dah tak dak sekarang ni.

Resepi roti ni sama ja macam yang saya buat bun sosej dan cream cheese bun.
Kalau nak resepi boleh klik link yang saya bagi tu.

Roti ni saya buat 2 kali. Kali pertama buat, tak naik sangat sebab ada kesilapan teknikal sikit dan ini yang kali ke-2 lepas saya tak puas hati dengan hasil yang pertama tu. Petua next time kalau nak buat roti lagi, tunggu yis fluffy dulu dalam susu dan gula sebelum dimasukkan dalam tepung. Lagi satu masa yis tengah kembang jangan letak garam atau mentega lagi. Yis akan merajuk dan dia tak nak kembang-kembang lagi dah.

Selamat mencuba

Tiada ulasan: