Klik sini

Jumaat, 10 Jun 2011

Mushroom Chicken Soup

Best Blogger Tips
Hari ni masak sorang-sorang, makan sorang-sorang, tengok tv sorang-sorang dan demam pun sorang-sorang gak. Aduhai sakitnya jiwa dok sorang diri macam ni.....ni yang kena cepat-cepat cari kekosongan jawatan kat Kedah pulak ni
 Memandangkan badan tak berapa nak sihat hidung dah berair, bersin tak berenti-renti, kepala pun nyut-nyut tapi lapar. Saya masak makanan macam orang sakit jugakla. Malam ni saya makan roti dan mushroom chicken soup je. Makan dua keping roti dah kenyang. 

 Bahan dan cara buatnya mudah saja, sapa saja leh boleh buat.
Bahan:
10 Shitakei mushroom
2 sudu Tepung Gandum
1 sudu tepung jagung+3 sudu air
1 sudu Butter
3 sudu ayam potong dadu
1 biji bawang holand
3 cawan air
2 cawan susu segar
secubit lada hitam
madu / garam

 Caranya:
  1. Panaskan kuali, cairkan butter dalam pan
  2. Masukkan tepung gandum, kacau tak henti-henti dan baru masukkan air sikit demi sikit, teruskan kacau
  3. Masukkan bawang, ayam, cendawan dan tunggu sampai mendidih, baru masukkan susu
  4. Perasakan dengan lada hitam, madu dan garam
  5. Last baru masukkan bancuhan tepung jagung
Lepas makan roti dan mushroom chicken soup ni, makan panadol dan pengsan terus sampai esok pagi.
Selamat mencuba....

2 ulasan:

Rasmuna Mun berkata...

mmg feveret aku pun mushroom soup nih!!tp slalu bli instant je...

Noor Hafirdaus berkata...

ha senang je buat lagi sedap dan fresh sebab kita tak letak bahan pengawet mcm instant punya...kalau nk sedap leh gantikan air tu dengan stok ayam