Klik sini

Ahad, 5 Jun 2011

Kueh Keria @ Fried Sweet Potato Doughnut

Best Blogger Tips
Minggu ni antara minggu-minggu yang sibuk. Sibuk dengan kerja di pejabat, sibuk dengan adik beradik, sibuk dengan urusan perpindahan mr. hubby dan sibuk dengan diri sendiri pun ada gak. Agak seminggu jugak saya mendiamkan diri di blog ni. Entry kali ni buat kuih keria saja sebab kat sini kuih keria tak sesedap kuih keria buat sendiri. Sebabnya kuih keria kat sini tak sedap, ubi sikit dan tepung banyak...kuihnya jadi keras. Okla layan gambar....

Ini yang belum disira dengan gula...amacam rupa dia....kali terakhir buat kuih keria 16 tahu lepas

Sweet potato ni kena bilas dulu sebelum rebus, yang pasti xdak tanah yang melekit kat ubi

Lepas rebus ubi, lecekkan ubi macam ni then bila dah lecek, mix dengan secawan or 3/4 cup of flour 

 Kalau kuih ni melekit2 kat tangan, jangan tambah tepung takut terlebih tepung lak nanti. Masa bentukkan kuih ni, tabur dulu tepung supaya dia xmelekit kat talam plak. Lepas tu gorengkan kuih dengan minyak secukupnya

 Selalunya kalau nak sira gula ni, jangan lebihkan air dari gula. Saya pakai sukatan 1 cup gula dan 1/2 air. Sentiasa kacau gula sampai dia jadi macam bertali atau berbuih dengan api yang sangat kecik baru letakkan kuih keria yang digoreng tadi. Bila nampak gula dah melekit kat kuih keria baru tutup api.

Gula saya ni color coklat sikit sebab saya tak pakai gula biasa, saya pakai brown sugar.

Tiada ulasan: