Klik sini

Rabu, 21 September 2011

Sotong dengan Cayenne Pepper

Best Blogger Tips
Sebenarnya aku dah lama tak makan sambal sotong. Lebih kurang bertahun jugakla tak makan sambal sotong. Baru-baru ni masa shopping kat 'Giant' nampak sotong baru sampai kot masa tu sebab nampak fresh je terus teringat sambal sotong. Apa lagi tanpa tertahan-tahan air liur pun sluuppp....telan balik...terus capai plastik bag dan ambikla 2,3 ekor je yela makan sorang katakan.

Sampai rumah baru teringat punya excited ambik sotong tak ambik pulak serai dan cili kering nak buat sambal ni. Selongkar punya selongkat pantry jumpala cayenne pepper, paprika dan cili flake je huhuhu sedih kan....nampak sangat tak suka masak masakan tradisional lansung.

Demi mencapai hasrat dan cita-cita murni yang bertahun kurun tak makan sambal sotong maka hari ni dengan gigihnya akan ku buat sambal guna paprika, cayenne dan cili flake ngeh ngeh negh.....
Jom intai resepi sambal sotong fusion ni,
Bahan:
  1. 2-3 ekor sotong saiz sederhana
  2. 1 biji bawang besar
  3. 2 ulas bawang putih
  4. cili flake 
  5. serbuk paprika
  6. serbuk cayenne
  7. garam/gula
Cara:
  1. Blend or tumbuk je bawang2
  2. panaskan kuali, masuk bahan blend bersama cili flake, paprika dan cayenne
  3. Bila dah pekat or pecah minyak baru balancekan perasa garam dan gula
  4. Ok siap

Telefon berbunyi ring ring ring...mr.soulmate call tanya makan apa, jawab makan nasi.....terkezut kot mr.soulmate tetiba makan nasi plak hehehehe poyo kan bini dia asyik makan spaghetti je tah entry pasai spaghetti berjela-jela tapi entry pasal nasi cuma ada nasi ulam tu je. Yela dah buat sambal sotong mesti kena makan dengan nasi panas-panas, sedapnya......cuma tuhan je tau betapa nikmatnya makan makanan yang kita dah lama kempunan hohohohoho.....SELAMAT MENCUBA......

Rabu, 14 September 2011

Pineapple Upside Down Cake - Twin Cake

Best Blogger Tips
Hepi besday to me...hepi besday to me.....demam besday tak habis lagi gara-gara kempunan nak buat kek untuk hari raya tak dapat sebab chicken pox. 
Balas dendam haaa buat besday kek untuk diri sendiri lalalalala......
Saya dah pernah buat kek ni sebelum ni, Klik sini


Kek ini inspirasi dari rancangan masakan Paula Deen dari Food Network tapi resepi ni saya ambil dari laman web Paula sendiri kat sini. Kek ni memang senang je buat tak macam kek Buttermilk Chocolate.
Macam biasala saya suka tunjuk gambar step by step jom layan.......

Telur kena basuh dulu sebelum guna hehehehe padahal nak tunjuk penapis IKEA hahahahaha.....

Kek ni kena buat 2 kek nenas terbalik. Kek yang pertama iaitu kek bawah saya gunakan buah nenas yang masak ranum, manis jugak nenas ni.


Memandangkan nenas pun dah manis dan lapisan nak lekatkan nenas pun guna brown sugar, saya telah mengurangkan 1 1/4 cup sugar daripada 2 1/4 cup sugar dari resepi asalnya. Dalam kek ni saya letak 1 cup vanilla sugar. Kalau nak tau apa tu vanilla sugar klik sini.
Saya sediakan 2 bowl macam biasa 1 bowl utk pukul telur dan 1 bowl lagi utk tepung. Bowl yang pertama saya pukul 1 cup butter dan 1 cup sugar sampai fluffy. Kemudian saya masukkan 5biji telur satu per satu dan masukkan esen vanilla. Set aside. 
Bowl yang kedua saya masukkan 3 cup tepung kek (sukatan tepung kek = 1cup tepung gandum-2 sudu tepung gandum+2sudu tepung jagung), baking powder dan garam. Kacau sebati.
Saya masukkan adunan tepung ni sikit demi sikit ke dalam adunan telur bersama buttermilk sehingga semuanya sebati. Ketepikan adunan kek ni sebentar sementara nak buat nenas pulak.

Saya cairkan 1/2 cup buter dengan api yang perlahan.

Saya grease kan round cake pan saiz 9" dengan butter dan saya taburkan brown sugar memenuhi permukaan dasar pan ni. Kemudian butter cair yang masih panas saya tuangkan atas brown sugar.

Kemudian saya susun buah nenas atas brown sugar yang disiram butter cair tadi sehingga memenuhi ruang

Adunan kek tadi saya tuangkan separuh atas nenas ni. Kemudian saya sediakan pan satu lagi dengan saiz yang sama untuk kek lapisan atas pula.

Untuk kek yang kedua ni saya guna nenas dalam tin pula. Saja nak bezakan rasa buah segar dengan buah dalam tin. Saya bakar dengan suhu 180C selama 40minit.

Inilah hasil dari kek yang pertama

Ini pula hasilnya kek yang kedua

Untuk proses deco deco pulak saya lapik kek atas kertas minyak.

Kek yang pertama di bawah dan kek yang kedua di atas

Untuk proses selanjutnya buat buttercream yeahhhh....mula-mula sediakan bahan-bahan soweeettt ni dengan 1/2 cup butter, softened+2 tablespoons reserved pineapple juice+1 cup confectioners’ sugar. Semua beat sampai kembang dan fluffy

Pineapple Buttercream Frosting yang telah dihasilkan saya tempek disekeliling tepi kek je.

Selongkar pantry cari apa-apa nuts tak jumpa cuma ada badam je, ok jugakla letak badam pula

Kek yang dah siap masuk dalam kotak dan gerak ke rumah Zil.....Dah majok kawan tunggu lama sangat nak dinner sama-sama. Nak buat macam mana buat kek bagai nak rak kali ni. Dahla hari kerja bukan hari cuti, kelam kabut jugak balik kerja nak deco kek-kek ni.

Lepas nyanyi-nyanyi besday song, snap sana sini, record video, sesi potong kek pun bermula. Dah lama tak buat macam ni. Buat macam mana?yela sambut besday dengan kek apa semua nila, beriya sungguh kali ni mentang-mentangla pada tahun terakhir umur di awal 20an......hahahahaha


Lepas makan kek kami borak-borak dan tengok cita 'awekku pontianak' hahahaha lawak gak cita tu. Sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 2pagi dah. Biasala malam minggu terutamanya friday night kan selalu kami kawan-kawan berkumpul share cerita bergelak bagai nak pecah perut dan tak sedar pun masa dengan cepat berlalu.


  
Ok jom intai resepi........

Pineapple Upside-Down Cake



54321 Based on 28 Reviews




Servings: 8 servings
Prep Time: 30 min
Cook Time: 45 min
Difficulty: Easy

Ingredients 

Nonstick cooking spray
3 cups cake flour, plus more for pan
1 cup butter, softened, plus 1/2 cup, melted
2 1/4 cups sugar - saya guna 1 cups vanilla sugar saja sebab gerun banyak sangat gula
5 large eggs
1 teaspoon vanilla extract
2 teaspoons baking powder
1/4 teaspoon salt
1 1/4 cups whole buttermilk
1 1/2 cups firmly packed brown sugar
2 (20-ounce) cans pineapple slices in juice, drained well (reserve 2 tablespoons juice for frosting)
1 (10-ounce) jar maraschino cherries, drained well - saya tak letak

Pineapple Buttercream Frosting, recipe follows
Chopped pecans, for garnish, optional- saya gantikan hirisan badam
Pineapple Buttercream Frosting:
1/2 cup butter, softened
2 tablespoons reserved pineapple juice
3 1/2 cups confectioners’ sugar- saya guna 1 1/2 cups

Directions

  1. Preheat the oven to 350 degrees F. Spray 2 (9-inch) round cake pans with nonstick cooking spray and coat with flour.
  2. In a large bowl, beat 1 cup butter at medium speed with an electric mixer until creamy. Gradually add the sugar, beating until fluffy. Add the eggs, 1 at a time, beating well after each addition. Stir in the vanilla and set aside.
  3. In a small bowl, add the 3 cups of flour, baking powder, and salt. Stir to combine. Add the flour mixture into the egg mixture alternately with the buttermilk, beginning and ending with the flour mixture.
  4. Divide the brown sugar evenly into each pan. Pour the melted butter equally over the brown sugar. Arrange the pineapple slices and cherries over the brown sugar. Reserve remaining pineapple slices and cherries for another use.
  5. Pour equal amounts of batter over the fruit and bake until a wooden pick inserted in center comes out clean, about 40 to 45 minutes. Let the cakes cool in the pans for 10 minutes. Invert the cakes onto wire racks to cool completely.
  6. To assemble the cake, carefully arrange 1 cake layer, pineapple side up, on a cake plate. Carefully stack the remaining cake layer, pineapple side up, over the first layer. Frost the sides of the cake with Pineapple Buttercream Frosting. Press chopped pecans into sides of cake, if desired.
Pineapple Buttercream Frosting:
Beat all the ingredients in a large bowl until well combined.
Yield: about 2 cups
Show: Paula's Best Dishes
          Watch Paula on Food Network

Vanilla Sugar

Best Blogger Tips
Kebelakangan hari ni masak-masak dessert saya suka letak vanilla sugar. Ada kawan-kawan saya tanya apa tu vanilla sugar? ada jual kat kedai ke? macam mana rupanya?rupanya macam gula jugak la cuma ada bau vanilla sebab saya letak vanilla bean dalam bekas gula dan biarkan selama 2,3 minggu baru guna gula tu.


Mula-mula masa saya tau pasal vanilla sugar ni daripada Alton Brown dalam show Good Eats, Food Network. Masa tu teringin sangat nak guna vanilla bean dalam masakan, tak nak guna esen vanilla. Saya cek harga dalam internet beli online vanilla bean ni...mak oiii mahainya sampaikan sebatang USD10. Kat supermarket dan kedai bagus pun tak jumpa vanilla bean

Pada suatu hari hehehehe, saya nak beli barang kat kedai bagus tapi ternampak kedai kek lain belakang kedai bagus ni. Saya nak pi survey ada bahan apa kat kedai ni. Tup-tup kat kaunter bayaran ada bungkusan macam ni, belek-belek rupanya VANILLA BEAN!!!!!!!!! Ohhoooo ada jodoh rupanya kita vanilla bean hehehehe.....harga dia jauh lebih murah masa saya cek kat tenet tempoh hari tau, bagusla kedai ni....next time kena shopping sini jela.

Mula-mula saya fikir nak masak macam-macam dengan vanilla bean ni tapi pikir-pikir balik buat pertama kalinya saya nak buat vanilla sugarla dulu. Next time baru masak-masak lak. 
Saya sediakan jar yang kedap udara macam dalam gambar kat atas ni dan masukkan gula.

Vanilla yang bau harum ni datangnya dari bean dalam batangnya. Nak ambik bean ni kena belah dari hujung hingga ke bawah tapi janganla sampai terputus.

Tarraaa....inila bean nya.....

Masukkannya ke dalam gula selama 2-3 minggu. Selepas tu bila buka penutup jar ni, wanginya bau vanilla dari gula ni. Gula yang berbau vanilla ni bolehla digunakan dalam masakan terutamanya bila buat dessert

Ingredients

  • 1 vanilla bean, whole or scraped
  • 2 cups granulated sugar
  • 1 airtight jar

Directions

If vanilla bean is whole, slice down side of bean with back of knife and scrape seeds into airtight container with the sugar. Bury bean in sugar and seal tightly with lid. Let sit for 1 to 2 weeks. Use as regular, granulated sugar.

Selasa, 13 September 2011

Georgetown Kopitiam

Best Blogger Tips
Jalan-jalan cari makan lagi dekat tempat saya dibesarkan dan diberi pendidikan awal. Cerita pasal tempat kelahiran ni saya ada satu cerita tentang saya dan mr.soulmate. Bila flash back balik cerita pasal dulu lawak la pulak. Masa sekolah rendah suka beli sengkuang palit dan sate ikan kat pagar sekolah. Rupa-rupanya saya dan mr.soulmate dah berjumpa dan saling bertemu dari sekolah rendah lagi cuma time tu kami tak kenal lagi. Dulu saya sekolah rendah kat Sek. Ren. Keb. Sultanah Asma bersebelahan dengan Sek. Men. Sultanah Asma. Sekolah Asma ni famous sangat kat Kedah maklumlah sekolah orang pompuan semua. Sebelahan tu ada lagi ada sekolah rendah namanya Sek. Ren. Keb. Tenku Raudzah. Sek. Tenku Raudzah ni sekolah campur laki pompuan dan mr.soulmate salah seorang bekas pelajar sekolah tu. Jalan kecik yang memisahkan sekolah kami dua ni ada pakcik jual sengkuang palit dan sate ikan. Saya ni setiap hari lepas kelas masa tunggu bas sekolah nak datang hantar balik rumah mesti singgah membeli-belah dulu kat pakcik tu. Bukan saya je, mr.soulmate pun setiap hari jadi pelanggan tetap jugak. Oh patutla saya rasa ada budak laki suka berebut nak beli dengan saya hehehehe.....
Ada lagi pakcik mamak yang kayuh basikal jual aiskrim palit dalam kon harga 20sen. Pakcik ni selalu berenti borak dengan member dia kat kedai gunting rambut dekat flat Alor Malai. Rasa-rasa time tu saya tak bersekolah lagi pun. Rupa-rupanya mr.soulmate pun selalu beli aiskrim kat situ jugak hehehe.....haishh...asal flash back cerita mesti dia pun timbul jugak. Itula kisahnya 23 tahun yang lalu. Ada lagi cerita pasal bapa mertua dan pakcik saya kira-kira 30tahun yang lalu tapi cerita peribadi ni mana leh dihebohkan, diam-diam sudah le. Tapi cerita ni memang macam cita dalam tv ala-ala hindustan hehehehe. Mungkin Allah dah tetapkan untuk satukan kami berdua untuk kebaikan semua pihak. Kalau dah jodoh tu tak ke mana jugak kan.


Jalan-jalan cari makan ni macam biasa saya dan mr.soulmate berdating di kopitiam sementara nak tunggu masuk panggung midnite. Maklumla bukan hari-hari berjumpa pun, bila berjumpa ha macam-macam nak buat bersama hehehe


Saya minum hot white coffee Georgetown dan mr.soulmate minum cold coffee. Harga mahal sikit dari Pakli Kopitiam


Deco dalam restoran ni ada sejarah tentang negeri Pulau Pinang tertera di dinding. Sambil minum kopi leh menambahkan ilmu sejarah. Tetiba rasa macam berbalik pada zaman dolo2 kala. Bertuahnya saya hidup pada zaman sekarang tak bersusah payah macam orang dulu-dulu.

Sebenarnya saya tak pasti kopitiam ni boleh bertahan selama mana sebab kebanyakan restoran yang dibuka dalam Alor Star Mall ni akhirnya gulung tikar sebab tak mendapat sambutan sangat. Suasana ni pun lengang je. Masa saya dan mr.soulmate datang ni saya nampak ada teenagers satu group nak berangkat keluar. Kemudian group tu datang balik sebab dia tertinggal handbag dia. Dia tanya kat bangla waiter situ, bangla tu rupa-rupanya dah simpan bag budak ni. Saya tengok budak ni cakap terima kasih je bukan nak hulur seringgit dua pun sebab ada orang jujur yang simpan bag dia. Mungkin budak tu pun tak dak duit kot hehehehe tapi bukan senang nak jumpa orang jujur zaman sekarang ni.


Itula cerita serba sikit jalan-jalan cari makan aka cerita sejarah kehidupan

Isnin, 12 September 2011

Buttermilk Chocolate Cake

Best Blogger Tips
 Hepi besday to me....hepi besday to me...hepi besday to Light of Paradise(translate in Arabic meaning)....yeahhhh....since my aged turn to 20.... ehem...ehem..... i wish that we could have a biological child soon, amin.

Macam mana rupa kek besday ok tak?inilah kek yang buat pertama kalinya saya buat khas untuk besday diri sendiri huhuhuhuhu mr.soulmate sibuk je nak beli kat secret recipe macam tahun-tahun yang lepas. 
Kek ni boleh dikatakan special jugak sebab resepi ni saya reka sendiri, mix and match dan tambah sikit buttermilk. Deco pun reka sendiri jugak. Meh tengok step by step kat bawah ni...zashhhh layan.....

 Sejujurnya saya ni tak pandai lagi buat kek. Kek ni bukan jadi sangat pun, berkali-kali keluar masuk oven sebab dalam dia tak masak. Macam terror je buat resepi sendiri tapi hampeh tak berapa nak jadi lagila tapi boleh gak share resepi merapu ni dengan orang lain hehehehe...bawak ajaran sesat.
Apapun kalau saya nak buat kek saya mesti kaji berapa biji nak guna dulu sebab saya tak suka guna banyak telur. Penggunaan yang minima je telur kalau boleh. Telur yang baru beli ni kena cuci dulu maklumla najis kat kulit tu kan

 Resepi ni saya guna 3 biji telur saja. Terus terang saya cakap kek ni bukan sempurna lagi, nak kena alter lagi resepi ni tau...malu lak nak tunjuk resepi dia sebab kek tah apa2 je ni
 
 Mix bahan-bahan kering dulu iaitu 1 1/4cup serbuk koko+3 1/2cups cake flour, kalau tak ada tepung kek leh pakai sukatan ni jangan pening sudah (1 cup cake flour=1 cup tepung gandum-2tbp tepung gandum+2tbp tepung jagung) + sedikit garam+1tsp baking soda

 Sementara tu sediakan mangkuk yang lain, beat 2 cups canola oil+2 cups vanilla sugar, bila dah gebu sikit baru masukkan telur satu per satu sambil beat batter dan jangan lupa masukkan esen vanilla 1tsp. Masukkan 1 1/4 cup buttermilk, sukatan buttermilk (1 cup susu+1tsp lemon jus, simpan dalam peti ais selama 20minit) dan adunan bahan kering sikit-sikit dengan menggunakan spatula hingga sebati

Ha jadila kek dayang senandung yang itam legam ni.  Dengan suhu 180C saya bakar selama 20minit tapi bila cucuk dalam tak masak. turn lagi 10minit cucuk tak masak dalam gak, putaq lagi timer oven 10 minit sampai luar dah hangit dah barula nak masak dalam ni. Jangan risau kita leh buang bahagian hangit tu kan hehehehe
 
 Taraaaaa....bahagian yang hangit sudah ditanggalkan. sekarang kita potong kek ni kepada 4layer. Hati-hati masa potong supaya semuanya sama tinggi dan tak hancur. Saya potong kek ni dah tentu2la rabak sana sini tapi cover baik punya. Yang mana rabak kena dok tengah dan yang potong cantik letak kat bawah sekali dan atas sekali hehehehe...cover terbaekkk.
 
 Lepas tu saya guna whipped cream+coklat masakan bar+serbuk koko+susu, masuk dalam microwave je bagi panas sikit supaya nak kacau bagi sebati. Campuran koko tu saya tuangkan atas kek ni jadilah chocolate ganache
 
 Coklat masakan bar tu ada lagi bakinya, saya kikis dengan pisau kemudian coklat tu saya tabur kat atas kek. Saya ambik coklat duit susun keliling kek macam gambar atas ni. Masukkan dalam peti ais dulu bagi keras sikit
 
Konon macam nak buat bunga2 atas kek ni tapi coklat ganache terlalu cair jadi setompok lak coklat atas tu, ambik coklat badam dan raisin susun je atas tu ok jugak


Tergoda lak tengok coklat ni tetiba lapar nak makan kek ni lagila

Hehehehe 2 kek untuk besday gurl.....
 
Lepas makan kek ni jangan lupa bakar balik kalori yang terlebih masuk ni

Inilah resepinya:

  1. 3 biji telur
  2. 3 1/2cups cake flour, kalau tak ada tepung kek leh pakai sukatan ni jangan pening sudah (1 cup cake flour=1 cup tepung gandum-2tbp tepung gandum+2tbp tepung jagung)
  3. 1 1/4 cup serbuk koko
  4. sedikit garam
  5. 1tsp baking soda
  1. 2 cups canola oil
  2. 2 cups vanilla sugar (masukkan vanilla bean dalam sugar selama sebulan, bau gula seperti vanilla)
  3. 1 1/4 cup buttermilk, sukatan buttermilk (1 cup susu+1tsp lemon jus)
  4. 1tsp esen vanilla
  1. 1 botol whipped cream
  2. 1/2 bar coklat masakan
  3. 5 tbpserbuk koko
  4. 2tbp susu segar

Macam mana nak buatnya:
  1. Mix bahan-bahan kering dulu iaitu serbuk koko+cake flour+ sedikit garam+baking soda
  2. Sediakan mangkuk yang lain, beat canola oil+vanilla sugar, bila dah gebu sikit baru masukkan telur satu per satu sambil beat lagi batter dan jangan lupa masukkan esen vanilla. 
  3. Masukkan buttermilk dan adunan bahan kering sikit demi sikit dengan menggunakan spatula hingga sebati
  4. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180C selama 40minit
  5. Bila kek dah masak, sejukkan dulu sebelum dituang coklat ganache
  6. Campurkan whipped cream+susu+serbuk koko+coklat masakan+susu dalam microwave sehingga cair, gaul sebati
  7. Potong kek kepada 4 layer, sapukan coklat ganache pada setiap layer dan tuang di keliling kek
  8. Deco kek ikut kesukaan
Selamat Mencuba....