Isnin, 20 Jun 2011

Bun Sosej

Hari ni kebanyakan gambar dari blog tetiba hilang sebab gambar ni saya upload dalam flickr dulu baru masukkan dalam blog tapi apa punya masalah flickr ni reja dok suruh orang langgan $2 per month je pastu hari ni saya check balik kebanyakan gambar saya hilang. Nak tak nak kena la upload balik gambar-gambar yang hilang tu. Lepas ni memang nak upload terus dari camera lagi senang, ingatkan bolehla buat album dalam flick...hampehla


Ehem...ehem...tetiba gatal tekak hehehe...demam roti datang lagi. Selepas cubaan yang pertama berjaya tak sabar nak buat roti lagi klik sini untuk roti yang pertama dulu. 
Semalam saya beli prune, nak try buat roti prune pulak lepas ni, hopefully menjadi la


1 peket kecik yis mauripan+220ml susu segar suam-suam kuku kambing+ 1 big pinch of sugar, mix sampai dia turn frothy pastu masukkan sebiji telur yang dipukul

Another bowl, mix 500g high protein flour+100g brown sugar

Kemudian tuang sikit demi sikit yis dalam tepung ni sambil menguli-uli tepung ni. Uli adunan sampai 15 minit (sakit jugak la tulang-tulang jari jenuh dok uli tepung ni, maklumla tak mampu nak beli mesin penguli roti lagi)
Bila adunan dah jadi smooth, boleh masukkan 85g butter tapi kali  ni punya resepi saya masukkan shortening sebab saja nak bagi roti ni jadi berlemak sikit.


Uli lagi sampai 15 minit atau adunan jadi stretchable, buat adunan ni bentuk bulat dan biarkan selama 45 minit atau saiz dia naik 2 kali ganda.


Bila dia dah naik, punch dia sekuat hati agak-agak macam nak tumbuk muka orang yang kita meluat hahaha
Punch selama 1 minit, lepas tu biarkan dia selama sejam lagi or sampai dia naik lagi

Tinggi tak naik kalau dibandingkan dengan saiz asal? saya rasala makin tinggi dia naik maka makin lembutla roti



Memandangkan saya nak buat bun sosej, saya bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan saya simpulkan keliling sosej

Tapi....sebelum dibalutkan dengan roti, saya masak dulu sosej ni dalam microwave dalam 3minit je

Ini mr. partner yang balut


Ini saya pulak yang balut

Yang bulat ni saya letak inti coklat dan cheese


Lepas tu saya bakar dengan suhu 160C selama 15minit

Rupa dia takla berkilat sangat sebab saya tak sapu telur atas bun ni. 
Apa lagi bila bakar bun pukul 6.30 pagi, saya bawa bekal ke ofis buat breakfast panas-panas bestnyaaaa.....

6 ulasan:

zila@akulovetravel berkata...

Kalo kami wat guna microwave biasa leh jd x ek??

Hafirdaus berkata...

kena bakar pakai oven la, aku masak dulu sosej tu dalam microwave tapi bakar roti dalam oven

zila@akulovetravel berkata...

alah..kami xdak oven..goreng bleh?? :P

Hafirdaus berkata...

apa kata hang buat roti kukus?tapi satg jadi pau pulak

zila@akulovetravel berkata...

hehehe...wat kek dlm microwave leh x?

Hafirdaus berkata...

sebenarnya kena tengok gak jenis microwave hang, kalau jenis riban2 punya microwave aku rasa boleh je sebab dia ada function utk kek kan