Memaparkan catatan dengan label soup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soup. Papar semua catatan

Isnin, 3 Oktober 2011

Beef Stew idea Jamie Oliver

Idea nak buat beef stew ni dah berkurun zaman cuma tak cukup lagi ilmu didada untuk diadaptasikan dari rancangan tv ke realiti. Sebut pasal rancangn tv ni mestila rancangan masak memasak dan kali ni cerita masak dari mr. Jamie Oliver. Disebabkan mr. Jamie dan saya berlainan agama, dalam menu ni saya adala outer sana sikit sini sikit bagi manghalalkan menu ni.


Resepi ni menariknya sebab guna banyak sayur-sayuran. Sayur yang guna pun sayur diet, kenyang walaupun kalori yang rendah. 
Saya sediakan bawang besar atau bawang holand+garlic+potato+carrot+celery+tomato+black pepper+bay leave

Saya gunakan daging import dari Australia (beli kat giant)

Sayur-sayur tadi semua saya potong dadu kecuali garlic

Daging ni kena defrost dulu kemudian baru perasakan dengan garam dan black pepper. kemudian goreng dengan api yang tinggi (nak bagi luar daging garing tapi isi dalam mentah). Bila nampak daging dah keperangan baru masukkan sayur-sayuran dan stok daging (kalau tak ada stok daging boleh guna air biasa)

Garlic saya guna selabu dan potong macam Jamie Oliver jugak. Sekali dengan kulit-kulit ha....

Onion lak potong dadu

Kemudian tutupkan dengan aluminum foil supaya air tidak tersejat 
dan daging pun lebih empuk dan cepat dimasak.

Saya gunakan suhu 190C selama 2jam.
Resepi dari Jamie Oliver;

Ingredients

  • 2 stalks celery


  • 2 medium onions


  • 2 carrots 


  • 2 potato


  • Olive oil


  • 1 heaped tablespoon all-purpose flour


  • 1 x 14-ounce can of diced tomatoes


  • Sea salt and freshly ground black pepper


  • Then choose one of the following:


  • BEEF AND ALE (3 hours) - 2jam


  • 3 fresh or dried bay leaves


  • 1 pound diced stewing beef


  • 2 cups brown ale, Guinness or stout - gantikan dengan stok daging atau air biasa


  • PORK AND CIDER (2 1/2 hours)


  • 3 sprigs of fresh sage


  • 1 pound diced stewing pork, preferably free-range or organic


  • 2 cups medium-dry hard cider


  • CHICKEN AND WHITE WINE (1 1/2 hours)


  • 3 sprigs fresh thyme


  • 1 pound diced, boneless, skinless chicken thighs


  • 2 cups white wine


  • LAMB AND RED WINE (2 1/2 hours)


  • 3 sprigs of fresh rosemary


  • 1 pound diced stewing lamb


  • 2 cups red wine

  • Cooking Directions

    If using the oven to cook your stew, preheat it to 350°F. Trim the ends off your celery and roughly chop the stalks. Peel and roughly chop the onions. Peel the carrots, slice lengthways, and roughly chop. Put a Dutch oven on a medium heat. Put all the vegetables and your chosen herb into the pan with 2 lugs of olive oil and fry for 10 minutes. Add you meat and flour. Pour in the booze and canned tomatoes. Give it a good stir, then season with a teaspoon of sea salt (less if using table salt) and a few grinds of pepper. Bring to a boil, put the lid on, and either simmer slowly on your cooktop or cook in an oven for the times shown above. Remove the lid for the final half hour of simmering or cooking and add a splash of water if it looks a bit dry. When done, your meat should be tender and delicious. Remove any bay leaves or herb stalks before serving, and taste it to see if it needs a bit more salt and pepper.
    *Recipe courtesy of Jamie Oliver from Jamie's Food Revolution; Hyperion, 2009.

    Sabtu, 13 Ogos 2011

    Sup Sayur


    Today's menu buat veggie soup lagi. Saya sukala sup sayur ni tak menjemukan dan mengeyangkan

     
    Bahan-bahannya macam dah nampak dalam gambar dah (sebab tu fokus dekat bukan main nak tunjuk bahan dalam sup tu)
    Cara masak pun lagila senang, kalau nak tumiskan bawang dulu kemudian masukkan bahan pun boleh atau rebus air dulu kemudian masukkan bawang dan sayur-sayuran. Kemudian perasakan dengan garam dan gula je, mudah je kan...


    Rabu, 3 Ogos 2011

    Veggie Soup

    Bukak posa makan ini je dengan air kosong, kenyang tak hingat jugak. Saya ni hantu veggie tapi kalau ada orang tak suka veggie memang takleh layan sangat blog ni sebab banyak menu veggie je dalam blog ni baru tersedar.

    Ayam ni saya goreng dengan cajun, paprika, black pepper dan butter. Kemudian saya ketepikan


    Sementara tu saya didihkan air dan saya masukkan spaghetti yang saya patahkan 4. Kemudian baru saya perasakan dengan cili flake, garam, kiub ayam, daun bay dan sos sotong. Bila dah mendidih saya masukkan sayur campur seperti carrot, kubis, cendawan, cili, cauliflower dan ayam goreng tadi


    Ok dah siap hidangan yang lengkap untuk berbuka puasa. Karbohidrat dari spaghetti, protein dari ayam dan zat dan vitamin dari sayur-sayuran.
    Selamat berbuka puasa

    Ahad, 12 Jun 2011

    Minestrone Soup....menu untuk cepat menurunkan berat badan

    Saya baru dapat request dari kawan-kawan minta saya continue blog masak ni dengan step by step hehehe ok la tu sebab saya pun kadang-kadang malas nak mereka ayat panjang-panjang apatah orang yang nak baca ni lagila boring kan. Tengok gambar lagi senang nak belajar masak dari nak baca ayat satu persatu nak paham. 
    Dulu masa saya mula nak terjebak dengan blog masakan ni, saya tengok ramai blogger berebut nak naikkan traffic dan iklan dalam blog masing-masing untuk side income, sampaikan blog tu dah nampak macam blog iklan semata-mata...serabut dengan flash dan macam-macam application la. Tak kurang juga yang mengeluh bila pihak media yang 'terambil' gambar masakan mereka untuk disiarkan dalam majalah-majalah masakan tempatan. Bagi pendapat saya la, dah nama pun blog untuk public...gambar dan isi dalam blog pun untuk tatapan umum so, tak hairanla orang cilok je kandungan dalam blog tu kalau berkenan. Ada gak blogger yang gila glamor hahaha biarla masing-masing punya kretiviti kalau nak cita, panjang berjela lak.

    P1030861 
    Apa yang saya masak hari ni ialah minestrone soup, selalunya soup ni saya selalu makan kat subway. Soup ni sangat berkhasiat dan direkomenkan untuk sesapa yang plan nak diet sebab soup ni mempercepatkan kita mengurangkan berat badan.  Soup ni saya kira-kira dalam 160 kalori untuk satu hidangan mengikut bahan yang saya masukkan dalam soup ni. Kalau nak kira kalori dalam soup ni boleh tengok dalam web spark people

    P1030841

    Ini antara bahan asas yang mula-mula nak sediakan

    P1030843

    Bahannya simple saja, semua orang mesti ada bahan-bahan ni dalam peti ais kan?melainkan orang yang tak suka veggie, takda kot. Kat sini saya guna carrot, tomato ceri, bawang, garlic, capsicum dan batang celery. Sebenarnya lagi banyak sayur lagi bagus lebih-lebih lagi kalau ada cannellini bean, zucchini, kubis, potato dan lain-lain. Oh ya, tak semestinya pakai tomato ceri ya, tomato biasa pun boleh. Saya pakai tomato ceri sebab semalam kat cold storage tak dak la pulak tomato biasa.

    P1030845

    Wah colorful nya, yang saya tau kalau kita pakai bahan masakan colorful lagi banyak khasiat dalam menu tersebut

    P1030846

    Capsicum ni kalau pakai color traffic lite lagi bagus, saya pakai color hijau je sebab murah lagipun takut tak terhabis lak, buat pun untuk sorang makan je agak-agak la.

    P1030847

    Garlic ni ingat nak cincang tapi bila cincang rasa dia lain dan cepat hangit masa nak menumis nanti so, saya ketuk jela biar rasa garlic slow2 sebati dengan soup nanti

    P1030849

    Saya pakai sebiji bawang kuning, ada orang panggil bawang holland atau bawang kuning atau bawang bombay. Tak kisah sebenarnya janji bawang

    P1030850

    Tomato ceri ni manis rupanya, ingatkan masam....
    manis manis masam or masam masam manis (macam cita p ramlee lak)

    P1030851

    Ok mulakan masakan dengan menumis bawang dulu sampai bawang ni naik bau kata orang melayu...kata omputih lak saute onion sampai caramelised. Sebab apa depa kata caramelised,tau dak?heheh saja nak bagitau sebab onion ni ada kandungan gula, sebab tula mak-mak pesan kalau nak bagi sedap makanan lebihkan bawang bagi manis bawang tu kuar. Gula bawang tu kuar masa menumis, menyebabkan bawang jadi keperang-perangan. Bila gula dia dah keluar baru sedap nak campurkan dengan bahan-bahan yang lain.

    P1030853

    Saya potong kecik-kecik ayam ni dan perapkan dengan serbuk paprika dan cajun dan lada hitam sebelum saya gorengkan kejap. Sebab saya gorengkan sekejap ayam ni untuk bagi bahan perapan kat ayam ni lekat kat ayam, kalau saya tak goreng terus masukkan dalam soup saja, bahan perapan kat ayam akan bercampur dalam soup. Nanti soup ni rasa lain pulak sebab ada rasa cajun dengan paprika tu. Lagi satu sebab nak bagi ayam ni keras sikit, saya tak suka kalau masak ayam apa-apa jenis je, ayam tak digorengkan terlebih dulu.

    P1030854

    Berbalik pada tumisan bawang tadi, bila gula bawang dah keluar baru letakkan tomato puree 

    P1030856

    Lupa nak tunjuk tadi, ayam yang saya goreng tu, tulang dia saya rebus. Air rebusan tulang ayam tu saya masukkan dalam soup ni untuk dijadikan stok ayam. Bila kuah dah memekat baru saya campurkan ayam yang digoreng tadi. Soup ni saya biarkan merenih sampai 2 jam dengan api yang sangat kecik. Lagi lama renih soup ni lagi sedap bila semua bahan dalam soup ni sebati. Satu lagi bahan yang saya lupa nak masukkan ialah pasta yang dipatah-patahkan kecik. Next time buat kena masukkan pasta barula jadi hidangan diet yang seimbang cukup dengan karbohidrat, protein dari ayam dan zat-zat vitamin dari sayur-sayuran.

    P1030857

    Kebanyakan resepi dari luar negara minestrone soup ni diorang letak parmesan cheese kat atasnya pastu bila dihidangkan panas-panas cheese ni akan melt dalam soup....wah sedapnya......

    Sila salin resepi yang telah ku copy pastekan hehehe

    Ingredients

    • 1 - 1 1/2 cups dried Cannellini or Great Northern Beans
    • 10 to 12 cups beef or chicken broth
    • 1 onion, chopped
    • 1 celery stalk, chopped
    • 1 carrot, chopped
    • 2 garlic cloves, chopped
    • 1 cup loosely packed parsley, chopped
    • 1/2 cup extra virgin olive oil
    • 1/2 head savoy or curly cabbage, sliced
    • 1 potato, diced
    • 2 zucchini, diced
    • 2 carrots, diced
    • 2 cups chopped Italian styled peeled plum tomatoes
    • Salt and freshly ground black pepper
    • Parmesan cheese, grated for garnish

    Method

    1 Soak beans overnight in cold water. Drain beans, rinse, and place them in a large saucepan or stockpot. Add 6 cups of broth. Cover and bring to a boil. Reduce heat and cook gently for about 1 hour.
    2 Heat oil in a separate large stockpot. Add chopped vegetables (onion, celery, carrot, garlic, parsley) and sauté gently 5 to 8 minutes or until lightly browned. Add remaining vegetables and tomatoes. Add remaining 5 cups broth. Simmer for 40 to 50 minutes or until vegetables are tender.
    3 Remove broth from beans. Dice finely. Transfer half of the beans to a food processor or a blender and blend into a paste. Add mashed beans to the vegetables. Add remaining whole beans, and broth to vegetables.
    4 Simmer 5 minutes longer. Season soup with salt and pepper. Serve with a sprinkle of grated Parmesan cheese.
    Serves 10-12, easily. (This recipe makes a lot of soup!)
    Note
    Beans will absorb a great deal of liquid while cooking. Add more broth or water to replace lost liquid if needed, or the beans will stick.

    P1030860

    Ha apa lagi jomla pakat-pakat kita buat soup yang sihat lagi menyelerakan ni