Klik sini

Party at Home

Best Blogger Tips
Kami dua laki bini ni memang suka buat party kat rumah aka buat kenduri la jamu kawan-kawan dan saudara mara. Maklumla masing-masing nak lawan tunjuk skill sapa lagi terror masak aicehh.....


Masa party at home ni memang tak menang tangan, tak sempat pun nak snap gambar-gambar, tetamu je yang sakan dok ambik gambar terutamanya gambar menu la.

 Masa ni saya buat party baru masuk kuarters kat tempat keja ala2 house warming gitu, banyak menu sebenarnya tapi yang dalam gambar ni lebih kepada menu steamboat

Pastu kengkawan datang buat pot luck pulak, lagila bertambah-tambah makanan. Masa ni takyah citala betapa perut ni macam nak pecah dengan makanan je. Borak-borak sambil menyumbat makanan hehehehe

Makan masa lunch nasi ulam Kedah, mr hubby yang masak tapi menu tu awai-awai dah licin sebab ramai tetamu suka makan nasi ulam Kedah

 Ais krim vanila bertoppingkan epal dan oren, comotnya piring hehehe

Ini menu tetamu, pot luck...thanks ray, ju dan ery



*Boleh klik je semua link2 ni, nanti akan dibuka pada tab baru.

Party rumah Idah 
Gerai yummy mommy cupcakes 
Open House - Raya 2011 
Small Party with Friends