Klik sini

Sabtu, 18 Februari 2012

Kek Oren Paling Senang dalam Dunia

Best Blogger Tips
Saya memang suka share resepi yang senang-senang je dalam blog ni sebab saya ni memang malas pun tapi teringin nak buat sendiri, kalau boleh tu cari bagai nak rak dalam google resepi-resepi yang senang nak buat. Resepi ni memuaskan hati sebab bukan saja mudah malah sangat sedap pulak tu. Memang saya rekemen kepada sapa-sapa yang malas nak adun kek bagai, elokla cuba resepi ni.

 Kek oren ni saya buat masa perayaan CNY bulan lepas, dah lama bukan tapi baru hari ni nak update. Masa CNY ni memang setiap hari makan oren, dah berlambak-lambak pulak oren tetiba terasa nak makan kek oren. Kek oren ni saya ada buat jugak sebelum ni tapi saya campur dengan serbuk koko sikit sebab saya suka kombinasi oren dan coklat, nak tau resepi dia klik sini.

Bahan-bahan

  • 1 bji buah limau
  • 1 cawan minyak canola
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2. Kulit dia ambik zest sikit untuk aroma. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris atau saya guna kertas kek je.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
 Senang kan cara nak buatnya. Kalau guna limau manis baik kurangkan gula sebab nanti kek ni manis sangat. Kek ni sangat moist sebab satu kita guna air oren dan satu lagi kita tak guna butter, guna minyak canola je. Beza kek yang diadunkan dengan butter dan minyak ni, kek yang guna butter lebih lembut dan berspan dan kering berbanding dengan kek yang guna minyak. Kek yang guna minyak ni lebih moist dan takla berspan sangat. Bagi citarasa saya yang pentingkan pemakanan sihat ni hehehehe (sihatla sangat) saya kira kalori dalam minyak canola jauh lebih rendah kalau kita guna butter, satu lagi saya suka kek moist...terasa lembap-lembap sikit.
 
Saya saja letak dalam bekas kecik-kecik sebab saya makan sorang je senang nak bawak makan kat opis. Suka bawak makan kat opis sebab ramai tester dan pekomen bebas kat opis ni. Lagi satu cepat sikit habis makanan ni, makan sorang mau seminggu tak habis-habis lagi sebab alasannya nanti jadi penternak lemak yang berjaya pulak. Susah kan mana nak buat resepi-resepi yang tinggi kalori ni dan dalam masa yang sama dok jaga berat badan. Lagi susah sebab makanan yang sedap-sedap ni semuanya tinggi kalori, jenuhla dok terkinja-kinja petang-petang lepas balik keja nak bakar balik lemak ni.

 
Selamat mencuba...tak rugi tau cuba...seriously recommended

33 ulasan:

Puspha berkata...

memang senang & nampak moist

Noor Hafirdaus berkata...

selamat mencuba...

Tanpa Nama berkata...

Right heгe is the perfect blog for eνeгуone who would liκe to find out about thiѕ
topіс. You understanԁ a ωholе
lot its almost hаrd to aгgue with you (not that Ι reallу would ωant to…HaHa).
You definitely ρut a fresh spin οn a subjeсt thаt hаs
bееn discussed for a long timе.
Εxcellent stuff, just grеat!
Feel free to visit my page - bad credit loans

Tanpa Nama berkata...

Τhese are truly іmpresѕiνe idеas
in about bloggіng. You hаve touched some goοԁ things here.
Anу way keеρ up ωrinting.
Here is my web-site ; fast loans

Tanpa Nama berkata...

Pleasе let me know if yοu're looking for a writer for your blog. You have some really good articles and I think I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd lοve to write ѕome content foг your blog
in exchange for a link back tο mine. Pleaѕe blaѕt me an e-maіl іf inteгested.
Cheers!
Here is my webpage :: CV writing service

Tanpa Nama berkata...

Τruly ωhen someοne ԁoеsn't know then its up to other users that they will help, so here it takes place.
Take a look at my web blog - 2000 loan

Tanpa Nama berkata...

Grеat blοg here! Αlѕo your site lоadѕ up fast!
What hοst are yοu uѕіng? Can I get
your affіliate lіnk to your host? I ωish my website loadeԁ up as fast aѕ yοurѕ lol
Here is my page ; same day loans

ctee aton berkata...

Sy mesti cuba resepi ni..www.esihat.com (blog kesihatan)

ctee berkata...

Resepi plg best

Ana berkata...

Waa..nampak cam senang jer...mesti cuba nie!mohon share resepi yer tuan rumah ;)

Jiji Chocolicious berkata...

sedap ni..nk cubelah ;)

Norain Aini berkata...

LIMAU NIE, MKSUDNYE BUAH OREN WARNA OREN TU KE ATAU LIMAU YANG DIMAKAN SLICE2 TU?

Norain Aini berkata...

nak tanye, limau tu mksudnye buah oren ke atau limau yang dimakan slice2 tu?

Norain Aini berkata...

LIMAU NIE, MKSUDNYE BUAH OREN WARNA OREN TU KE ATAU LIMAU YANG DIMAKAN SLICE2 TU?

Noor Hafirdaus berkata...

ctee: mesti try resepi ni

Noor Hafirdaus berkata...

Ana: resepi ni memang senang dan hasilnya pun best

Noor Hafirdaus berkata...

Norain Aini: resepi asalnya memang buah oren tapi time ni saya dapat oren yang bila musim raya cina dapat oren manis dalam kotak2 macam tu. Saya rasa guna buah limau ke oren ke mesti jadi punyala

Syazwani Merican berkata...

minyak canola tu ganti dgn minyak jagung bleh ke?

Syazwani Merican berkata...

minya canola tu ganti dgn minyak jagung bleh ke?

Syazwani Merican berkata...

minyak canola tu ganti dgn minyak jagung bleh ke?

Syazwani Merican berkata...

minyak canola tu ganti dgn minyak jagung bleh ke?

Noor Hafirdaus berkata...

sebenarnya pernah sekali saya nak buat kek tapi minyak canola habis saya guna minyak masak kelapa sawit ja hehehehe....

norhazreen eeham berkata...

If sy kukus bley ke ek? Sbb oven rosak ni

norhazreen eeham berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Noor Hafirdaus berkata...

kalau nak kukus kek kena letak overlete supaya kek leh naik stabil

azura maidin berkata...

nak cuba bt lah..esk nk cr bahan2..
http://kasihmamaaqil4.blogspot.com/

divya velu berkata...

kalau guna minyak masak biasa boleh tak??????????

KakNgah berkata...

Senang jer tengok resepi nih.. sejak anak2 sekolah, macam2 kek diaorg mntk.. dh la sy ni mmg tak pandai masak.. tp anak2 punya pasal goggle jelah.. hahha..

Nak try buatlah.. TQS dengan resepi nih..

KakNgah berkata...

Resepi yang sangat mudah lah.. boleh try ni.. TQs kak dengan resepinya...

Mesti anak2 saya suka klu saya dapat buat.. almaklumlah saya ni memang tak pandai masak.. hehhe..

Amiza Yul berkata...

kalau kacau bahan oren dan minyak tu guna pengacau boleh tak? tak guna blender. sb takde blender khas untuk benda selain cili.

lina julie berkata...

thanhs untuk resepi,saya dah buat berkali2.saya tukar perisa coklat dan pandan.

lina julie berkata...

thanks untuk resepi,adik2 saya suka.saya tukar perisa coklat dan pandan.

NINA FARHANA berkata...

Tq sudi share resepi. Bru nk try buat. 😁😁

http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1