Ahad, 7 Ogos 2011

Ayam Panggang Mustard dan Tortilla Wrap

Balik keja rini plan nak masak udon goreng, siap buat research lagi bahan dan cara masakannya tapi bila sampai rumah bukak fridge,ermmmm....tortilla dah nak expired pulak. Nak buang kang membazir, buat tortilla la sementara masih boleh makan. Nak buat tortilla lak kena cek pulak nak buat macam mana?wrap ke?tortilla lasagna ke?finally buat tortilla wrap je.


Ayam ni saya perapkan dengan buah zaitun(yang color hijau tu), black pepper,salt, rempah cajun, sweet paprika, dijon mustard dan sikit sos bbq

Sementara tunggu bahan perapan tu sebati, saya sediakan salad pula. Saya memang suka sangat veggie jadi wajib kena sediakan salad ni. Untuk salad, saya grated carrot, onion dan granny smith apple


Part paling best bila panggang ayam ni dengar bunyi sirkkkk.....


Ayam ni saya cuma letak sedikit je butter kerana minyak dari buah zaitun ni akan keluar sendiri masa masak


Selepas tu tanpa minyak atau butter, saya panaskan tortilla atas pan


Proses wrap tortilla pun bermula, letak salad dulu kemudian baru letak ayam panggang atas salad.

Kemudian gulung tortilla sampai jadi macam ni. Tortilla saya ni gemuk sebab saya tamak letak banyak salad

Baki lebihan ayam dan salad ni, saya jadikan side dish


Siap sudah satu hidangan untuk berbuka puasa hari ni. Saya makan tortilla ni dengan dijon mustard jugak heheheeh......


Saya buatkan jugak teh 'o' kosong dengan buah oren. Saya tak perlukan gula dalam teh 'o' ni sebab manis buah oren dah memadai (oren ni manis tau bukan masam)

Inilah hidangan berbuka puasa saya hari ni, berbuka dengan sebiji kurma...selepas solat maghrib baru habiskan yang lain-lain.

Tiada ulasan: