Klik sini

Selasa, 28 Jun 2011

Chicken Cordon Bleu

Best Blogger Tips
Lama tak makan cordon bleu ni, 2 tahun lepas buat open house jamu kat tetamu chicken cordon bleu hasil air tangan mr. soulmate. Cordon Bleu ni macam chicken chop juga cuma ada cheese di tengah-tengahnya. Kalau makan panas-panas cheese dalam ayam ni meleleh keluar berpintal-pintal hehehe sedap...sedap....

Masakan ni agak leceh sikit sebab kena celup-celup dalam tepung, telur dan bread crumb. Memang berkecah jugakla dapur tapi kalau sekali sekala nak berkecah takpa punya, janji perut kenyang...hati girang

Balik dari ofis tadi saya keluarkan ayam dulu dari peti ais untuk defrost. Lepas mandi manda dan solat semua baru jenguk balik dalam dapur. Ayam masih beku lagi ni ermmm....takpa saya potong nipis-nipis, potong masa beku ni lagi senang sikit kot. Dalam gambar atas tu saya masukkan daun bay, parsley, black pepper, salt, paprika, cajun, nutmeg powder dan thyme. Banyak sangat ke bahan perapan ni?sebenarnya bahan perapan ni ikut citarasa masing-masing sebab saya suka rasa sweet paprika dalam ayam ni. Kalau nak marinate dengan salt dan pepper pun boleh jugak.


Lepas marinate dalam 30 minit macam tu, ayam pun dah tak beku baru saya balutkan cheese dengan ayam. Kena hati-hati sikit nak balutkan cheese ni sebab kalau tak nanti masa nak goreng, cheese akan meleleh keluar dan ayam jadi cepat hangit pulak. Bagi mengelakkan cheese ni mudah terkeluar nanti masa nak mengoreng, saya cucuk ayam dengan lidi.

Inilah aturannya, ayam ni kena pi bahagian tepung dulu pastu ke bahagian telur pastu ke bahagian bread crumb, last baru ke bahagian minyak panas

Nak lagi senang cita, tepung ni masuk dalam mangkuk ayam jugak la hehehe...

Bila ayam disalut tepung sepenuhnya, baru celup dalam telur pulak

Dari telur ke bread crumb, sepatutnya bread crumb la tapi saya takdak bread crumb sebenarnya hehehe.... patutla lain macam je rupanya 

Tarraaa.....saya pakai biskut buat breakfast pagi-pagi kat opis, biskut ni memang banyak dalam laci ofis...curi sepeket nak buat cordon bleu kat rumah.

Panas-panas angkat dari kuali, cheese dah nak membuak-buak keluar dah tu.

Lagi sedap makan dengan sayur-sayur yang sekadar rebus kosong dengan air je. Saya rebus kacang buncis, carrot dan cili. Saja nak bermain dengan color-color dalam hidangan. Kuah boleh klik sini

Hidangan saya makan ni chicken cordon bleu bersama gratin dauphinois. Esok saya cita pulak macam mana nak buat gratin dauphinois

Tiada ulasan: