Khamis, 9 Jun 2011

Roti Simple

Ini resepi yang paling mudah sebab takyah lebihkan kuning telur macam kebanyakan resepi roti yang lain. Tekstur dan rasa pun sedap, agak berbangga dengan diri sendiri jugakla sebab berjaya menghasilkan roti dengan jayanya hehehe. Sebelum ni dah berkali-kali buat roti tapi tak menjadi je, roti keras la, rasa yis lebih la, lemau la.....tak masak sempurna sebab dalam roti mentahla...aduyaiiii....hampir2 fedup. Masa nak try buat resepi ni pun takla menaruh harapan tinggi sangat sebab boleh agakla mesti tak menjadi jugak.....salah satu sebab entry kali ni takdak step by step sebab malas nak snap gambar.
Macam biasala masa kita restkan dough selama 45minit lepas uli tu, kita tunggu dough tu naik sendiri. Masa nila.....hehehe gumbiranya hati tatkala ku melihat dough naik bukan 2kali ganda tapi rasanya 3 or 4 kali ganda kot. Lepas tu mula ligat kepala hotak ni nak buat bun apa ya?...bun sosej?bun chocolate?bun ala2 pak tunku?bun ala2 roti bangali?wahhh....nak buat apa ni?

Ini roti coklat chip

 Ini roti bangali

masak sepenuhnya lalalalalala

Roti sosej 

Macam-macam nak try, macam main-main je kan

 Roti sosej berjalinan dan roti balut sosej

Bakar 12 minit dengan suhu 160C

Meh kita cek bahan-bahan dan cara buatnya


Bahan:
500g high protein flour
100g sugar
50g milk powder

1 sachet yis @ 11gm yis
20ml water
1 big pinch of sugar
1 egg

85gm butter
1/2 tsp salt

Caranya:
  1. Mix yis+water+sugar TETAPI saya xdak milk powder saya gantikan fresh milk dengan sukatan air dan milk powder, so saya mix yis+fresh milk+sugar sampai yis tu naik bubble. Lepas tu saya campurkan sebiji telur dalam campuran yis tadi. Telur hendaklah pukul dulu sebelum dimasukkan dalam adunan yis tadi.
  2. Sementara tu, dalam bowl yang lain mix flour+sugar
  3. Masukkan sikit demi sikit adunan yis dalam tepung, uli sampai licin selama 15 minit (kata chef wan, biar kurang uli daripada terlebih uli dough sebab kalau terlebih uli nanti roti jadi keras)
  4. Uli dough sampai jadi sebiji bola dan restkan ia selama 45minit atau ia naik 2kali ganda
  5. Punch down dough yang naik tadi selama 1minit, bentukkan bulat lagi dan biar sampai sejam lagi
  6. Masa ni buatla nak bun jenis apa, berinti pun boleh bertopping pun boleh, ikut kesukaan
  7. Kemudian bakar 160C for 12minit for bun dan 150C for 20minit for loaves 
 Nantikan entry roti untuk kali ke-2 pulak lepas ni hehehehe

Tiada ulasan: