Klik sini

Sabtu, 18 Jun 2011

Daging burger black pepper with veggie

Best Blogger Tips
Malam ni nak makan simple je, malas nak masak 2,3 jenis lauk, apakata masak all in one?kalau all in one ni sesuai buat nasi goreng je tapi nak makan nasi putih dengan lauk. Apa pun nak masak kena bergantung pada sayur dan lauk dalam peti ais ni


Jeng...jeng....nampak macam paprik pun ada tapi menu ni, saya buat daging burger black pepper bersama veggie.

Semua veggie ni rendam air garam dulu. Memang dah jadi habit sebelum masak sayur kena rendam dalam air garam dulu SEBAB air garam ni boleh meneutralkan kembali sisa baki racun perosak yang digunakan kerana kandungan MRL (maximum residue level) yang membahayakan kesihatan. Tapi yang paling penting ulat sayur pun keluar dan terapung dalam air tu, saya ni kalau nampak ulat sayur je kena buat concert serta merta kat dapur dan ambik nafas panjang-panjang untuk menghadapi makhluk tuhan yang kecik yang dok menguit-menguit tu heheheh...geliiiiii

Berbalik pada daging burger ni, kalau boleh kerat dia masa tengah frozen sebab kalau lambat-lambat nanti daging ni melekit kat pisau dan papan pemotong

Goreng dulu daging burger sampai agak garing sikit, letak sikit je minyak sebab bila masak nanti minyak daging akan kuar banyak. Bila dah masak angkat daging, ketepikan. Dalam kuali yang sama tumis bawang dan masukkan sos black pepper dan sos tomato kemudian masukkan semula daging tadi.
Masukkan semua veggie dan goreng sampai masak


Sedia dimakan

2 ulasan:

Aini berkata...

Dah buat utk berbuka! Hihi time kaseh la bg idea yea ;)

Noor Hafirdaus berkata...

Alhamdulillah....