Klik sini

Khamis, 30 Mei 2013

Barefoot Travel Korea Day 2, part 2

Best Blogger Tips
Bersambung kita lagi dari day 2. Keluar je pintu belakang istana Gyeongbokgung ada tembok sekeliling istana dan paling menarik hati ialah ada pokok cherry blossom yang merimbun terjengul keluar tembok tu cantik kot, sekali lagi jadi jakun sebab geram dengan kemeriahan bunga pink tu .


Sejujurnya macam saya cakap sebelum ni masa kami keluar dari istan kami takdak hala tujuan, kaki main redah je ikut kat mana menarik perhatian sambil jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Macam nila perasaan saya kalau berada kat tempat orang, tak rasa panik langsung walaupun tau diri dah sesat teruk, sebab dok enjoy dengan view je mood happy nak explore je. Lelaki yang paling jaket kuning tu pengawal istana dia dok pusing tempat yang sama ja sambil dok kira apa tah. Sebenarnya pengawal yang jaga memang ramai sangat dan sangat disiplin menjalankan tugas.


Alang-alang sesat kan baik sesat terus, nampak orang lintas jalan kita pun menonong lintas jalan balik. Orang kona kanan kita pun ikut je kona kanan. Baru saya teringat Insadong sebenarnya berada kat kawasan sekitar ni juga kalau tak salah kan. Pastu mula start tanya orang-orang tempatan arah nak pi Insadong. Mula-mula cakap "Can u speak english" semua geleng kepala pastu tak kisahla kan tanya juga lantakla sebab nampak sangat paham saya tanya dalam english tadi hehehe. 


Memangla diorang tak reti nak balas jawab balik kan pastu bila tanya "is that Insadong at colorful balloon?" pastu dia angguk, kita betul la tu kot, hentam sajala labu. 


Rupanya rombongan kelas bersama cikgu muda tu jumpa lagi kat sini. Cikgu diorang suruh mai kat saya tanya soalan. Antara soalannya "where u come from?how do u know insadong?from what sources u know about korea?what purpose u come here?" lebih kurang macam tu la ayatnya kalau tak salah pastu habis saya jawab soalan diorang, saya pula tanya soalan kat diorang dan sempat berposing lagi dengan adik-adik cumil ni. Kalau nak tau sepanjang saya berjalan kat korea ni memang saya pakai selipar saja je sebab kaki saya melecet masa kat KL. Kat sini souvenir lebih murah dan saya membeli belah serba sikit souvenir dan t-shirt. Saya borong satu kedai je iaitu kedai uncle 'cakaman'. Sebab saya panggil dia uncle cakaman sebab bila dia nak kira semua harga, saya sebut 'cakaman' sebab nak tambah lagi barang dan dia dok gelak je sebab saya cuma tau 'cakaman' tu maksudnya 'sekejap'.  


Memandangkan segala purse+passport+botol air semua saya buh dalam plastik ja, saya sempat beli bag untuk simpan semua barang-barang saya ni. Bag yang jual  semuanya harga 10ribu setiap satu bersamaan rm30. Saya berjaya rembat bag sandang, bag galas dan bag pegang. Manakala mr.soulmate ambik bag letak tablet. 



Lepas pusing-pusing  tinjau kedai-kedai kat sini, kami nampak satu bangunan macam mall tapi uniknya dia takdak tangga sebab dari ground floor sampai ke tingkat 5 mall ni kita pusing-pusing sampai ke atas.

Inila mall yang dimaksudkan. Sambil jalan sambil mendaki, tau-tau dah dok kat tingkat 5 pun. Yaey dah ada bag baru takla lengguh tangan dok bimbit bag plastik ke mana saja.


 
Kat atas ni ada tanda-tanda cinta yang bergantungan di sini. Lebih kurang macam si polan luv si polan 4ever la lagutu.

Dah selesai dok menghabiskan masa kat Insadong, maka kami pun cari subway terdekat sebab nak balik Itaewon balik. Sebelum balik ke spa b&b sempat tapau kebab  kat mr.kebab dulu. Dalam pukul 2pm juga kami check-out spa b&b dan gerak menuju ke Gimpo Airport. Dalam subway masa nak tukar lane, kami sempat makan kebab dulu.

Dari itaewon ke Gimpo airport naik subway dalam 20minit ja. Kami tinggalkan bag tarik kat airport, bawa bag galas je. Kat gimpo airport ni selalu jadi lokasi shooting running man. 

Masa sampai Gimpo airport ni taktau juga nak tuju kat mana, ikut signboard jela sampai ke kaunter t'way. T'way ni setengah jam sekali flight dari gimpo ke jeju. Memang busy sangat gimpo airport ni. Oh ya kami ke Pulau Jeju naik t'way sebab harga seorang 29,000W. Tak sabarnya nak ke Jeju sebab saya tak pernah berangan nak sampai ke sini pun. Masa perjalanan ambil masa lebih kurang sejam lebih. Dalam flight, dijamu air oren. 

Maka nampakla sudah Pulau Jeju, angin kuat sangat. Yeayy here we come.

Itula pantai TaecYeon & Gui Gui main air dalam we got married. 
 
Turun je dari flight, terus menuju ke information centre nak tau cara ke Seogwipo sebab kami punya penginapan malam ni kat Hotel Felix Goodstay, Seogwipo. 


Dari airport kami menaiki bus ke Seogwipo. Dari Seogwipo cari cab nak ke hotel. Syukur bilik ni memang best walaupun harganya tak sampai seratus ringgit. Staf hotel semuanya friendly dan banyak tolong kami terutamanya tulis tempat-tempat kami nak tuju dalam map tulisan korea supaya mudah nak tanya kat orang tempatan. 
Selesai sudah day 2, entry day 3 rasa macam lama lagi nak keluar sebab gambar-gambar tak pilih nak edit lagi. ok enjoy reading.....

EXPENSES DAY 2:
subway = 5,000W
souvenir = 60,000W
mr. kebab = 18,000W
Flight Gimpo - Jeju by T'way = 29,000W x 2 =  58,000W (campur semua tax = RM600)
airport bus from jeju airport = 10,000W x 2 = 20,000W
Hotel Felix = 32,000W
TOTAL = 193,000W

Rabu, 29 Mei 2013

Barefoot Travel Korea Day 2, part 1

Best Blogger Tips
Suasana dalam subway
Hari ni kami memulakan langkah sebagai pelancong nak ronda seoul pula. Dari spa b&b, kami cadang nak ke Gyeongbokgung Palace di tengah-tengah kota Seoul. Rupanya pagi ni hujan turun dengan lebat selebatnya, susah juga pergerakan kalau hujan lebat macam ni. Saya pun beli payung yang jual kat kaunter spa ni untuk gagah redah jugakla hujan. Kat luar spa tu ada 3 orang lelaki dok hisap rokok, diorang tanya dari mana. Bila cakap dari Malaysia salah sorang tu cakap dia pernah ke Langkawi. Baru saya perasan sebenarnya Malaysia pun famous juga di kalangan penduduk tempatan Korea. Turun je dari tangga curam spa b&b belok kiri dan jalan terus dalam 10 meter macam tu jumpala tangga subway Itaewon. Spa b&b memang betul2 dekat dengan subway Itaewon. Masa nak ke subway kami lalu kat  sebelah bar dan saya perasan pengacara star king yang gemuk sikit botak tu apa nama tah keluar dari bar tu. Itu jela artis korea yang jumpa pun lagi satu dia bukan pelakon ka penyanyi ka cuma pengacara tv jela.

Ok dah sampai subway rasa macam jakun sat sebab tulisan semua dalam bahasa korea pastu taktau nak tuju ke mana dah. Nasib baik saya dah study awal-awal subway diorang ni. Nak ke satu-satu tempat tu kena tukar2 train or lane yang lain so setiap kali ada pertukaran jangan main menonong ikut orang, cek betul2 laluan yang betul dan tempat yang dituju tu. Yang paling penting dalam train jangan dok ralit sembang sangat, setiap perhentian kena alert supaya tak terlepas station sebab kalau terlepas station agak renyah nak tukar balik.

Masa dok tunggu train nak datang kami dok tengok gelagat cikgu muda bawa rombongan anak-anak murid naik train. 
 
Dari station Itaewon nak ke Gyeongbokgung Palace ni kena tukar lane di station Yaksu. Dari Yaksu naik subway lane 3 turun di Gyengbokgung. Sampai je kat Gyengbokgung keluar kat exit no.5. Setiap station ada exit ikut kita nak keluar kat mana, jangan risau sebab ada tulisan english senang sebagai panduan kita nak keluar exit mana. So nampak je perkataan Gyeongbokgung, terus ikut arah tu tapi sesekali bila jumpa orang tanya juga mudah-mudahan arah yang dituju tu betul dengan sign.
 

Keluar je dari subway dah nampak istana yang tersergam indah di tengah-tengah bangunan moden pencakar langit sekelilingnya. Kagum jugala sebab diorang masih memelihara dan memulihara warisan penginggalan tok nenek. Bila berada kat kawasan istana ni memang banyakla bunga cherry blossom, sukanya.

Walaupun hujan tak berhenti lagi, masih renyai-renyai tak mematahkan semangat untuk explore kawasan istana ni. Cantik sebab bangunannya unik tambahan lagi bentuk bumbung. Kat sini ramai sangat pelancong dari Thailand dan ada juga rombongan Malaysia. Kami berpayung dengan tanah yang becak, habis kotor seluar. Pelancong yang tak berpayung terpaksa berteduh kat tepi-tepi bangunan sebab hujan lagi. Pelancong Malaysia ada tanya kami beli payung kat mana sebab diorang takleh nak gerak mana, rugi jugakla dahla datang dengan tour.

Memang tak dinafikan lagi saya sudah jatuh cinta dengan bunga-bungan di sini. Uniknya pokok ni sebab tak nampak daun dan batang pokok pula color hitam, bunga je merimbun-rimbun. Ok layan jela gambar-gambar di bawah.




Folk Korean in the folk museum hehehe....

Terjah dapur orang gaji jap, cumil-cumil semuanya






Jalan punya jalan dalam kehujanan dah sampai ke pintu belakang. Dari pintu belakang ni kami menonong je bawa kaki jalan tah ke mana-mana sampaila ke Insadong. 
Cerita kat Insadong saya sambung kat part 2 pula sebab saya nak sambung buat kerja sekolah pula hehehe...... 








Isnin, 27 Mei 2013

Barefoot Travel Korea Day 1

Best Blogger Tips

Maka selama 6 jam bertapa atas flight tibala sudah di bumi famous dengan lagenda winter sonatanya. Airport Incheon memang besar dan canggih kalau nak bandingkan dengan KLIA. Turunnya penumpang dari perut pesawat, kami kena menaiki subway untuk ke terminal immigration cop cop passport. Saya rasa dari segi facility dan technology memang canggih tapi kalau melibatkan tenaga kerja manusia, agak lembap dan slowmo jika nak bandingkan pegawai di Malaysia. Barisan nak cop passport q dalam 10 meter je memakan masa selama sejam lebih . Apalah punya masalah slow sangat pegawai airport diorang ni. Saya tengok kebanyakan penumpang yang nak q cop passport dah macam hilang sabar nak motong q dah pastu pegawai muka com14 ja mungkin letih keja la kot sebab dah petang nak balik kan. So kat situ dah nampak diorang memang tak cekap kalau melibatkan tenaga kerja manusia untuk berurusan. That's my opinion la kan from my observation.

 Selesai semua dengan urusan, maka saya ternampak kedai 7elevan dan terus beli t-money. T-money ni saya beli dua terus untuk saya dan mr.soulmate dan terus top-up sebanyak 30 ribu W sorang memandangkan kami akan memanfaat sepenuhnya t-money ni. Besides, bila guna t-money ni dapat diskaun sikit daripada bayar cash. Sekali lagi jangan lupa jadi pengguna bijak ya kawan-kawan.

Kemudian kami terus ke kaunter information servis untuk tanya bas apa yang senang nak ke penginapan kami malam tu. Penginapan saya malam tu adalah di Spa B&B di Itaewon dan kena naik bus bernombor 6030 dan turun di perhentian Capital Hotel. Sebelum tu memandangkan kami belum solat, maka kami ke seberang jalan nak cari tempat nak solat. Nak cari surau memang tak dapatla kan kat sini so adalah tempat untuk prayer room bagi kristian dan budha. Tempat kristian macam susah lak sebab banyak kerusi tersusun dan paling senang solat dalam prayer room Budha la. Dalam prayer room Budha ni ada tokong demok emas sambil tersengih, takpala kan kami tumpang solat kejap. Habis solat maka kami beratur terus kat papan tanda 6030 tu sampaila bus Limousin sampai.

Bus yang ditunggu pun tiba, lama jugakla menunggu kemudian driver bus minta semua penumpang pakai seat belt dan minta kebenaran sambil tunduk untuk meneruskan perjalanan, dia cakap dalam bahasa korea tapi semua penumpang warga asing, takpala janji boleh deliver mesej.
 
 Macam telur alien baru nak menetas pula. 

Lama la jugak naik bus dari airport Incheon ke Itaewon ni dalam 45minit juga. Memang sesak juga jalanraya kat Seoul ni dan boleh nampak driver depa ni kurang kesabaran di atas jalan juga, pantang salah sikit hon je bunyi pastu suka brek mengejut.

 Kemudian tetiba driver ni berenti satu tempat dan dia cakap kat penumpang sambil tunduk-tunduk dan dia sebut 'cakaman'. Cakaman tu maksudnya tunggu sebentar sambil dia buat aksi nak makan. Maksudnya dia tinggal bus bersama penumpang kat tepi jalan sebab nak makan dulu ka. Kami ok ja tapi mat dan minah perancis semua dah maki-maki marahkan driver bus ni. Diorang cakap tempat diorang nak turun dah dekat dah pun, kena buang masa tunggu driver bus pulak. Kami pulak apa lagi turun kejap snap sana sini ambil angin di malam pertama di Korea la kan.


 Kedai depan tula driver bus pi makan manakala kami dok syiok bergambar je. 15 minit lepas tu driver pun datang dan kembali sambung tugasnya membawa kami ke destinasi. Sampai je Itaewon dah nampak kemeriahan pekan ni. Rupanya mat dan minah perancis pun turun sekali tapi diorang dok kat apartment. Kami dua pula masih dok canggak taktau arah tuju, main jalan je hopefully jumpala spa b&b ni. Saya pun tanya kat peniaga kedai dan sekumpulan polis muda yang ronda kawasan ni. Dengan susah payah kami mendaki jalan yang sungguh berbukit kalau jatuh confirm jatuh tergolek-golek sampai ke bawah, gelap dan sunyi lagi. Rupanya kami silap jalan lalu kat jalan belakang sebenarnya kalau kuar ikut subway dekat sangat tak sampai 300meter jalan pun.
 
 Satu lagi saya perasan kat Korea ni kat mana-mana tempat mesti diorang letak gambar lokasi shooting drama ka apa menandakan tempat tu pernah masuk tv la.

Drama dalam tv ni saya tengok kat hotel jeju dan perasan baju, towel dan lokasi drama buat kat tempat penginapan saya kat spa b&b.

ikut clockwise bendera malaysia pun ada nampak sangat orang malaysia suka mai korea, tangga ni dari jalan besar terus ke pintu spa b&b curam jugakla, kaunter depan spa b&b dan air paling sedap cherry coke kat kedai mr.kebab.
Masuk je kat dalam spa ni boleh nampak kaunter macam kat gambar atas tu dan uncle ni memang fasih english dia so takdak masalah la. 

Tapi masalahnya sebelum kami nak masuk bilik dia cakap kami kena melalui kawasan sauna dulu kat tingkat 1 dan bilik kami kat tingkat 3 tapi lelaki kena naik tangga kat sebelah kanan dan saya kena melalui tangga kat sebelah kiri. Alamak cuak juga baru sampai dah nak berpisah ni, risau saya dengan pelbagai benda bermain dalam pala otak saat ni. Kasut kami kena simpan dalam loker kunci sebelum masuk. 

Ok saya pun sampaila kat tingkat 1 di mana tempat sauna tu. Masyaallah taktau nak kata apa bila depan mata saya semua perempuan berbogel tanpa seurat benang pun di badan sambil jalan sana sini. Adoila rosakla mata aku tengok aurat orang. Patutla dia suruh asingkan lelaki dan perempuan sebab sauna diorang ni asing laki pompuan.

Saya nampak tangga untuk ke tingkat atas, saya pun nak tuju kat naik tangga la tapi ajuma yang jaga sauna tu tahan saya sambil cakap dalam bahasa korea tapi saya tak paham sepatah haram pun dia cakap. Saya pun keluarkan buku bahasa korea, saya tunjuk perkataan bilik tidur tapi dia tarik tangan saya pi kat loker dan bagi towel dan baju sauna suruh saya pi buat sauna juga. Saya penat gila ni dok travel dari awal pagi sampai ke malam, kira nak rehat je jumpa pula manusia yang kita takleh nak komunikasi. Dia beriya-iya suruh saya salin baju dan masuk kolam bersam-sama perempuan bogel buat sauna. Saya pula berbuih mulut cakap "No ajuma i want to sleep, i want to go to my room now....please i don't want spa" last-last saya dok pikir macam mana lagi nak bagi dia paham segala aksi menguap nak tidur semua dah tunjuk kan tapi dia dok paksa saya salin baju buat sauna juga. Akhirnya telefon berbunyi dan dia borak-borak kat telefon dan dia tengok saya sambil tergelak. Kemudian dia suruh saya ikut dia naik atas. Saya agak mesti orang kat kaunter bawah call la tu suruh dia bawa saya ke bilik saya sebab mungkin diorang nampak gelagat saya dan ajuma tu melalui cctv. Memang banyak gila ok cctv kat sini.

Saya pun ikut je ajuma tu macam lembu kena tarik hidung. Tingkat 2 ada cafe, kat cafe ni baru campur lelaki dan pompuan dan kat sini juga diorang semua pakai baju spa dan ada gak yang hampar tikar dan tidur terus kat sini tergolek-golek. Ajuma ambilkan selimut dan comforter dan bagi kat saya dan dia naik lagi tingkat 3. Kat tingkat 3 ni ada library dan bilik-bilik. Bilik saya rupanya jenis tradisional habisla, pintu pun macam jepun tolak tarik dari kayu. Mr.soulmate dah ada dalam bilik siap tengah punggahkan bag lagi dan dia tanya "pi mana lama sungguh, ingat nak call tanya takut sesak ka apa", dia taktau hazab saya lalui kat tingkat 1 tadi. Ajuma tunjuk kat kipas dan dia kata "cuaa" sambil macam menggigil. Maksudnya buka kipas tak takut sejuk ka. Sejuk apanya dalam spa ni memang panas kot.

Oh ya satu lagi bilik ni takdak bilik air ya, nak ke toilet maka kena share dengan perempuan bugil-bugil kat tingkat 1. Masa saya nak ambil wuduk kat sink tingkat 1, ada pompuan korea bugil dok renung je aksi saya. Pelik la kot apa saya buat tu, nak kata mandi awat basah air kat part-part tertentu je. Bila kenang balik memang kelakar sangat pengalaman ni.


Memandangkan kami pun kelaparan sebab last makan pun atas flight, kami pun keluar balik cari makan sebab sepanjang jalan tadi nampak banyak kedai-kedai makanan halal. 

Agak menyeramkan kalau jalan-jalan area Itaewon malam-malam sebab banyak bar, pelacur bersepah tepi-tepi jalan (nak yang mana tulen pun ada tiruan pun ada) dan orang-orang mabuk bising-bising lagi.

Kami pun memilih makan kat Mr. Kebab, sedap kebab dia harga pun murah ja kalau nak bandingkan harga kat ostrolia. Pekerja kedai ni ramahla juga dok interview kami, kami pun interview dia balik la. Diorang ni datangnya dari turki dan mai menetap sini tak sampai 10tahun. Mula-mula nampak kami dia kata "Malaysia....hai apa khabar" pastu saya tanya "u speak malay?" terus dia geleng. Memang muka kami lambang muka orang Malaysia sungguh hahahah. Masa kami tengah menjamu selera ada sorang pompuan negro kuar dari teksi depan kedai ni sambil marah-marah. Pekerja kebab tegur dia takdak customer ke malam ni dan dia cakap customer dia lari dengan pondan. Gulppp....ayoo....pondan yang bersidai kat depan jalan ni pun boleh tahan lawa jugakla tapi muka sah-sah banyak kali bedah tu.

Masa jalan nak balik spa, kami singgah kat kedai salam bakery. Kami borong banyak roti buat bekalan ke jeju esok hari.

Night at Itaewon
Maka sekianla pengembaraan day 1 yang sungguh culture shock ni. Lepas ni tobat takmau dok kat spa b&b lagi dah. Nasihat saya sila cek betul-betul di mana tempat nak menginap dan kalau boleh tidurla kat tempat orang Malaysia pernah pi dan dapatkan review dulu, jangan main redah je macam saya ni. Saya tak menyesal malah ini pengalaman menarik juga sebab 1st time berhadapan dugaan macam ni. Sesapa nak bugil-bugil bolehla datang ke spa b&b ye hehehe, kbai.

EXPENSES DAY 1:
Airport Bus: 15,000W X 2 = 30,000W
Mr. Kebab : 18,000W
Roti Salam Bakery = 9,000W
 Spa b&b = RM45
T-money = KW60,000
TOTAL = 117,000W+RM45

Ahad, 26 Mei 2013

Barefoot Travel Korea Day 0

Best Blogger Tips

Bukan main lama lagi kan nak update entry ni, about a month jugakla sebab saya bizi sangat dengan hal ehwal pembelajaran ni. Cuti seminggu je pun dan time cuti memang banyak benda nak submit-submit dan test berkunjung tiba untuk week after we all holiday ni. Memang saya pun apa lagi sebelum berangkat tu tak tido malam berapa hari tah semata-mata nak siapkan perkara penting supaya nanti balik tak la bizi sangat sampaikan hari sebelum nak berangkat pun saya kisahkan buku, asignment, test dan guru tercenta. So kalau tak jadi murid cemerlang memang saja la kan tapi i memang super duper cemerlang pun kan kah kah kah. So travel kali ni saya pilih ke Korea masa musim bunga maka banyakla bunga cherry blossom yang kembang mekarnya sepanjang jalan di bumi winter sonata ni. Seperti biasa my travel partner is my mr. soulmate. Cian dia tau saya seksa sungguh-sungguh barefoot dalam travel kali ni sebab we all tak la sewa keta macam kat Perth or pakai tour guide macam kat Medan. We all naik public transport sepenuhnya, mau tak sakit satu badan barefoot punya pasal. Dahtu bukan setakat round area Seoul je tapi sampai terjah ke Jeju dan Udo island sama. Banyak tau suka duka nak share tapi biarla kita cita satu persatu dulu. Tak suspen la nak cita semua sekarang kan hehehe.   


Maka saya dan mr.soulmate mulakan perjalanan pada hari khamis. Pagi khamis tu pukul 4 pagi dah gerak dari Merbok ke Alor Star sebab we all ambik flight dari Alor Star ke Kuala Lumpur. Khamis tu saya ada kelas tapi dah siap kawtim baik punya dengan madam tercenta untuk ubah kelas hari khamis tu ke hari sebelum lagi. Nasib baikla madame ni memang baik sangat sebab  tula ramai student sayang dekat dia sebab boleh bawak bincang. Kepada guru yang takleh dibawa bincang disemburnya dengan ayat "SO WHAT????YOU'RE STUDENT, masalah kamu saya pedulik haper" so kalau dapat ayat macam tu berserah jela, dia terlalu ego untuk dibawa berbincang dan mungkin juga dia lupa bahwasanya dia pernah jadi murid suatu ketika dahulu. Ok sambung balik hari khamis tu memang saya keluar rumah awai sebab nak kemaskan bag lagi, jangan tiru saya ya nak naik flight baru dok cari nak bawa baju apa simpan dalam bag.
 


Macam kebiasaan setiap kali travel kena buat catatan ringkas terutamanya bab budget supaya tau berapakah jumlah keseluruhan belanja untuk kali ni.

Dari Alor Star terbang ke KL ambil masa 45minit je, nak tido pun tak sempat tau-tau dah sampai LCCT.  Dari LCCT pula saya naik bus turun ke KL Central sebab ingat nak cari hotel are KL Sentral je sebab flight ke Kore awal pagi esok. Dari KL Sentral kami dua jalan kaki menapak ke hotel Sentral, tak jauh mana pun tapi kami silap jalan dok tawaf bangunan satu lagi, adoila hazab sungguh. Saya tak booked pun hotel nak tido malam tu dan masa nak beli walk-in harganya RM140, tak jadi beli walk-in saya terus bukak website agoda dan beli room on the spot dalam agoda dulu sebab harga dalam agoda RM98, nampak tak beza harga dia. Jadila pengguna bijak sikit harga beza untuk bilik yang sama. Pastu saya tunjuk je email saya dari skrin tablet dan terus dapat bilik dengan harga yang lagi murah dari walk-in. Petang tu saya dan mr.soulmate jejalan ke mid valley sebab saya nak beli bateri camera dan nak cari selipar sebab kaki saya dah melecet dan bengkak dah. Ha baru kat Malaysia kaki dah melecet kan apa lagi nak berjalan sakan kat Korea ni. 

Kaki dah bengkak akibat melecet dengan teruknya dan terpaksa pakai selipar je ke Seoul. Masa nak boarding baru sibuk cari hotel nak tido kat Seoul, Contohila saya yang suka buat keja last minit ni hehehe nak sangat advanture hambik kau.
Macam biasa juga susah betul air asia nak bagi nasi beriyani, baik buang terus dari menu kalau taknak kasi. Green curry okok jela rasanya . Sebelum landing kita kena declare semua makanan or ubat-ubatan.
 
Dari KL Sentral kami naik bus ke LCCT pukul 4.45pagi. Kemudian flight ke Seoul pukul 8pagi. Penerbangan ke Seoul mengambil masa selama 6jam dan apa lagi 4 kali ulang ke toilet pun tak sampai-sampai lagi, nasib baikla ada guru muda umur 27 dari New York mengajar english kat Seoul peramah juga dok kat sebelah. Dia seronok jumpa orang utan kat Sabah dan pi jejalan kat Pulau Redang. Dia jejalan Malaysia dengan kawan dia juga tapi kawan dia guru english kat Indonesia so dia balik sorang jela ke Seoul.
Ok nantikan entry pada Day 1 pula ye. Good nite nak tido.