Klik sini

Ahad, 3 Julai 2011

Kek Lapis Coklat kukus

Best Blogger Tips
Selamat pagi minggu semua bagi kawasan yang bercuti pada hari ahad dan selamat bekerja pada kawan-kawan yang tinggal di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Semoga hari-hari yang bakal kita tempuhi ni dirahmati yang Esa.

Minggu ni saya bercadang nak buat kek, rasa lama tak buat kek. Gogo punya gogo jumpa la resepi kek kukus lapis ni terus berkenan tambah2 berkenan lagi bila semua bahan memang dah ada dan resepi ni guna sikit je telur tak macam kebanyakan resepi kek lapis yang lain sampaikan guna 10 biji telur kuning pulak tu, adoii pengsan banyak sangat guna telur. Lagi satu kalau kita terlebih ambil telur kuning pun tak baik juga untuk kesihatan memandangkan satu biji telur kuning mengandungi sekitar 213 mg kolesterol. Bagi orang yang memiliki masalah kolesterol dalam darahnya, itu sudah melebihi batas yang diizinkan iaitu 200 mg. Tetapi, seberapa besar pengaruh kolesterol makanan terhadap peningkatan kadar kolesterol darah masih belum diketahui dengan jelas. Beberapa ilmuwan percaya bahwa lemak jenuh dan lemak trans mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam meningkatkan kolesterol darah dibandingkan kolesterol dalam makanan. Satu butir telur mengandung sekitar 213 mg kolesterol – semuanya ada di dalam kuning telur. Jika kita punya tubuh badan yang sihat, dinasihatkan mengambil kolesterol makanan kurang dari 300 mg sehari. Tetapi jika mengalami penyakit kardiovaskuler, diabetes, atau kolesterol LDL yang tinggi, sebaiknya kenalah ambil kolesterol makanan kurang dari 200 mg sehari. Oleh sebab itu jugak, jika kita makan sebiji telur sehari, kita harus membatasi makanan yang mengandungi kolesterol dalam hari itu. Jika kita suka telur, tapi tidak ingin menambah kolesterol masuk ke tubuh, makanlah putih telur saja. Putih telur tidak mengandungi kolesterol.
Amacam?macam gaya doktor bercakap tak?hehehehe.....sharing is caring.....masak, masak jugak tapi jangan abaikan kesihatan. Kena ingat....badan kita ni pinjaman je dari tuhan, bila-bila masa Dia akan ambik balik tubuh ni....kita hendaklah bersyukur dan menjaga sebaik mungkin badan kita supaya sihat dan kuat hehehee terselit iklan Milo lak......



 

Keke Lapis Coklat - Kukus

Bahan-bahan
4 biji telur sejuk saiz B
1/2 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum yang berkualiti 
1/2 sudu kecil rata baking powder
1/2 sudu besar ovalette
75 ml susu cair
1/4 sk garam
50 ml minyak sayur atau minyak jagung
1/2 sudu kecil vanilla
sedikit coklat emulco
coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnya

Cara-cara

1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat cip dan coklat emulco.

3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)

4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis. 

5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.

 




Dah siap....bersedia untuk ngap

 Tekstur yang super soft

 Selamat mencuba

Tiada ulasan: