Sabtu, 29 Oktober 2011

Omelette

Selamat berhari minggu di rumah. Breakfast pagi ni saya buat omelette je. Omelette ni senang je buatnya

Saya masukkan sosej mushroom ayamas dalam omelette ni.

Tak lupa jugak sayur-sayuran kegemaran saya iaitu capsicum traffic light (red+yellow+green), carrot, bawang besar, tomato dan cendawan

Tak lupa juga susu kegemaran iaitu low fat milk. Susu ni memang sentiasa ada dalam peti ais sebab saya gunakan susu ni kalau buat roti atau kek juga.

Saya bancuhkan susu+telur+garam+lada hitam+sos worcestershire(sos payah nak sebut)

Saya masukkan telur dulu kemudian baru masukkan bahan-bahan yang lain atas telur ni.

Saya masukkan sosej, tomato dan cendawan dulu

Lepas 2 minit baru masukkan sayur-sayur yang lain pula. Agak mencabar masa nak terbalikkannya maklumla banyak rencah atas telur ni.

Inilah breakfast yang tak seberapa....selamat mencuba

Tiada ulasan: