Klik sini

Ahad, 19 Jun 2011

Spaghetti with Pesto Sauce

Best Blogger Tips
Pagi-pagi lagi saya jengguk anak-anak dalam stor, lepas saya bersih dan kemaskan tempat dalam stor, tambah air dan makanan, saya biarkan anak-anak saya bermain dalam rumah. Sepagi saya bermain dengan anak-anak yang sentiasa menghiburkan hati, sampaikan tunggang langgang rumah. Lepas saya kurung balik dalam stor saya mula sediakan bahan-bahan untuk masak. Mesti ramai yang pelik pasaipa saya kurung anak-anak saya heheheehe anak-anak saya merupakan haiwan berbulu meow meow....iaitu Cuit, Oggie, Bunga, Garra dan Puppy. Saya takkan biarkan anak-anak saya bermain dalam rumah masa saya tengah masak sebab saya sangat cerewet kalau terjumpa bulu kucing dalam makanan....TAK SUKA

 Hajat di hati nak buat pesto ni tertunai jugak bila semalam kat Jusco jumpa basil dan mint. Pesto ni senang je janji ada basil, mint, pine nuts, garlic, olive oil dan cheese tapi saya tak masukkan kacang pine. 

 Antara bahan-bahan saya nak masak rini tapi dalam pesto ni saya pakai basil dan mint je, yang lain-lain tu saya masukkan dalam salad

 Memandangkan saya bukanla pengemar nasi, saya lebih suka masak pasta saja kat rumah.  Spaghetti ni saya boil dengan salt dan olive oil

 Spaghetti yang dah masak, saya ketepikan

 Untuk pesto, saya blend basil, mint, cheese, olive oil, garlic, black pepper dan air rebusan pasta sikit

 Saya masak sekejap je pesto ni atas api dengan sos krim carbonara

 Saya gaulkan pesto dengan spaghetti

 Saya hiaskan daun parsley atas spaghetti

Sekian sudah hidangan hari ahad, lengkap dengan ayam nugget+spaghetti pesto+salad+latte sambil melayan cita he's just not that into you

2 ulasan:

ZuwL89 berkata...

sedapnya kak pidot! Nk try wat la hehe

Noor Hafirdaus berkata...

ha...senang kan buatnya.