Klik sini

Rabu, 4 Disember 2019

Day 5, Kashmir, Srinagar - New Delhi - Kuala Lumpur - Kedah #azamfirdaussummerkashmir

Best Blogger Tips Blog ni bersawang terukla....dah hampir 2 tahun tak buka blog langsung. Hopefully blog ni tak terus dilupai begitu saja.



Sambungan dari episod yang lepas, balik dari Gulmarg kami ingat nak ronda-ronda ja perabih duit. Dekat-dekat boat house yang kami menginap ni ada kedai kain dan bolehla kami shopping sebelum kami pulang ke Malaysia esoknya.


Kami bersama rombongan cik kiah beramai-ramai jalan kaki ke kedai kain tersebut. Rambang mata pula dengan harga yang dijual pun murah-murah pula tu selepas di convert dengan duit RM.

Malam tu kami berkemas-kemas semua bag pakaian kami, saya tinggalkan 3 helai tudung dan 1 blouse manakala mr.soulmate pula tinggalkan selai jeans di boat house kami.

Keesokkan pagi pula kami berenam bergambar bersama mak angkat kami di sini. Mak kami ni la merangkap tukang masak yang bertanggungjawab menyediakan makanan kami sepanjang kami di Kashmir.

Kemudian kami bergambar bersama tour guide kami yang berlenggan merah dan yusof yang berjanggut yang menyediakan penginapan kami. Depa berdua ni anak makcik berbaju putih tu.

Adventure nak keluar dari boat ni, setiap kali air pasang, boat ni akan hanyut ke tengah sikit. Yusof kena pegang tali supaya saya boleh menyeberang titi dengan selamat.

Bag kami dah bersedia atas bumbung nak bertolak ke airport Srinagar.

Mr.soulmate bersama yusof yang menjaga kami sepanjang penginapan kami di boat house

Yang berbaju kemeja berkotak tu tu la driver kami sepanjang di Kashmir. Dia memang tak pandai langsung berbahasa english.

Setelah melalui beberapa pintu security (ya ampunnnn banyak gila pintu security airport ni, stress pula), akhirnya kami pun nak take off ke New Delhi.

Beginila rupa muka bentuk dan penempatan di Kashmir dari pandangan burung. Bye bye Kashmir....kami merindui Kashmir sudah.




Penerbangan domestik dari Srinagar ke New Delhi dijamu makanan. Kami naik Jet airways.

Dapat kebab ayam...okla kan sedap juga cuma rempah dia kuat sangat.

flat layout






Maka tamatla sudah pengembaraan kami di bumi India. Walaupun cuma seminggu tapi sangat memberi makna buat kami. Pengalaman di bumi Kashmir sukar dilupakan dan kami akan kenang kenangan manis kami sepanjang di sana. Semoga kami akan repeat lagi pengembaraan kami di bumi Kashmir lagi. insyallah.....