Memaparkan catatan dengan label Medan Indonesia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Medan Indonesia. Papar semua catatan

Ahad, 10 Mac 2013

Oh Medan, Indonesia....Day 5

Pagi ni seperti dijanjikan saiful akan datang ke hotel dan hantar kami ke airport. Pagi ni tunggu saiful dekat sejam kat lobi sebab katanya tayar keretanya pancit. Sebelum ke airport kami sempat singgah dulu di pejabat pos. Dah tentu saya nak tulis pengalaman dan penghargaan kepada mr. soulmate sebab sudi menemani saya mengharungi trip kali ni di atas poskad. Begitu juga mr.soulmate dan apa yang ditulis adalah rahsia dan cuma dapat baca poskad bila poskad tu selamat sampai ke rumah.
Saiful ada pesan juga kalau kat pintu airport tu kalau ada pegawai yang lengkap beruniform datang nak minta tengok boarder pass dan passport jangan dilayan dan jalan terus masuk. Kalau ada sapa-sapa datang nak hulurkan pertolongan cuba elakkan dan urus semua sendiri. Ok seperti pesanan dia memang betul-betul terjadi. Rupanya yang pakai uniform kat luar airport tu cuma orang biasa saja dan kalau kita bagi segala dokumen perjalanan memang bersediala kemudian. Ingatkan bila masuk airport discan bagai selamat la kot tapi tak juga sebab banyakla ulat-ulat datang menghampiri pelancong untuk tolong check in la, tolong angkat bag la dan macam-macam lagila dan jangan taktau staf kat kaunter pun dapat komisen juga bila diorang ni tolong check in kan kat kita.
Rimas sangat tau tambah-tambah dok tunggu kaunter nak buka baggage drop tu.


Yeaaah.... hari ni hari kelima dan terakhir kami di bumi Sumatera. Memikirkan pengalaman yang kami lalui sepanjang 4hari lepas banyak mengajar kami erti kehidupan. 
Gambar di atas adalah airport tax yang perlu dibayar setiap kali nak terbang keluar dari Medan. Saya pun tak paham airport tax yang dibayar sekali masa beli tiket air asia dan airport ni adalah berbeza sama sekali. Harganya bagi sorang adalah 75ribu. Masa nak bayar ni kena tunjuk sekali passport dan boarding pass dan resit ni mesti diserahkan di pintu boarding. Sesapa tak dak resit ni maka kena patah balik bayar dan beratur semula, kalau tidak tak boleh terbang keluar.


Akhirnya kami pun meninggalkan bumi sumatera sob sob.....
Dalam hati saya berjanji tak akan kembali ke sini dah, cukupla kali ni saja.


Setengah jam kemudian dah nampak pulau pinang tapi sebelum touch down di bayan lepas, flight berlegar-legar di seberang prai.

Saya minta maaf andai entry Medan ni agak kasar tapi sejujurnya saya cuba nyatakan secara jujur pengalaman yang saya sendiri hadapi. Mungkin orang lain bernasib lebih baik dari saya dan mungkin juga saya tak bernasib baik di Medan. Apa pun yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan banyak pengajaran yang saya dapat daripada trip ni.
 Perbelanjaan kali ni terlebih bajet asal sebanyak 150%.

The end.

Oh Medan, Indonesia....Day 4

*Hari-hari busy pun kembali lagi, nak habiskan entry Medan ni cepat-cepatla sebab banyak entry masakan dok beratur ni.



Pagi ni lega sikit sebab dah ada kat city Medan. Pagi ni di Ibunda Hotel kami bersarapan dulu dengan nasi goreng dan kopi panas. Nasi goreng kureng sikit rasanya tapi kopi o memang sedap. Kata barista kat France kopi Indonesia paling sedap tapi kopi tahi musangla. Kopi tahi musang yang popular tu asalnya musang ni suka makan biji kopi kat pokok kopi. Kemudian bila musang ni berak biji kopi akan keluar sekali dengan najisnya. Najisnya kemudian dijemur sampai kering dan dijadikan kopi yang termahal didunia kerana proses semulajadi dalam perut musang tu. Macam-macam sungguh manusia ni kan, alahai. Pagi ni saya tak minum kopi tahi musangla, kopi biasa saja tapi rasanya memang sedap sangat kalah kopi kapal api.




Pagi ni seperti dijanjikan dengan supir saiful, kami bayar rm100 dan dia akan bawa jala-jalan sekitar bandar Medan. Ya supir di Medan tak mainla duit rupiah, katanya untuk pelaburan dia minta duit ringgit. 
Destinasi pertama pagi ni saiful bawa kami ke Istana Maimoon. Istana ni katanya raja dari Melayu tapi disebabkan kuasa raja dihapuskan di Medan, maka raja jadi setaraf macam rakyat jelata saja. 

Sejujurnya tak apa yang menarik bagi saya kat istana ni kalau nak dibandingkan di semenanjung Malaysia tapi disebabkan ini salah satu tempat perlancongan,  jalan jela tengok-tengok kawasan. 
Bila tiba di pintu istana saja ada beberapa penjaga istana akan datang dan terus bawa kita dan bercerita pasal istana. Bagi saya tak cerita pun tak apa sebab serius tak ada apa-apa pun lagipun tak minat nak tau sejarah Medan sama kot. Habis dia cerita semua dia minta kami bagi duit kat dia sebab untuk donation istana. Tula kan apa-apa mesti minta duit donation. Kalau donation tak ikhlas tak guna juga. Kata supir saiful diorang ni tak dibantu oleh kerajaan untuk memuliharakan kawasan istana ni jadi kena minta donation orang ramaila untuk menjaga kawasan ni. Tapi kalau ya pun kenapa nak minta duit pelancong je, orang indonesia sendiri tak pula diminta donation. 

Memandangkan kami macam tak berapa nak minat nak melawat kawasan istana ni maka perjalanan diteruskan ke tempat bershopping iaitu kilang hajah mariani. Kain agak mahal tapi disebabkan ada orang pesan ambik jugakla dan kat kedai tu dah habiskan rm550. Sekali lagi diorang terima duit rm. Kemudian kami ke Taman buaya Asam Kumbang. Kata saiful lebih seribu ekor buaya ada kat sini dan pernah terlepas beberapa kali setiap kali banjir.




Buaya kat atas ni umurnya baru 3tahun. Setiap sangkar ada umur buaya.

Buaya kudung ni kena asingkan supaya tak ditindas oleh buaya-buaya lain. Dia memang dilahirkan cacat tanpa ekor.

Yang hairannya kat sini tak bau hanyir langsung walaupun banyak buaya.

Buaya kat atas ni pula umurnya 40tahun. Semakin tua usia buaya semakin besar badan dia. Bayangkan buaya yang berusia seratus tahun lebih macam mana besarnya badan dia.

Bila berdiri lama-lama tepi sangkar dia, mata dia berkelip-kelip je pandang orang. Dalam hati dia mesti kata alahai manusia kecil je rasa macam nak ngap je.


Kat belakang ni ada tasik tapi diletak pagar kelilingnya dan air tasik ni berlumut je dan dalam tasik ni banyakla buaya-buaya tenggelam timbul je. Dari jauh nampak macam pelepah daun kelapa ataupun batang kayu rupanya ada mata yang memerhati.
Dari taman buaya kami gerak ke gereja yang dikatakan senibina yang cantik. Saya tak suka sangat kat kawasan ni ambik gambar je sebab rasa rimas sangat.
Perjalanan diteruskan ke perpustakaan awam Medan atas urusan mr.soulmate.

Selama 4hari di Medan inila first time kami makan di restoran, kalau tidak makan roti dan tuna saja. Itupun atas permintaan kami nak datang makan kat sini sebab nak bandingkan rasa Wong Solo kat seksyen 7 Shah Alam. Wong Solo sek.7 memang sangat lazat kot.
Pendapat saya set ayam bakar dan set ayam penyet ni tak berapa sedap macam kat Shah Alam sebab rencahnya macam ada yang kurang ja dan dia tak bagi sambal merah yang pedas. Ok tetiba lapar wong solo kat sek.7 set ayam bakar
Lepas makan-makan maka dengan cuaca yang sangat panas terik harusla cari tempat berekon jap sambil continue shopping iaitu Plaza Mentari.
Comel pula nama kedai ni teringat 'bunga' si anak bulu orenku.
 
Kedai ni wajib singgah kalau nak beli baju 'i love medan' dengan harga yang murah dan kualiti kain yang elok.
 
T-shirt hitam tu harganya 55ribu untuk 2helai. Kualiti memang elok dan jenis kain tebal dan sejuk dipakai. Tak macam t-shirt yang jual kat kedai-kedai kat kawasan perlancongan tau sebab kain kat sana jenis keras dan jenis kain tak telap peluh. 

Malam tu kami keluar lepak-lepak menikmati malam terakhir di Medan. Time ni saya happy sangat sebab dok pikir esok pagi nak bertolak balik rumah dah hehehe. Tempat kami lepak ni namanya Amalium dan ada karoke terbuka boleh nyanyi sambil dok kat meja makan dan sesapa taktau dari mana datangnya suara penyanyi sebab nyanyi sambil sorok-sorok.
Sekali lagi saya minum air alpukat atau nama familiar nya avocado dan mr.soulmate minum air lemon barli.

Sekian untuk malam terakhir di sini. Disebabkan kualiti kain yang bagus dan harga yang murah saya pun beli selai. Yeahhh esok balik.....sweet dream.

Khamis, 28 Februari 2013

Oh Medan, Indonesia....Day 3

Hari ni merupakan hari terakhir cuti dan ahad ni start kelas. Penatnya macam-macam saya tak siapkan lagi termasukla menghantar report untuk aktiviti dan result exam kat JPA. Jadual kelas pun dah keluar, tak tengok pun lagi. Segala-galanya malas sekarang kecuali satu je tak malas iaitu membuat kek tempahan.
Nampaknya entry ni saya tak banyak nak cerita apa, layan la gambar-gambar kat bawah ni sebab malas gila nak buat entry Medan.

 Hari ni merupakan hari ketiga kami di bumi Sumatera. Bilik kami betul-betul menghadap tasik toba. Mulakan hari dengan aura@cakra@semangat yang positif-positif saja.

 
 Pagi ni punya breakfast special sikit sebab dihantar terus ke pintu bilik dan makan menghadap tasikla pagi-pagi ni. Nasi goreng pagi ni jauh lebih berperisa daripada semalam punya breakfast cuma air teh ni kena buang separuh dan tambah air kosong separuh baru boleh minum sebabnya orang Indonesia memang minum air manis. Saya dah melalui dah masa kat Surabaya bila tuan rumah jamu air teh yang sangat manis tapi telan jugakla takkan nak komplen dah orang jamu air kan. Macam tula bak pepatah orang tua masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum....eh betul ke tak pepatah ni?
fake vs menghormati budaya orang??any problem with that??????

 Pukul 8pagi kami check out dan bertolak ke Semosir Island. Pada jangkaan saya bapak rahmat nak seberang sana menaiki kereta tapi rupanya kami ke semosir dengan berjalan kaki saja. Panas terik sangat dan cuaca sangat bahang hari ni tapi macam biasala saya tengok orang-orang tempatan masih berbaju berlapis-lapis dan tebal. Bila tengok pelancong india dan cina pula pakai seluar pendek je semua. Mulala saya ada teori baru mungkin orang Indonesia tak tahan sejuk kot, teori jela.

 Pagi ni sebelum naik feri, kami ronda-ronda tengok bandar Parapat.


 Ini anak-anak jaguh renang. Mereka nila akan berenang tatkala feri bergerak dan meminta agar orang dari atas feri untuk lemparkan duit kat mereka. Kalau baling coin dalam tasik ni pun diorang boleh selam dan ambik coin kat dasar tasik. 
Tasik toba ni ada satu area yang masih taktau kedalaman dan merupakan kawasan bahaya sebab kata orang tempatan ada arus kuat dalam tasik ni yang mampu sedut bot atas permukaan air.

 
 
 Naik bot ke Semosir Island kena bayar 10ribu sorang.
 
 Suka pula membaca pasal sejarah toba lake ni. Bolek klik sini kalau nak baca mengenai Toba Lake dengan lebih lanjut sebab malas nak copy paste balik hahaha.

 
 Ada waterfall di celah-celah bukit tu

 Bot karam ni teringat cita Rogue pasal buaya besar yang karamkan bot pelancong kat Australia, seram betul cita tu.
 
 Tak suka pasar ni sebab peniaga-peniaga sini paksa gila-gila minta kita belikan barang niaga diorang. Bila ada peniaga ni dok paksa saya, saya cakapla kat dia "nantila saya jalan-jalan dulu" pastu dia siap ugut kata "kakak tudung biru, saya ingat ni mesti kembali beli sini. Kat sini bila berjanji mesti tunaikan" ha mampus ko masa bila aku berjanji dengan dia. Pastu mr.soulmate cakap "dengan diorang ni jangan layan langsung, buat taktau je jangan kata nak beli, pandang barang niaga pun takyah" ok saya sangat awkward dan mula benci dok lama-lama kat sini dah.
Saya beli keychain kayu ukiran rumah batak, peniaga ni kata seketul 50sen okla saya ambik 6ketul tapi bila bayar dia taknak pula duit RM, dia nak kita bayar duit rupiah tapi rupanya dia songlap 3ribu extra pula bila convert dari RM ke rupiah, dasar penipu betul kalau macam tu selamanya ko tak takleh nak hidup senang kalau keja asyik menipu pelancong je.
Ingat habis takat tu la kan pastu masa nak naik feri ni ada pompuan tua niaga kacang tanah, dah kata taknak pastu dia pandang saya cakap anak kecil kat rumah tak ada susu nak minum. Adoila....hati aku pasaipa senang runtuh sangat tah. Saya minta mr.soulmate belikan kacang tanah seberat 100g dengan harga 20ribu ok tak?bencila pasal apa dia mai minta kat saya padahal kat orang lain dia tak minta pun. Sekali lagi mr.soulmate minta saya elakkan eye contact dengan orang-orang kat sini sebab bila kita rasa kecian, lagi depa nak ambik kesempatan. Lama-lama dok kat sini saya boleh jadi bankrupt sebab habis duit nak derma je sebab keciankan orang je.

 
 Jangan kata kesian kat orang je, dengan binatang pun kesian gak sebab dia lapar. Nampak je lapar tapi bila bagi roti dia memilih lak, dia buang roti tapi makan raisin dan nut yang melekat kat roti saja.

 Masuk dalam rumah ni pun satu lagi hangin bila kita nak keluar siap remind kita suruh bagi donation. Jenis nama je donation tapi paksa suruh kita bagi duit juga, bosan betul. Ish mana pula aura positif yang cakap awal-awal tadi. Itula masalahnya kalau tak cukup tabah mengharungi hidup yang penuh onak duri berliku ni.



Masa balik naik bot bayar lagi sorang untuk 10ribu. Tengok supir-supir lain semua bayarkan untuk pelanggan diorang masing-masing. Next time sesapa nak dapatkan supir sebelum mulakan trip jelaskan betul-betul semua bayaran supaya kita takyah nak kuarkan lagi bayaran tambahan remeh temeh macam ni.

Selepas tu dah tengahari kami gerak pulang ke Medan. Bye bye Parapat....ini mungkin kali pertama dan terakhir ye. Tak sanggup nak ulangi datang sini walaupun free sekali pun.
 
Jauh juga perjalanan dari Parapat ke Medan, perut mula berkeroncong dan bapak rahmat pun laju je tak tanya pun nak singgah makan kat mana-mana. Dalam pukul 3ptg kami singgah kat masjid Al-Mukhlisin, sementara tunggu mr.soulmate solat jamak saya makan roti kat warung depan masjid ni.
 
Bapak rahmat hilangkan diri sekali lagi, mungkin dia pi makan mana-mana la kot. Akhirnya kami dua berpicnic lagi makan roti cicah tuna. Saya beli air ni wahhh sedap sangat teh markisa tapi herannya tak pula manis air botol ni. Air ni ada jual kat Malaysia tak sebab sedap sangat.


Dalam terik kepanasan dan jammed pula. Masa ni kepala saya pening sangat-sangat sebab aircond macam tak berfungsi je

Dalam jammed ada pula perarakan anak-anak sekolah.
 


Rasanya takla jauh sangat tapi jammed membuatkan kami sampai kat Medan pukul 7mlm. Ok ingat tak saya ada booked hotel Ibunda dan dapat balasan email cakap Ibunda Hotel ada buat aktiviti rumah sakit dan dia suggest stay kat hotel menara ixus. Sebelum kami ke hotel menara ixus saya nak cuba nasib sekali lagi dan pergi ke Ibunda Hotel. Rupa-rupanya Ibunda Hotel tak buat apa-apa aktiviti pun dan masih banyak bilik yang kosong. Saya tunjuk kat staf situ email yang saya dapat tu dan dia dan beberapa staf sahkan email yang saya dapat tu bukan dari Ibunda Hotel. Email tu dari agent hotel menara ixus dan tarik customer dari Ibunda Hotel untuk menetap di Menara hotel tu. 
Biasanya pelancong mesti booked hotel dari website dan saya jumpa website untuk Ibunda hotel melalui Medan Holiday dan promosi untuk beberapa hotel di Medan termasuk Ibunda hotel. Nampaknya agent tu disuapkan rasuah oleh hotel menara untuk menarik mana-mana customer yang nak menginap di Ibunda Hotel ke hotel menara tu.
Ok saya dah faham sekarang...Medan ni kalau kita keluarkan duit walaupun seposen dan kita akan dapat advantage lebih dari orang lain daripada orang yang tak keluarkan duit langsung.
Sebelum berpisah dengan bapak rahmat dia minta tips lagi kat mr.soulmate. Mr.soulmate bagi je 30ribu tips dekat bapak rahmat. Ok sekarang masanya nak call saiful nak dia explain apa yang terjadi ni dengan bapak rahmat, complicated sungguh. Malam tu mr.soulmate je jumpa saiful sebab saya dah malas nak deal dengan diorang ni. Akhirnya mr.soulmate bayar lagi RM100 kat saiful untuk bawa kami ronda-ronda Medan seharian. Masalahnya saiful ni taknak duit rupiah dia nak duit RM je katanya untuk perlaburan, apa-apa jela so konon nak budget travel tak menjadi jugakla bila terbabas lebih 2ribu ringgit sepanjang kat Medan ni.
Beli nasi kosong kat restoren Ibunda Hotel berharga 14ribu dan makan dengan tuna lagi.
Moral of the story kalau nak melancong ni kalau nak enjoy jangan jadikan duit sebagai isu utama
The End.