Klik sini

Rabu, 26 Oktober 2011

Chocolate Pancake in the morning

Best Blogger Tips
Selamat pagi....nak makan apa ya buat breakfast di pagi hari deepavali ni.

Saya habiskan stok buah strawberry yang beli kat Cameron dan coklat lebihan buat kek coklat tempoh hari.
First time ni nak try buat pankek sendiri. Kalau tidak sebelum ni saya beli tepung pankek segera, bancuh dengan air dan ikut arahan belakang kotak je, siap boleh makan. Hari ni rajin sikit sebab rasanya senang je kalau nak buat pankek sendiri. Kalau tak cuba tak tahu kan....

Semua bahan-bahan ni saya campur je dalam blender kemudian tuang atas pan pankek ni.

Dalam blender masukkan sebiji telur+garam+3 sudu gula+1 tsp esen vanilla+2 cup tepung naik sendiri (kalau tak guna tepung naik sendiri boleh masukkan 2 cup tepung gandum+1 tsp baking powder) + 1/2 cup susu segar. Lepas saya blend bahan-bahan tadi, adunan saya nampak pekat sangat, saya tambahkan sikit susu sampai adunan nampak cantik sikit. Saya letakkan sedikit butter dalam pan, dan tuang adunan pankek dalam non-stick pan


Siap sudah...boleh makan. Boleh hiaskan dengan buah strawberry dan coklat

Inilah sarapan yang tak seberapa pagi ni. Selamat mencuba.


Tiada ulasan: