Klik sini

Sabtu, 25 Jun 2011

Grilled Chicken Chop with Apple Salad

Best Blogger Tips
Malam ni nak masak simple je, ingat nak buat salad je buat dinner tapi nampak ayam lak kat tempat freezer...nak makan salad ayam la. Pastu cari-cari lagi bahan-bahan nak masak ayam kat dalam pantry dah nampak chicken chop gravy pulak. Cari benda lain nampak benda lain, tu yang decide nak buat grilled chicken chop dengan gravy. Lagipun dah lama tak makan chicken chop, sebab takdak bread crumb je, kalau tidak, siapla nak pecah telur main celup-celup dalam telur dengan bread crumb betul-betul buat chicken chop ni


Apa-apa pun atas request kengkawan yang jadi silent reader ni, diorang minta saya snap gambar bahan-bahan sebab ramai kata saya suka guna bahan pelik-pelik yang susah nak cari kat kedai runcit.

Sebenarnya bukan susah nak cari tapi sebab bahan ni kita jarang guna, so bila ada jual pun kita ignore kan sebab tula tak perasan ia ada jual sebenarnya. Kalau rempah-rempah itali ni memang banyak jual kat kedai kek dan roti, kat tesco dan cold storage pun banyak jual jugak. Bahan perapan ayam macam dalam gambar atas ni. Saya pakai rempah cajun, paprika, nutmeg powder, lemon jus, black pepper, italian herb dan sos plum

Dalam karung plastik ni, saya ketuk dada ayam dengan lesung batu sampai dia jadi leper kemudian saya perapkan selama 30minit dengan bahan-bahan di atas. Oh lupa lak, saya perapkan sekali dengan potato, saja nak makan potato bakar


Saya bakar je la sebab takdak tempat grilled pun, grilled bbq ada la tapi kena set tempat dia lak...gerabak punya bbq set tu. Kalau buat party at home buat bbq malam-malam jemput kengkawan ok gak, ni nak makan pun sorang-sorang tak kan nak perosah pasang bbq tu...ishh tak kuasala biarla tersimpan dalam bilik stor tu lagi.

At the meantime, saya sediakan salad..saya letak 2biji epal merah+carrot+onion+parsley+sweet crunchy. Dressing macam dalam entry salad ni

Saya suka tengok salad yang disalut dressing, rupanya berkilat dan sangat menggoda


Lepas siapkan salad, saya siapkan gravy. Gravy ni sama macam saya buat macaroni peas dulu


Ayam pun nampaknya dah masak, leh tutup api

 OK siap sudah hidangan untuk malam ni.....jemput makan semua










Tiada ulasan: