Klik sini

Rabu, 27 April 2011

Meatball IKEA at Home

Best Blogger Tips
Macam mana rupa?sama tak macam makan kat IKEA?mestila lagi menarik kan hehehehe

 Ini rupanya kalau kita p makan kat sana Swedish Meatballs (10pcs) RM 10  

Inilah masakan frozen food yang mudah lagi sedap. Kebetulan IKEA buat promosi set Sweedish Meatballs, ha hambik ko makanla meatballs IKEA satu beg tu hehehe

Ini untuk 2 orang makan je tapi stok up to 2 month

Frozen meatball ni saya kukus dengan aluminum foil (suka masakan kukus sebab rasa dia lebih sedap)
 
Sebelah meatball, saya letak potato yang ditabur black pepper dan Italian Herb. Memang sedap kalau kukus sekali dengan meatball sebab nanti potato ni serap air meatball....cubala kalau tak caya

Gaya masak orang bujang macam nilah, masuk gravy meatball pun dalam periuk nasi (periuk nasi elektrik dah rosak, periuk dia leh pakai lagi)
Gravy ni senang je buat, 1 paket = 1 1/2 cawan air, tapi saya letak krim sikit supaya lebih creamy

Saya tak leh makan hidangan kalau takdak sayur....so, masakla sikit broccoli makan dengan meatballs

Tak lengkap pulak hidangan ala western ni tak dak dessert kan. Memandangkan dah ada ais krim rocky Walls ni, potong jela buah apa yang ada dalam peti ais makan sekali. Pastu bancuh air hazelnut old town white coffee ais kan (gelas pun pakai IKEA jugek)...sangat mabelless...

Tukang Masak yang Best lagi Selamber all the time...wink wink....

Best Blogger Tips
Memandangkan saya ni penggemar cooking show so, saya ada chef favorite saya sendiri di tv. Saya suka chef yang simple, selamber, suka merapu (making joke in front of camera) dan bukan jenis yang terlalu teliti macam Martha Stewart. Saya suka ikut talk show Martha Stewart tapi tak suka bila dia start masak sebab dia ni terlalu teliti dan agak cerewet kat dapur.
Chef yang paling best kat dapur di tempat yang pertama ialah........

 Chef Wan memang best.....kelakar, selamber dan yang paling penting masakan dia simple tapi menarik. Apa pun diala satu-satunya jejaka malaya top chef yang mendapat tempat dihatiku, kalau tak caya klik la sini

Jamie Oliver pun tak kurang hebatnya, dia dah menghasilkan berpuluh-puluh buku dan tv show masakan. First time kenal Jamie melalui tv show 'the naked chef', masa zaman dia dok bercinta, belum kahwin lagi dgn wife dia. Jamie bukan saja chef yang memperkenalkan masakannya tapi dia juga memupuk anak-anak muda untuk pemakanan sihat (kat sana kan terlampau banyak obesity di kalangan kanak-kanak). Sekarang ni tv show yang terbaru dia 30 minute meals dan jamie's dream school. Respect la kat dia sebab dia di antara chef yang sangat humble walau kat mana saja dia berada. Sebab tula dia dapat tempat pertama dalam '10 Most Famous Chefs in the world' klik 
 Sapala tak kenal dengan Rachael Ray kan.....
Dia bukanlah seorang chef dan tak masuk sekolah culinary pun tapi sebab minat yang mendalam tentang masakan, dia jadi famous. Dia ni sorang lagi jenis merapu depan camera. Dia masak mana ada sukatan main campak-campak je tapi hasilnya wahhhh selalu sedap je nampak. Tengok resepi dalam web site pun dah menyelerakan. 

Ni sorang lagi nenek selamber yang famous.......PAULA DEEN y'll
Walaupun cara dia masak macam merapu je tapi hasilnya memang bestla, kalau dia buat dessert lagila macam nak meleleh air liur tengok masakan dia
Suka jugak dengar dia punya accent Savannah, Southern American. Macam accent orang kedah dan orang kelantan cakap la, ada loghat yang tersendiri.

  Nama blog ni ilham dari Chef Michael Smith jugak...tv show dia Chef at Home memang sempoila. Kata-kata dia “My secret recipe? Cooking without a recipe. This will set you free. Choose ingredients that fire your imagination. Let your instincts be your guide. Find other flavours that match. Find the best way to prepare. Simple is best.” 
dan

“Remember words have no flavour, you have to add your own!”
 dalam Chef at Home

Giada De Laurentiis.....nama secantik orangnya. Jarangla jumpa tukang masak yang terror masak memiliki badan dan raut wajah yang cantik macam Giada. Nama pun orang Rome, Italy.  Masakan Giada simple je, tengok show dia memang bolehla try masak sendiri kat rumah. Kalau ikut resepi dalam blog dia pun senang gak

Mula-mula tengok Alton Brown dalam 'good eats' macam chef psycho je tapi dia ni selamber sampai nampak macam tu. Nampak dia masak macam merapu gak tapi menjadi hasilnya, walaupun nampak psycho tapi dah terror masak tu bagi apa pun dia boleh masak. http://www.foodnetwork.com/good-eats/index.html




Bobby Flay pun best gak...dia ada gaya tersendiri. Dia ni famous jugak la kat US tapi cara masakan dia macam remeh sikit. klik



Nigella Lawson pun tukang masak yang cantik. Dia punya masakan pun simple dan best. Haritu saya buat Coklat croissant saya letakkan link dia jugak kat situ, mudahkan cara dia masak? klik


Nama dia macam orang melayu, Ina. Tv show dia famous dalam Food Network ialah Barefoot Contessa. Cara dia masak pun nampak mudah nak ikut walaupun sometime dia agak cerewet skit

Bobby Chin ni antara travelling Chef yang pernah datang Malaysia. Dia pernah masak kat Melacca. klik sini

ROBERT IRVINE.....sapa yang tengok Dinner Impossible mesti kenal dia kan. Memang terrorla chef ni masak tambah-tambah lagi dalam waktu tertekan klik

Inilah antara tukang masak yang best setakat ni

Ahad, 24 April 2011

macarons

Best Blogger Tips
Cerita nak buat macarons ni dah nak dekat 2bulan tapi percayala bila kita decide nak buat macarons ni, kena ada tahap kesabaran dan ketelitian yang tinggi. So, tak hairanla kenapa macarons yang jual kat Shooping Gallery, Subang...mahal xhinggat. Aku ingat nak beli je tapi sebab harga yang macam tak logik, tu yang aku decide nak buat je kat rumah. Sebenarnya apa yang jadi kat macarons aku ni tak berapa jadi tapi xpa next time akan aku buat lagi macarons ni. Rahsia yang paling penting nak buat bagi jadi macarons ni ialah semua bahan kena kering termasuklah jenis pewarna kena pakai jenis serbuk bukan jenis liquid. Serbuk almond kalau macam lembap je tu kena masukkan dalam microwave dulu bagi betoi2 kering. Sebabnya macarons ni bila kita pipping je atas baking paper xmau jadi cair, maksudnya bentuknya kena berdiri teguh hehehe....mcm mana nak cakap tah......

Inilah rupanya macarons yang bentuknya tak berapa nak jadi tapi rasanya sedap cuma manis je la. Next time kalau nak buat macarons lagi memang kena kurangkan gula. Kalau nak balance kan rasa manis dia, minum la dengan hot tea atau air oren yang masam2 sikit xla terasa manis sangat kan.

Macam saya cakap tadi, kalau nak bentuknya cantik kalau boleh minimumkan kandungan moist dalam adunan ini. Inila jadinya kalau bahan yang kita guna tak cukup kering, bentuk dia akan cair masa kita pipping 
Kali ni dah hati-hati sikit jadi bentuk dia pun macam jadi sikit la hehehehe

Ini rupa yang adunan terlalu cair, bentuk memang out tapi rasa sedap...kalau bentuk jadi mcm ni jangan buang sebab rasa dia sedap (macam puji diri sendiri lak)

 Rupa macarons yang jadi sikitla dari yang atas tu

 Rasa sedap tapi manis sangat sebab boleh dikatakan kandungan bahan dia 70% ialah gula



Inilah bahan dan cara nak membuatnya. Sebenarnya resepi asal ni dia guna serbuk badan 80g tapi saya dah terbeli serbuk badam 50g so, saya buat calculation untuk semua bahan untuk kali 62.5%. Macam ni ambik calculator 80 X 0.625 = 50 kan....ha macam tula..hehehehe (maklumlah dulu sekolah belajar engineering tapi bila besaq minat nak masak pulak) 

Bahan:
50g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
40.6g gula castor

50g serbuk almond
87.5g gula icing
pewarna
1/2 tsp perisa lemon

Cara membuatnya:
  1. Mula-mula saya ambik duit syiling 20sen lukis atas baking paper dan jarakkan 3cm tp ms nak piping tu terbalikkan baking paper. Mula2 rajinla nak ukur2 ni tapi kertas yang kedua, ha main agak jela malas nak ukur2 ni
  2. Pukul telur putih sampai kembang, bila dah kembang masukkan sikit2 gula castor. Kiranya kalau jamie oliver terbalik atas kepala, adunan tak jatuhla (kalau ikut episod jamie oliver mesti paham)
  3. Guna spatula kaupkan adunan tadi dengan serbuk badam, gula icing, perisa lemon pelan2 sampai sebati.
  4. Bahagikan adunan kepada berapa banyak pewarna yang kita ada. Lepas sebatikan dengan pewarna baru start mempippingkan atas baking paper.
  5. Rehatkan adunan kita selama 45minit atau sehingga kering (maksudnya bila sentuh, dia tak melekit kat jarila)....(saya ni malas nak tunggu sampai kering, agak2 sejam terus masuk oven)
  6. Panaskan oven 140C dan bakar selama 15 minit.
Atas sebab beberapa step yang saya miss juga menjadi punca sebab macarons saya tak berapa cantek bentuknya.  

Chicken Mushroom Pizza

Best Blogger Tips
This weekend saya jumpa kedai bagus yang memang bagus. Kedai ni namanya Kedai Bagus, menjual bahan-bahan untuk membuat kek, roti, dan seumpanya. Memang saya tengah dalam mood nak buat roti sekarang ni memandangkan mr. hubby sangat bz dengan research nya tambah2 pulak dah last semester ni.
Melangkah masuk je kedai tu seolah2 saya lupa diri sebab banyak sangat benda menarik hahaha...maklumla sebelum ni tak pernah pulak buat masak2 gini. Bila jalan kat area frozen lak jumpa doh pizza, pastry segera, cheese...mulala terpikir nak buat pizza, terusla grab benda2 tu semua dan grab pizza pan jugak.

  Breakfast pagi ni kami dua makan pizza je....simple tapi sedappppppp. Ni first time saya buat pizza yang rotinya lembut. Sebelum ni roti pizza keras macam batu hehehe.....Saya dah tau macam mana nak buat roti dia jadi lembut iaitu masak pizza dalam oven jangan bakar melebihi 10minit tapi guna suhu yang paling tinggi, saya guna 230C.

Mula-mula saya kena siapkan kuah pizza dulu....perkara pertama, tumis bawang.


Selepas tumisan bawang tadi, saya masukkan pes tomato dan rempah pizza yang saya beli kat kedai bagus jugak. Saya letak button mushroom, lada hitam, daun bay dan perasakan dengan garam dan gula. Last sekali saya masukkan mozzarella cheese supaya kuah jadi pekat dan melekit.
 rupa dapur yang selerak...maklumla nak masak sebulan sekali pun tak tentu biasala kalau sesekali masuk dapur.


Lepas kuah dah siap, saya ratakan kuah atas roti. Kemudian saya masak sikit sosej dengan chicken loaf dalam microwave dulu sebelum tabur atas kuah pizza ni dan letakkan cheese di bahagian atas sekali.


Saya masak pizza ni selama 8minit dengan suhu 250C

Pizza dah siap....yum.

Isnin, 11 April 2011

Chocolate Croissant

Best Blogger Tips


Resepi ni agak terpengaruh dari cerita It's Complicated masa meryl streep berdating dengan arkitek yang renovate rumahnya, Adam....time hujan tu diorang lapar then makan kat kedai Jane. Masa nila diorang buat chocolate croissant sama-sama, nampak mudah je kan tapi memang senang kalau dah ada siap pastry dalam peti ais...tunggu nak canai je kan. 
Hah jangan tak tau, ingat saya sorang je terpengaruh rupanya ada gak org lain yg teruja dengan cita ni siap upload gambar chocolate croissant dan dapur meryl streep dlm cita ni lagi, boleh tahan gak blog Pn. Lake Lure 

Inilah serba sikit tunjuk ajar Jane dalam movie-nya
 
Chocolate croissant yang dah siap tunggu nak bakar je

ada gaya mcm croissant tak?

Pastry yang dicanai ni kemudian potong dengan pisau buat bentuk 3 segi


Sebiji telur untuk disapu atas croissant sebelum dibakar

Croissant ni akan berkilat selepas disapu dengan telur



Inilah rupanya lepas dibakar


Mungkin kalau berminat nak buat chocolate croissant, saya cadangkan tengok la macam mana Nigella Lawson buatkan chocolate croissant....sangat mudah






    



Rabu, 6 April 2011

Apricot Custard Tart

Best Blogger Tips
Hari ni hari selasa dan seharian gak dok rumah just watching tv. Sepatutnya ke ofis tapi ponteng rini hahaha......sekali dalam setahun ok la kan memandangkan suasana di ofis agak mendung. Bila stress melanda diri dan mood pun kurang stabil, kena pikir apakah terapi yang terbaik untuk stress ni. haaa... mestila makan....kalau makan je gemuk lak, ok meh kita cipta resepila. Resepi ni gabungan tart nya dari resepi omputih dan custardnya resepi org melayu, kira mcm mix n match la tapi hasilnya sepadan gak...apa pun janji sedap

Inila rupanya dah siap, agak messy sikit maklumlah percubaan yang pertama tapi berbaloi untuk mengubati stress
Bahan untuk tart:
2 1/4 cawan tepung gandum
2 sticks butter
1/4-1/2 cawan air ais
1 sudu garam
1 sudu gula

Tepung gandum diayak dulu

masukkan garam, gula dan butter dalam tepung yang diayak

Adunan tadi digaul sebati bersama air ais dan balut dengan plastik wrap. Kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2jam


Sementara tu sapukan butter dalam bekas tart

Doh yang simpan dalam peti sejuk tu, keluarkan dan uli sehingga leper

Kemudian letak atas bekas tart mcm ni dan tekan di tepi-tepi sehingga melekat

Kemudian jangan lupa cucuk2 dulu permukaan dia dengan garfu sebelum masuk dalam oven. Tart ni dibakar selama 20minit pada suhu 175c

Bahan untuk custard:
2 sudu tepung custard
2 sudu tepung gandum
4 sudu gula
2 biji telur
2 cawan susu segar
2 sudu butter

Masukkan tepung gandum dan custard bersama gula dan sedikit susu, gaul sehingga sebati

Letakkan di atas api yang sangat perlahan dan kacau tak berhenti untuk mengelakkan adunan berketul. Masukkan baki susu dan telur sebiji demi sebiji sambil kacau

Apabila adunan menjadi semakin pekat, padamkan api

Masukkan butter dan kacau lagi

Tart yang telah masak tadi kita susunkan apricot mcm dlm gambar

Di atas apricot pula baru kita letakkan adunan custard, saya letak lebihan apricot atas custard

Siap...kalau nak makan panas2, leh makan terus tapi kalau nak makan sejuk, simpanla dalam peti ais dulu ikut selera masing-masing


SELAMAT MENCUBA.....