Klik sini

Isnin, 27 Jun 2011

Blended Orange Cake mix dengan Coklat sket

Best Blogger Tips
Gara-gara tak saved tadi, apa yang ditulis dah hilang...kena buat karangan balik. Hari ni saya bercadang nak buat Blended Orange Cake tapi nak buat versi derhaka dengan mencampurkan sedikit serbuk koko dalam adunan. Mula-mula masa saya baca blog CMG dok derhaka sana derhaka sini, saya pun heran sapa yang derhaka kat sapa. Rupa-rupanya kalau sebut word derhaka dalam blog masak memasak ni means resepi asal telah diolah mengikut kretiviti masing-masingla. Ooooo baru ku tahu....


Resepi ni boleh dipanggil derhaka jugak la yer?nak kata kek coklat tapi rasa oren, nak kata kek oren awat color koko pulak...heran sungguh nooo


First of all, ambik sebiji oren dan potong-potong untuk diblend terus sekali dengan kulitnya. Oren ni manis dan takdak biji senang cita, takyah dok korek-korek keluarkan biji oren

and second of all, sediakan blender dan masukkan 3 biji telur, 1 cawan minyak, 11/2 cawan gula, sebiji oren dan 1 sudu sunquic. Senangkan resepi ni, blend semua bahan-bahan sampai hancur dan sebati kemudian tuangkan dalam bowl

Sementara tu ayak dulu 2 cawan tepung gandum, 3 sudu serbuk koko dan  1 sudu baking powder. Masukkan sikit demi sikit tepung dalam bowl bahan yang dah siap diblender tadi. Bila semua bahan sebati, bakar adunan selama 30 minit dengan suhu 170C. Kalau resepi asalnya bakar selama 40 minit tapi saya rasa 30 minit pun kek dah cukup masak, saya taknak kek jadi hangit pulak kalau lebihkan lagi 10 minit. Apa-apa pun masa membakar ni ditentukan oleh jenis oven masing-masing.


Memang lembut la kek ni, terima kasih kak Ita kerana saya sempat cilok resepi free dari blog akak. Semoga hidup akak dilimpahi rezeki, Amin.

BLENDED ORANGE CAKE
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
3 sb serbuk koko*
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
  saya tambah 1 sudu besar orange sunquic

Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
  • Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Siap untuk dimakan, memang sedapla kek ni lembut sangat, lagi sedap makan kek dengan oren zest

Tiada ulasan: