Sabtu, 7 Jun 2014

Fashion Of The Day

Assalamulaikum membuka bicara.....

Semacam je tajuk pun. Sebenarnya saya ni bukanla kaki fashion sangat tapi sengaja nak buat entry ni sebab pakaian saya di Jepun ni mostly 50% baju bundle aka baju timbang sekilo RM5. Walaupun bundle tapi kebanyakan baju ni masih baru sebab nak tau baju baru ke tak tengokla label kat baju ni color dia terang lagi ke pudar dan satu lagi kadang2 baju bundle ni tag harga pun masih ada. 

Kebanyakan baju bundle yang saya beli ni datangnya dari Jepun dan tag harga dia dalam yen semuanya. Saya beli dekat bundle gunung keriang di Alor Setar, klik di sini untuk tau lebih lanjut. 

Selepas beli baju2 ni semua memang wajib kena hantar dobi buat dry cleaning sebab dry cleaning ni lebih berkesan nak matikan kuman2 kat baju berbanding cucian biasa. Kalau nak basuh kat rumah pun ok jugak tapi kena rebus dulu baju2 ni bagi kuman2 semua mati. Disebabkan saya malas nak rebus so saya buat dry cleaning je la.

Memandangkan saya pakai baju bundle so nak buat la juga entry fashion of the day kat sana hehehe....jom layan....

Day 1,
Fashion day 1 bukanla baju bundle cuma kemeja jeans ni saya beli yang reject punya so murahla daripada harga asalnya yang beratus.



Day 2,
Baju peach tu memang baju bundle walaupun nipis tapi memang panas sebab jenis kain dia kot. Masa ni saya kat Nagoya Castle.


Day 3,
Baju hitam ni pun baju bundle ke-2 saya. Saya suka sangat baju ni sebab labuh dan memang panaskan badan. Angin sejuk bertiup pun ok je tak sejuk sangat walaupun pagi kat sini suhu mencecah 6c. Hari ni saya nak bersiar-siar di Nagoya dan melawat museum Toyota.




Malam day 3 ni saya dan mr.soulmate buat kerja gila berjalan kaki sejauh 3km ke Nagoya Station konon2 nak ambik angin malam dan exercise la kan. Sampai je kat Nagoya Station dah getar lutut dah. Walaupun malam ni sangat sejuk dengan angin sejuk pun kuat tapi saya tetap berpeluh.

Kot yang saya pakai ni pun baju bundle ke-3. Pakai kot ni best sebab barula nampak macam pakaian Jepun. Kat sini rata2nya manusia akan pakai kot macam ni tak kira lelaki ataupun perempuan.


Day 4,
Jaket hitam ni baju bundle ke-4. Baju ni saya beli dengan harga RM1. Walaupun seringgit baju ni memang selesa dan masih baru sebab tag harga pun masih ada. Sebenarnya gambar di bawah ni pukul 4.30pagi dah cerah dah kat sini. Hari ni saya bercadang naik bas ke Kyoto dan naik shikanzen pula ke Osaka.




Day 5,
Pagi ni bersemangat tak terkira sebab nak naik bas sejauh 250km dari bandar Nagoya-Aichi ke bandar Toyama. Baju purple ni baju bundle saya ke-5. Sama juga sangat selesa pakai dan panas. Hari ni saya excitednya sebab bandar Toyama ni ada 2 season iaitu sakura yang banyak berkembangnya dan ada salji juga.

 

Day 6,
Sekali pandang gambar kat bawah ni macam ajuma kat Jeju pun ada hehehe. Baju bundle ke-6 memang panas dan sesuai untuk pendakian salji. Tak daki pun cuma naik cable car saja. 



 Bila sampai kat kawasan salji ni wajibla tambah pakai baju lagi. Baju kat bawah ni baju bundle ke-7. Dah pakai baju berlapis2 pastu dok berlagak lak kata salji kat sini sebenarnya takla sejuk mana, orang kawasan tropika boleh ja nak survive kat sini. Pastu bila turun ke bandar Matsumoto baru mengelupur panas sebab kat Matsumoto cuacanya tak sejuk mana dah ala2 kat Genting.




Day 7,
Kiranya hari ni adalah hari shopping la sebab esok nak berangkat balik dah. Baju bundle kat bawah ni yang ke-8. Kot labuh dan tebal sangat. 





Memandangkan tebal sangat baju ni, saya pun tak tahan panas terpaksala beli kemeja baru.  Nak pakai t-shirt je tak boleh sebab lengan pendek so kemeja ni takla mahal sangat dalam RM30 je duit Msia.



Day 8,
No more baju bundle dah. Hari ni saya nak ke airport balik Malaysia. Pagi ni saya sedih sangat sampai rasa nak menangis sebab tak puas lagi dok kat Jepun. Bagi saya Jepun ni negara yang sangat cantik dari segi pemandangannya, budi pekerti penduduk sini dan teknologinya.

 

Sayonara.....
andai ada umur yang panjang mungkin kita akan berjumpa lagi.