Klik sini

Rabu, 18 November 2015

Kelas Spaghetti Bolognese bersama Anak-anak Yatim Rumah Gemilang

Best Blogger Tips
Sedih sangat ni tetiba virus telah menyerang semua gambar-gambar Busan. Hilang semua!!!! Pening dah dok cari recovery sana sini. Gambar yang ada cuma dalam album fb jela huhuhu.....berentila dulu cerita Busan kalau macam tu sementara nak dapatkan semula gambar2 yang hilang.

Video di bawah adalah sepanjang kelas dijalankan.

video
Nak sambung kelas masakan. Cerita ni mengenai kelas masakan bersama anak-anak yatim Rumah Gemilang Sik seramai 50 orang. Kelas saya ajar adalah kelas SPAGHETTI BOLOGNESE. Kelas diadakan selama 2 hari, jumaat dan sabtu.

Sejujurnya saya sangat happy meluangkan masa walau sebentar dengan mereka semua. Moment macam ni mengingatkan saya akan kisah saya sendiri. Saya telah kehilangan ibu dan ayah dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka di tempat kejadian pada umur 14 tahun. Selepas kehilangan mereka, saya telah hilang tempat bergantung. Saya cuma bergantung harap pada kakak-kakak saja. Setelah kakak-kakak saya melansungkan perkahwinan, saya tidak berminat untuk tinggal bersama mereka dan saya memilih tinggal di asrama sekolah saja dan cuti sekali sekala saja saya pergi ke rumah mereka. Masa tu, saya tidak tahu kewujudan rumah-rumah anak yatim atau apa saja bantuan kewangan untuk anak yatim piatu seperti saya. Tiada sapa yang boleh saya harapkan sebab saya tidak tahu. Saya membesar dengan suasana yang sangat susah sebenarnya. Saya tiada tempat bergantung dan saya cuma doakan agar saya sentiasa dilindungi Allah s.w.t. 

Okla stop cerita sedih. Tetiba banyak lak habuk berkumpul dalam mata. Cerita sedih, duka dan sangat mencabar telah mencorakkan diri saya pada hari ini. Saya hari ini adalah apa yang saya usahakan dan lalui pada masa lepas dengan izin-Nya. 

Berbalik pada kelas masakan......

Selalunya sejam sebelum kelas bermula saya dah siapkan semua peralatan dan bahan-bahan yang akan diperlukan dalam kelas.

Resepi pun saya tulis kat white board selain saya edarkan dalam kertas pada setiap orang.

Sesi mengedarkan resepi kepada semua pelajar. Saya minta depa semua pahamkan bahan-bahan yang bakal nak guna sebentar lagi. Saya suka juga cerita dari segi teori kenapa perlu letak bahan ini dan apa tujuannya dan apa khasiatnya dan sebagainya.

 Pada hari pertama saya minta bantuan mr.soulmate untuk jadi juru gambar saya. Hari kedua saya tiada bantuan sebab mr.soulmate ada program dengan anak murid dia pula.

Selepas sesi kenalkan diri, saya bahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Masing-masing ambil tempat dan setiap kumpulan campur kakak sekolah menengah dan adik sekolah rendah.



Cikgu pun mulakan tugas. Seronok ajar diorang ni macam-macam soalan dan curiosity. 

Nak kopek bawang pun mesti ada cara tau kalau nak cepat dan mudah.

Sebelum nak sediakan bahan-bahan untuk sos bolognese, kena didihkan air bersama minyak dan garam untuk masak pasta.

 Seriau juga tengok depa main pisau. Berkali-kali gak pesan jaga-jaga jari-jari comel tu kang terpotong sekali kurangla duit hantaran nanti hehehe...

Air yang dah didih boleh terus masukkan spaghetti.

Nak masukkan spaghetti dalam air panas pun kena ada cara gak supaya pasta masak sekata dan tak melekat antara satu sama lain.


Sementara nak tunggu spaghetti masak, kita sambung dengan sos bolognese lagi.
 Air rebusan pasta jangan dibuang, simpan untuk sos bolognese. Kalau kuah pekat, tambahkan sikit air bagi cair.


 
Yey sos bolognese dah siap.


Jemput makan.

 Bahan-bahan
250 gram spaghetti (sepeket)
200 gram daging lembu/ayam cincang
1 labu bawang besar kuning – potong dadu
2 labu bawang putih – dicincang halus
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
3-4 tomato segar ranum - didadu
1/2 batang carrot – parut kasar
1 sudu teh herba Oregano kering, parsley, basil atau Italian Mixed Herbs
1 sudu the lada hitam – kisar
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar butter
1 keping keju chedar
Parutan keju parmesan – untuk menghidang

 Cara-cara

1.      Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan sedikit garam dan minyak. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan. Ketepikan.
Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam.

1.      Panaskan minyak masak,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.

2.      Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.

3.      Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

4.      Masukkan semua bahan yang lain. Kuatkan api hingga mendidih, kacau selalu. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.

5.      Masukkan herba, garam, lada hitam dan gula secukup rasa. Mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

6.      Biar mendidih lebih kurang 10 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Tutup api nak masukkan keju cheddar dan kacau sehingga keju sebati dalam sos.


7.      Boleh hidang dengan parutan keju parmesan dan daun parsley.

Terima kasih daun keladi. Kalau nak belajar masak, kita buat lagi masak-masak lain pula. 
Kenyang perut suka hati...bye bye.....

Khamis, 12 November 2015

Part 2 - The Shinsegae Centum City Department Store : Dynamic Busan, Korea Day 1

Best Blogger Tips
Annyeong-haseyo
Kat atas tu gambar Hotel "Busan Jang Motel" dan kat anak panah tula bilik kami selama 8 malam di sana. Alamak rindunya setiap pagi kami keluar dari motel jumpa ajuma2 dan ajushi dok melepak borak kat luar dan kami sapa mereka dan mereka balas balik dan bertukar2 senyuman. Mesti dalam hati "bagusnya depa ni hormat orang tegur kita walaupun orang asing. Ni budak2 Korea lani menyombong dengan orang tua", perasan noo. Ya kami nampak kat Busan ni anak2 muda tak berapa hormat kat orang2 tua.

Aduhai macam mana la Air Asia boleh ambil motel ni untuk pakej Go Holiday. 

Walaupun rupa kat luar agak huduh tapi okla dengan harganya tapi bila masuk dalam bilik memang agak selesala. Murah tu memangla murah semalam harganya tak sampai seratus ringgit pun dan keadaan dalam bilik pun luas dan selesa dan lengkap dengan kelengkapan melebihi bilik 3 bintang di Malaysia. Tapi masalahnya nak cari tempat ni susah sungguh. Kalau nak tau pintu keluar masuk ke motel ni kena masuk kot celah2 cat color hijau muda tu.

Kalau nak tau inila jarak kami dok pi mai pi mai jalan kaki dari station subway ke motel. Dalam map nampak macam jauh dan memang jauh pun menapak tapi sebenarnya kami tak terasa langsung pun jauh sebab cuaca dingin dan seronok enjoy dengan deretan kedai2 dan orang2 kat sini. 

 Inila bapak angkat ajushi aka owner motel aka host kami kat Busan. Kalau tengok kami bersembang ramah sungguh dari jauh tapi bila mai dekat taula ajushi cakap bahasa korea dan saya cakap bahasa melayu je dengan dia. tak mampu dah nak speking sebab dia haram tak faham kan, baik balas cakap dengan bahasa melayu je senang puas hati den.

 Inila mak angkat ajuma aka owner motel aka host kami kat Busan. 

Masa ni ajuma sedih sampai menangis dok lap2 air mata sebab sedih kami dah nak berangkat pi airport. Mau tak sedihkan 8 hari dok berkelai je dengan kami hahahaha......next entry cerita lain.

Sebenarnya hari pertama muka depa dua sangat berbeza ok dengan muka di hari terakhir. Muka kali pertama masam n nak marah2 je, muka ni pula gembira campur sedih. Gambar kat atas tu pagi terakhir kami di motel dan kami nak balik Kedah la. Saya pun sedih gak rasa macam nak sama2 nangis peluk ajuma tu. Kemain kan peluk cium lagi dengan ajuma. Pastu dia asyik sibuk dok cakap dalam bahasa korea lebih kurang "lain kali mai lagi na kat sini, bagitau kawan2 mai dok motel makcik ni" ataupun "pi berambus cepat sikit meluat dah tengok muka hampa dua orang menyusahkan aku je". Pilihla ayat mana yang berkenan di hati hehehehe.

Lepas check-in, solat, mandi dan makan, kami pun mulakan pengembaraan di kota Busan. Barula rasa lega sikit selepas pelbagai kekalutan yang berlaku sebentar tadi.


Inila lorong tikus kami dok lalu sepanjang di Busan. Saja ja panggil lorong tikus, ini laluan bawah tanah yang berhubung antara dari satu station subway ke station yang lain.


Memandangkan jarak motel yang jauh dan ketinggian naik turun station subway, memang memerlukan ketahanan kaki dan keselsaan yang maksimum. Kita kena tukar kasut biasa kepada kasut sport dan sarung kaki kepada stokin tebal supaya kaki tak melecet.

Harga kat bawah tanah ni jauh lebih murah ya berbanding harga di kedai atas sana. Stokin ni saya beli dengan harga 500won sepasang dan kasut sport lak 5,000won, lebih kurang RM17. 


Destinasi pertama adalah The Shinsegae Centum City Departmen Store. Kalau sesapa peminat runningman mesti tau tempat ni selalu jadi lokasi shoot bila diorang datang ke Busan. 

Kat bawah ni serba ringkas mengenai mall ni. Info google dari sumber tak ingat dah.

The Shinsegae Centum City Department Store is registered in the Guinness Book of World Records as the largest shopping complex in the world. The department store has a countless number of items all under one roof. Visitors can also enjoy numerous entertainment options in the complex. Shinsegae, which opened the first department store in Korea, reflects decades of retail experience in this flagship location. Some entertainment facilities include a spa and an ice rink. 

Globally renowned experts such as Italian architect Claudio Silvestrin and,an American architecture and design firm Callison completed Centum City under the concept of a “golden sea”. The department store has emerged as a defining landmark in Busan. 


Begitula katanya Mall ni pernah masuk Guiness Book of World Records sebagai shopping complex terbesar di dunia. Tapi rasanya sekarang ni tahun 2015 dah banyak mall yang lebih besar dari ni. 


Sebagai traveller yang tak dak arah tujuan, kami pun melepakkan diri kat pintu masuk mall ni sambil perhatikan gelagat orang yang lalu lalang.


Bila dah jemu tengok orang baru kami merayap ke tempat lain, main ikut kaki je takdak arah tuju, sekadar nak menikmati malam pertama di kota Busan.


Jalan punya jalan sampaikan jumpa universiti Dongseo. Sebenarnya dari jauh kami dah dengar concert soprano dok menyanyi jerit2 dan kaki kami ikut arah suara tu dan tak sangka rupanya suara tu datangnya dari sini. Kalau nak tau lebih lanjut mengenai universiti ni boleh klik di sini.  

Ok tamatla sudah pengembaraan pada hari pertama di Busan. 

........to be continued