Klik sini

Rabu, 23 November 2011

Bila internet bermasalah maka tak adalah entry.....

Best Blogger Tips Kebosanan melanda sepanjang minggu bila saya tak boleh masukkan entry kat rumah. Maaf ye sebab sekarang saya buat entry ni kat opis, bukan niat nak mencuri masa kerja tapi saya tersangat bosan dan pening kepala sekarang ni. Kononnya nak restkan minda kejap sementara hahaha.....Sepanjang minggu ni saya dah buat rotiboy, 2 biji yogurt strawberry cheesecake untuk tempahan colleague, 30 cupcake buttermilk chocolate untuk tempahan colleague jugak dan cream cheese cranberries bun. Semua gambar dan resepi niatnya nak diupload dalam blog ni tapi gangguan sekatan terutamanya blog di rumah, sebab tinggal di rumah kuarters macam tula jadinya menyebabkan entry dalam blog ni tertunda. Saya pun tak paham macam mana sekatan internet ni... sebab sepatutnya time office hour la kena sekat kan, dan waktu malam or selepas waktu kerja, sekatan ni dibuka. Ini tidak, dah jadi terbalik pula. Niat nak pasang uniFi tak tercapai pulak sebab saya tak lama dah nak tinggal kat sini, kang nak berpindah pula. Dilema aduhai......

Jumaat, 18 November 2011

Stew daging korban

Best Blogger Tips
Saya dah ada cara masakan favorite kalau nak masak daging ni. Selain daging yang tender dan berjuicy, daging ni juga masih mengekalkan kelazatan dan keenakan tersendiri. Inilah stew daging resepi saya tapi telah dimasak oleh mr.soulmate hohoho....dap dap.....

Sekarang ni memang favorite nak buat stew sebab senang masak dan lembut dan plus menyihatkan. Saya tak suka potong daging ni kecik-kecik sebab saya taknak isi daging mengecut bila goreng atas api.
Kali ni saya stew daging dengan jagung dalam oven. Cara buat sama je macam stew daging sebelum ni.

Makan dengan roti arab lagi menambahkan mebelesss

Bakar dalam casserole lebih sekata pembakarannya daripada pembakaran dalam loyang tin. Cara buat ni tak susah sangat, mula-mula goreng daging besar dabak ni atas kuali dengan minyak yang sedikit sampai garing diluarnya. Kemudian daging ni dimasukkan dalam casserole bersama-sama daun bay,thyme, salt, black pepper, celery, carrot. Tutup dengan aluminium foil supaya wap daging tak tersejat.
Bakar doven dengan suhu 200C selama 2jam.

Roti arab ni panaskan dulu sebelum makan sebab dia akan lembut lepas panaskan.

Selamat makan

Khamis, 17 November 2011

Nasi Goreng Fennel

Best Blogger Tips
Saya mengaku saya tak pandai buat nasi goreng. Selalu fail je tapi practice make perfect kan...usaha tangga kejayaan hehehe.......
As usual, saya suka buat lagi makanan merapu. Kali ni saya nak buat nasi goreng bersama fennel.

Inilah rupanya fennel. Bau dia sangat harum, patutla jintan pun dipanggil fennel seed. Bolek klik disini untuk baca pasal fennel ni.


Fennel juga dipanggil dengan nama Florence fennel bulbs. Ia menjadi 3 bahan utama dalam penyediaan alkohol dan menjadi popular sekitar lewat 19th century sebagai minuman keras di France dan negara-negara lain.

Fennel akan jadi sayur favorite saya selepas ni sebab saya dah jatuh cinta dengan keharumannya.

Jemput makan. Malas nak tulis resepi sebab saya tak pandai buat nasi goreng.

Rabu, 16 November 2011

Salad buah

Best Blogger Tips
Salad datang lagi~~~(macam iklan tora)
Salad ni special sikit sebab bahan-bahannya buah dan yogurt.

Bahan-bahannya sangat simple iaitu buah anggur, epal hijau, carrot dan yogurt. Gaulkan semuanya dan dinginkan dalam peti ais dulu sebelum makan.

Selamat makan

Selasa, 15 November 2011

Strawberry Yogurt Cheesecake

Best Blogger Tips
Inilah resepi kali pertama cubaan. Tak sangka pula senang je pembuatannya cuma bahan-bahan agak mahal sikit. Sebelum ni saya kurang berminat nak buat cheesecake sebab saya agak muak kalau makan cheesecake tapi resepi ni saya olahkan sikit dengan menggantikan whipping cream kepada yogurt. Bila digantikan dengan yogurt takla rasa muak sangat dan yang penting lebih sihat berbanding whipping cream.


Kek ni rupanya macam kek Passionfruit Yogurt Cheesecake cuma saya gantikan strawberi di lapisan atasnya. Strawberi ni datang segar dari ladang sebab baru turun dari Cameron Highlands.

Langkah pertama nak buat cheesecake kena hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair dan padatkan dalam loyang. Saya guna biskut blueberry. Kemudian bila biskut dah padat saya simpan dalam peti sejuk dalam 30 minit supaya lapisan biskut mengeras sepenuhnya.

Sementara nak menunggu lapisan biskut mengeras, saya sediakan topping kek ni. Saya masak buah strawberi bersama sirap gula. Bila sirap dah mendidih baru saya masukkan 1 sudu gelatin jenama halagel (1 botol gelatin dari kedai bagus dah buang dalam tong sampah sebab halalnya diragui. Sebabnya gelatin tu memang ada tanda halal tapi halal yang dibuat oleh kedai dan bila selidik2, rupanya itu gelatin lembu. Kedai bagus pula owner dia beragama Buddha so, daripada nak guna berwas-was lebih baik buang je walaupun harga dia mahal gak). So sekarang apa-apa gelatin saya guna jenama Halagel. Walaupun harga halagel ni jauh lebih mahal berbanding gelatin yang mudah didapati di pasaran tapi sebagai orang muslim lebih penting bagi saya menentukan yang halal dan selamat bila nak makan, yela makan minum yang masuk dalam perut ni nak jadi darah daging jugak. Sebagai contoh sos tabasco la, dulu yakin halal makan je tambah-tambah bila makan kat pizza hut, tak mau-mau tuang tabasco tapi bila dah claim non-halal dah tak makan lagi dah. Yang dah masuk dalam perut nak buat macam mana sebab masa kita makan tu kita dah yakin halal.

Panjang lak cerita pasal halal haram ni. 
Ok, sekarang saya buat lapisan tengahnya yakni lapisan paling penting yang menentukan kesedapannya hehehehe.....aicehhh
Lapisan ni pula saya campurkan cream cheese+gula+yogurt+gelatin selepas lapisan biskut. Saya tuangkan 1/3 adunan krim cheese td ke atas adunan biskut. Ratakan dan letakkan buah strawberry. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam

Letak jari atas permukaan, kalau krim tak melekit atas jari maksudnya masa yang sesuai untuk tuang topping strawberry. Sirap strawberry yang saya masak tadi saya tuangkan atas permukaan yogurt. Kemudian kek ni simpan dalam peti sejuk semalaman atau 3jam.

Tadaaa....inilah hasilnya. Saya sangat seronok sebab cheesecake ni rasa macam ais krim yogurt kat tutti fruti pula. Tak muak sangat sebab rasa yogurt memang sedap. Kat bawah ni resepinya, saya copy paste dari tenet.
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
250 gm biskut mudah hadam
125 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream) - gantikan dengan yogurt
250 gm krim keju
165 gm gula kastor
1 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin (gune air panas, kacau dan sejukkan)

Bahan-bahan D
1 pack strawberry - potong jgn besar sgt, nanti berat dan jatuh ke bawah.

Topping:
Buah stoberi+ 1sudu mkn gelatin + air sedikit = msk . Suamkan seketika then curahkan atas kek.

Cara-cara
  1. Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.
  2. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
  3. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  4. Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  5. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  7. Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam.
  8. Buat topping dgn mencampurkan buah strawberry dan air gula dan gelatin. Masak atas api yg kecil.Apabila telah mendidih,tutup api. .
  9. Tuangkan jus stoberi hingga habis. Atur buah stoberi. simpan dlm peti ais skali lagi sebelum dihidangkan.
 
Selamat mencuba

Rabu, 9 November 2011

Puding Mango

Best Blogger Tips
Kebizian melanda diriku huhuhuhu....nak bukak blog sendiri pun dah tak sempat. Masak-masak sempat tapi bab nak bukak lappy memang tak sempat. Malam nan indah ni saya buat puding mango. Kena paksa diri buat puding ni jugak sebab puding instant ni dah menunjukkan bakal nak expired bulan November 2011.

Mango yang dikirim ibu mertuaku dari Utara bakal dimakan dengan puding juga. Sesuai sangatla kombinasi buah bersama puding.

Puding ni tak susah pun cuma ikut arahan belakang pek je. Dalam pek tu dah siap ada gula, so kalau nak masak kena sukat air je.

Bila puding dah mendidih atau masak, saya tuangkan dalam mangkuk kecil yang saya letakkan buah mango. Kemudian saya sejukkan dalam peti ais. Nak bekukan tak lama, cuma 2 jam dah boleh dimakan.

Makan waktu frozen macam makan sorbet mango lak

Bila letak buah dalam puding ni, takla rasa jemu makan puding yang kosong saja.

Resepinya cuma sediakan satu pek instant puding, buah dan air

Kita yang penat masak kat dapur, dia yang kekenyangan terlentang di ruang tamu. Alahai Bungaku.....

Sabtu, 5 November 2011

Sahara Tent Shah Alam

Best Blogger Tips

Jom jalan-jalan cari makan pula. Kali ni nak cari makanan arab. Klik link Sahara Tent untuk tengok harga dan gambar makanan kat kedai tu.


Harga biasala standard makanan arabla. Makan berdua kurang-kurang habis 50 ringgit jugak. Makanan kat atas tu dessert kesukaan kami berdua iaitu mahalabia. Harga seketul RM6.90. Resepi mahalabia ni simple sangat sebab bahan-bahannya ialah susu, air rose, gula dan tepung jagung. Masak je semua atas api sampai pekat kemudian simpan dalam peti ais dan hidangkan dengan pistachio, buah atau coklat.


Ini pula makanan kegemaran mr.soulmate setiap kali ke Sahara Tent memang inilah hidangan wajib dipesan. Beryani chicken ni berharga RM22.90

Hidangan kesukaan saya ialah sahara chicken, shisk toulk, musahab chicken dan shagaff. 
Tapi gambar kat atas tu saya makan musahab chicken, harganya RM20.90.

Environment dia pun rasa macam dok kat padang pasir, quiet...tak ramai customer. Makanan dan servis memang memuaskan.

Jumaat, 4 November 2011

Sotong Tempura

Best Blogger Tips
Petang semalam lepas balik kerja lepak-lepak dulu depan tv tengok Barefoot Contessa. Ina masak tempura sotong. Baru saya pun teringat ada sotong jugak dalam peti ais. Sotong yang ada ni pun tak fresh sangat, memang sesuai sangatla buat tempura. Cara Ina buat pun mudah juga. Apa lagi, defrost sotong dulula. Lepas mandi manda, solat semua baru masuk dapur nak dinner tempura sotong.

Sotong ni memang saya buang semua kulit dia sekali biji mata pun buang cuma tinggal isi semata-mata sebab saya tak lalu nak makan kulit dia mengada sungguh aiih


Gambar kat atas tu kanan sekali tepung jagung, telur dan bread crumb. Cara dia mudah je, celup sotong dalam tepung jagung dulu kemudian celup dengan telur dan akhir sekali celup dalam bread crumb. Kaedah ni sama juga macam saya masak Chicken Cordon Bleu

Inilah hasilnya bila dah celup dengan letiga-tiga bahan tu.


Bila disalut dengan ketiga-tiga bahan tu, saya pun goreng dalam 2minit je deep fried. Kemudian saya atur atas pan untuk dibakar pula.

Saya bakar selama 15 minit dengan suhu 190C. Kenapa ya saya tak gorengkan je?kenapa nak menyusahkan diri dengan bakar dalam oven pulak? sebabnya kalau goreng lama-lama nanti sotong ni meletup-letup kang minyak panas buat perang bom dalam dapur. Keduanya bila bakar, isi sotong lebih lembut dan tak liat langsung.

Inilah hasilnya bila keluar dari oven. Isi sotong lebih lembut walaupun kulit luar crispy.

Sementara tu saya buat coleslaw, saya grated carrot+kubis+bawang+thousand island dressing. Lagi sedap pula dalam coleslaw ni gantikan mayonis dengan thousand island dressing.

yum....