Klik sini

Sabtu, 23 Mac 2013

Low Cost Budget Langkawi

Best Blogger Tips
Lagi jalan-jalan makan angin, permintaan kawan-kawan sekelas yang nak berehat dan berjemur tepi pantai ala-ala mat saleh dan mencuci mata tepi pantai tengok mat saleh berjemur kan hahahaha....

Memandangkan memasing nak bercuti ala-ala kat obersea best tapi nak limit budget so kali ni saya nak senarai budget yang sangat ciput tapi boleh cover tempat-tempat best di dalam MALAYSIA yang penting di negeriku sendiri.

Mungkin pengalaman low cost budget ni boleh dikongsi bersama....enjoy reading...yeah!!


Khamis (day 1) 

12pm: 
Habis je kelas maka kami pun berpeking baju dan terus ke Kuala Kedah sebab kami akan menaiki jeti dari Kuala Kedah ke Langkawi yang mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Kalau laut bergelora selalunya lamala sikit perjalanan.

Sampai je kat terminal feri Langkawi memang ramai yang bagi name card untuk sewa kereta dan sebagainya tapi kami menolak sebabnya kami jalan terus ke tempat kereta sewa kat luar kawasan terminal iaitu kat seberang jalan. Kena jalan jauh sikit tapi tak jauh mana pun sebab kalau ambik kereta terus kat kedai tu lebih murah berbanding ambik kat terminal sebabnya lagi kalau kita jalan terus ke kedai dia takdakla komisen kat orang-orang bagi name card tu. Kalau takdak komisen makanya harga kereta sewa harusla lebih murah kan. Itu jela sebabnya nak murah je. Gambar kat bawah tula kereta sewa yang kami ambik dengan sewanya sehari RM80 dan minyak separuh tank hehehe syukur leh save minyak. Oh ya kalau datang Langkawi waktu low season boleh bargain lagi harga sebiji vios ni RM50 sehari. Sebelum ni saya dapat vios sehari RM50 tapi sebab kali ni ramai so budget boleh share ramai-ramai, RM80 kira okla juga sebab kereta ni baru lagi.

3.00pm:
Lepas ambik kereta semua kami pun meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Saya and mr.soulmate menginap di Awana dan 4lagi member memilih menginap di Pantai Chenang sebab kawasan ni 24jam meriah dan paling penting bak kata kawan saya sesambil cuci mata lagi. Kawan-kawan saya memilih menginap di Grand Beach Motel dengan harga RM50 semalam.  
 
 Gambar kat atas tula bilik penginapan, abaikan 2 orang pompuan dalam gambar tu. Bilik ni berbentuk rumah kampung kayu dan jiran-jiran kiri kanan depan belakang semuanya mat saleh, wow...boleh cuci mata lagi. Sangat berbaloi kan sebijik rumah tu semalam RM50.

 Part paling best penginapan ni adalah betul-betul tepi pantai chenang. Buka-buka pintu boleh terjun laut mandi manda. Beginila suasananya belakang rumah-rumah kayu grand beach motel ni. Pantai Chenang ni boleh nampak sunset dan memandangkan sekarang ni musim panas, matahari nampak lebih besar daripada biasa.

Total Expenses Day 1:
Feri from Kuala Kedah to Langkawi = RM23
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Grand Beach Motel = RM50 (bahagi 4 org) = RM12.50
TOTAL per person = RM 48.83


Jumaat, day 2
 
Good morning.....cuaca yang baik untuk memulakan aktiviti hari ini. Gambar ni saya ambik dari balkoni bilik.
Mulakan pagi dengan minum kopi secawan sambil menikmati sunrise. Banyak nak buat aktiviti hari ni dan jangan lupa lumurkan skin dengan sunblock bagai sebab sepanjang hari nak bermain pantai je atau perkataan lain nak bakarkan kulit di bawah matahari nan terik.


Aktiviti pagi ni bermula dengan island hopping. Kami bayar seorang untuk RM30 untuk island hopping ni sebab ambik kat Awana tapi kalau bot dari Chenang boleh dapat harga RM25 seorang. 
Dari port kat Awana, boat ni melalui pulau bunting. Uniknya pulau bunting ni adalah bentuk pulau ni menyerupai wanita mengandung dan berbaring.

 Kemudian boat yang kami naik ni berhenti di Tasik Dayang Bunting. Semua muka teruja sebab nak mandi manda la katakan.

 Sebelum nak jumpa tasik tu kena redah hutan dulu. Banyak la monyet-monyet liar kat sini dan hati-hati sesapa yang bawa plastik bag sebab monyet ni akan rampas plastik bag sebab dia ingatkan ada makanan dalam bag tu. Contohnya seperti gambar di atas, ini salah seorang pengunjung yang kena serang dek monyet maka jadila konsert jeritan ala-ala tarzan dalam hutan ni. Monyet ni sebenarnya dah biasa dengan kehadiran manusia di sini, dia bukanla serang cuma dia cuba nak tarik larikan bag plastik kat tangan kita je.

 Setelah melalui jalan yang berbukit-bukit dan serangan monyet di tengah jalan, akhirnya dapat bermain air. Mood takut bertukar jadi mood happy.


 
 Lebih kurang sejam lebih kami pun gerak ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Singa Besar. Pulau ni adalah sarang burung helang dan kawasan di mana pengunjung bagi makanan sendiri kat helang-helang di sini. Helang kat sini pun dah friendly dah sebab dah biasa dengan pengunjung cuma hati-hati jela kalau nak feed dia sebab kuku dia tajam sangat.

 Semua pengunjung ni macam rombongan cik kiah juga. Ramai-ramai berhenti kat tasik dayang bunting pastu ramai-ramai tinggalkan tempat tu dan next destination pun macam tu juga ramai-ramai berhenti dan ramai-ramai tinggalkan tempat tu dalam masa yang sama.

 Kemudian selepas bagi helang makan, ramai-ramai berhenti kat Pulau Beras Basah mandi laut pula. Pantai ni memang putih bersih dan air lautnya pula jernih sampai masa mandi pun nampak ikan-ikan berenang kat sekeliling.


 Habis mandi manda kami pun balik. Kiranya lebih kurang 3-4jam aktiviti island hopping ni. Lepas buat island hopping kami pun balik bilik, rehat+solat+makan kemudian aktiviti roadtrip pusing pulau pula diteruskan.

Destinasi roadtrip yang pertama ialah Durian Perangin Waterfall. Tibanya kat sini hujan turun renyai-renyai maka tak dok lama terus ke destinasi seterusnya pula.



Seterusnya pula di Pantai Tanjung Rhu. Seronok sebab air yang jernih.....yes i am JAKUN!!!

Selepas tu ke Pantai Pasir Hitam.

Pantai seterusnya pula ialah Pantai Pasir Tengkorak. Monyet banyak juga kat sini dan sangat friendly tapi bila keluarkan camera nak ambik gambar semua palingkan muka atau lari. Tak sangka camera shy rupanya.

Dinner malam ni kami memilih makan di Restoran Nelayan dekat je dengan kuah tapi jalan arah ke Chenang.

Kenyang perut suka hati lalalala.....seterusnya malam ni kami menikmati malam yang indah di Dataran Lang.

Total Expenses Day 2:
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Grand Beach Motel = RM50 (bahagi 4 org) = RM12.50
Minyak kereta = RM55 (bahagi 6 org) = RM9.20
Island Hopping = RM25
TOTAL per person = RM60.03


Sabtu, day 3
Hari terakhir di sini dan keterujaan masih tergambar di muka bila pagi ni kami nak daki gunung dengan cable car. Masa beli tiket cable car jangan lupa tunjukkan ic bagi warganegara Malaysia bagi mendapatkan diskaun sehingga 50%. Tiket cable car seorang RM15.
 
 Sesapa yang gayat sila menguji atau mencabar katakutan memasing bila naik cable car ni. Tapi percayala mula-mula je kot macam cuak tapi bila nampak the whole Langkawi dengan pantai dan air yang membiru, subhanallah tiada kata-kata dapat diucapkan.
Jangan lupa untuk mencuba bridge ni juga, awesome.
Apa-apa pun saya terjumpa bridge ni dalam oddee iaitu one of the world's most extreme bridges. 

 

Pulau Langkawi's Suspended Bridge (Malaysia)

Pulau Langkawi's Suspended Bridge (Malaysia)
This sky bridge spans around the gorge on Pulau Langkawi, which is the largest island in the Langkawi archipelago, Malaysia. It's suspended at 687 m above sea level, offering magnificent views of the Andaman Sea and Thailand's Tarutao Island. The view from the bridge is really breathtaking – its curves provide different perspectives of the landscapes. The Sky Bridge is one of the most spectacular bridges in the world that delivers quite a pump of adrenaline. This unique cable-stayed bridge is suspended by only one support column. This 95-yard column is held up by 8 load-balancing cables. The curved pedestrian bridge spans 125 m across a spectacular chasm. The bridge is 136 yards long and 2 yards wide. The 1.8 m-wide Sky Bridge had two 3.6 m-wide triangular platforms that provided a spectacular viewing area for visitors. And remember when in the front of the bridge, you are standing 687 m above sea level.
(Link)



Seterusnya destinasi kami ialah shopping time di  Haji Ismail Group di Kuah. Shopping chocolate saja sebab murah, tax free.

Total Expenses Day 3:
Sewa kereta sehari = RM80 (bahagi 6 org) = RM13.33
Cable car = RM15
Feri Langkawi - Kuala Kedah = RM23
TOTAL per person = RM51.33


Sekian sudah roadtrip 3 hari 2 malam di Langkawi. Next month ke jeng jeng jeng.....

All expenses:
Day 1 = RM48.83
Day 2 = RM60.03
Day 3 = RM51.33
TOTAL = RM160.19

Ahad, 10 Mac 2013

Oh Medan, Indonesia....Day 5

Best Blogger Tips
Pagi ni seperti dijanjikan saiful akan datang ke hotel dan hantar kami ke airport. Pagi ni tunggu saiful dekat sejam kat lobi sebab katanya tayar keretanya pancit. Sebelum ke airport kami sempat singgah dulu di pejabat pos. Dah tentu saya nak tulis pengalaman dan penghargaan kepada mr. soulmate sebab sudi menemani saya mengharungi trip kali ni di atas poskad. Begitu juga mr.soulmate dan apa yang ditulis adalah rahsia dan cuma dapat baca poskad bila poskad tu selamat sampai ke rumah.
Saiful ada pesan juga kalau kat pintu airport tu kalau ada pegawai yang lengkap beruniform datang nak minta tengok boarder pass dan passport jangan dilayan dan jalan terus masuk. Kalau ada sapa-sapa datang nak hulurkan pertolongan cuba elakkan dan urus semua sendiri. Ok seperti pesanan dia memang betul-betul terjadi. Rupanya yang pakai uniform kat luar airport tu cuma orang biasa saja dan kalau kita bagi segala dokumen perjalanan memang bersediala kemudian. Ingatkan bila masuk airport discan bagai selamat la kot tapi tak juga sebab banyakla ulat-ulat datang menghampiri pelancong untuk tolong check in la, tolong angkat bag la dan macam-macam lagila dan jangan taktau staf kat kaunter pun dapat komisen juga bila diorang ni tolong check in kan kat kita.
Rimas sangat tau tambah-tambah dok tunggu kaunter nak buka baggage drop tu.


Yeaaah.... hari ni hari kelima dan terakhir kami di bumi Sumatera. Memikirkan pengalaman yang kami lalui sepanjang 4hari lepas banyak mengajar kami erti kehidupan. 
Gambar di atas adalah airport tax yang perlu dibayar setiap kali nak terbang keluar dari Medan. Saya pun tak paham airport tax yang dibayar sekali masa beli tiket air asia dan airport ni adalah berbeza sama sekali. Harganya bagi sorang adalah 75ribu. Masa nak bayar ni kena tunjuk sekali passport dan boarding pass dan resit ni mesti diserahkan di pintu boarding. Sesapa tak dak resit ni maka kena patah balik bayar dan beratur semula, kalau tidak tak boleh terbang keluar.


Akhirnya kami pun meninggalkan bumi sumatera sob sob.....
Dalam hati saya berjanji tak akan kembali ke sini dah, cukupla kali ni saja.


Setengah jam kemudian dah nampak pulau pinang tapi sebelum touch down di bayan lepas, flight berlegar-legar di seberang prai.

Saya minta maaf andai entry Medan ni agak kasar tapi sejujurnya saya cuba nyatakan secara jujur pengalaman yang saya sendiri hadapi. Mungkin orang lain bernasib lebih baik dari saya dan mungkin juga saya tak bernasib baik di Medan. Apa pun yang terjadi ada hikmah di sebaliknya dan banyak pengajaran yang saya dapat daripada trip ni.
 Perbelanjaan kali ni terlebih bajet asal sebanyak 150%.

The end.

Oh Medan, Indonesia....Day 4

Best Blogger Tips *Hari-hari busy pun kembali lagi, nak habiskan entry Medan ni cepat-cepatla sebab banyak entry masakan dok beratur ni.



Pagi ni lega sikit sebab dah ada kat city Medan. Pagi ni di Ibunda Hotel kami bersarapan dulu dengan nasi goreng dan kopi panas. Nasi goreng kureng sikit rasanya tapi kopi o memang sedap. Kata barista kat France kopi Indonesia paling sedap tapi kopi tahi musangla. Kopi tahi musang yang popular tu asalnya musang ni suka makan biji kopi kat pokok kopi. Kemudian bila musang ni berak biji kopi akan keluar sekali dengan najisnya. Najisnya kemudian dijemur sampai kering dan dijadikan kopi yang termahal didunia kerana proses semulajadi dalam perut musang tu. Macam-macam sungguh manusia ni kan, alahai. Pagi ni saya tak minum kopi tahi musangla, kopi biasa saja tapi rasanya memang sedap sangat kalah kopi kapal api.




Pagi ni seperti dijanjikan dengan supir saiful, kami bayar rm100 dan dia akan bawa jala-jalan sekitar bandar Medan. Ya supir di Medan tak mainla duit rupiah, katanya untuk pelaburan dia minta duit ringgit. 
Destinasi pertama pagi ni saiful bawa kami ke Istana Maimoon. Istana ni katanya raja dari Melayu tapi disebabkan kuasa raja dihapuskan di Medan, maka raja jadi setaraf macam rakyat jelata saja. 

Sejujurnya tak apa yang menarik bagi saya kat istana ni kalau nak dibandingkan di semenanjung Malaysia tapi disebabkan ini salah satu tempat perlancongan,  jalan jela tengok-tengok kawasan. 
Bila tiba di pintu istana saja ada beberapa penjaga istana akan datang dan terus bawa kita dan bercerita pasal istana. Bagi saya tak cerita pun tak apa sebab serius tak ada apa-apa pun lagipun tak minat nak tau sejarah Medan sama kot. Habis dia cerita semua dia minta kami bagi duit kat dia sebab untuk donation istana. Tula kan apa-apa mesti minta duit donation. Kalau donation tak ikhlas tak guna juga. Kata supir saiful diorang ni tak dibantu oleh kerajaan untuk memuliharakan kawasan istana ni jadi kena minta donation orang ramaila untuk menjaga kawasan ni. Tapi kalau ya pun kenapa nak minta duit pelancong je, orang indonesia sendiri tak pula diminta donation. 

Memandangkan kami macam tak berapa nak minat nak melawat kawasan istana ni maka perjalanan diteruskan ke tempat bershopping iaitu kilang hajah mariani. Kain agak mahal tapi disebabkan ada orang pesan ambik jugakla dan kat kedai tu dah habiskan rm550. Sekali lagi diorang terima duit rm. Kemudian kami ke Taman buaya Asam Kumbang. Kata saiful lebih seribu ekor buaya ada kat sini dan pernah terlepas beberapa kali setiap kali banjir.




Buaya kat atas ni umurnya baru 3tahun. Setiap sangkar ada umur buaya.

Buaya kudung ni kena asingkan supaya tak ditindas oleh buaya-buaya lain. Dia memang dilahirkan cacat tanpa ekor.

Yang hairannya kat sini tak bau hanyir langsung walaupun banyak buaya.

Buaya kat atas ni pula umurnya 40tahun. Semakin tua usia buaya semakin besar badan dia. Bayangkan buaya yang berusia seratus tahun lebih macam mana besarnya badan dia.

Bila berdiri lama-lama tepi sangkar dia, mata dia berkelip-kelip je pandang orang. Dalam hati dia mesti kata alahai manusia kecil je rasa macam nak ngap je.


Kat belakang ni ada tasik tapi diletak pagar kelilingnya dan air tasik ni berlumut je dan dalam tasik ni banyakla buaya-buaya tenggelam timbul je. Dari jauh nampak macam pelepah daun kelapa ataupun batang kayu rupanya ada mata yang memerhati.
Dari taman buaya kami gerak ke gereja yang dikatakan senibina yang cantik. Saya tak suka sangat kat kawasan ni ambik gambar je sebab rasa rimas sangat.
Perjalanan diteruskan ke perpustakaan awam Medan atas urusan mr.soulmate.

Selama 4hari di Medan inila first time kami makan di restoran, kalau tidak makan roti dan tuna saja. Itupun atas permintaan kami nak datang makan kat sini sebab nak bandingkan rasa Wong Solo kat seksyen 7 Shah Alam. Wong Solo sek.7 memang sangat lazat kot.
Pendapat saya set ayam bakar dan set ayam penyet ni tak berapa sedap macam kat Shah Alam sebab rencahnya macam ada yang kurang ja dan dia tak bagi sambal merah yang pedas. Ok tetiba lapar wong solo kat sek.7 set ayam bakar
Lepas makan-makan maka dengan cuaca yang sangat panas terik harusla cari tempat berekon jap sambil continue shopping iaitu Plaza Mentari.
Comel pula nama kedai ni teringat 'bunga' si anak bulu orenku.
 
Kedai ni wajib singgah kalau nak beli baju 'i love medan' dengan harga yang murah dan kualiti kain yang elok.
 
T-shirt hitam tu harganya 55ribu untuk 2helai. Kualiti memang elok dan jenis kain tebal dan sejuk dipakai. Tak macam t-shirt yang jual kat kedai-kedai kat kawasan perlancongan tau sebab kain kat sana jenis keras dan jenis kain tak telap peluh. 

Malam tu kami keluar lepak-lepak menikmati malam terakhir di Medan. Time ni saya happy sangat sebab dok pikir esok pagi nak bertolak balik rumah dah hehehe. Tempat kami lepak ni namanya Amalium dan ada karoke terbuka boleh nyanyi sambil dok kat meja makan dan sesapa taktau dari mana datangnya suara penyanyi sebab nyanyi sambil sorok-sorok.
Sekali lagi saya minum air alpukat atau nama familiar nya avocado dan mr.soulmate minum air lemon barli.

Sekian untuk malam terakhir di sini. Disebabkan kualiti kain yang bagus dan harga yang murah saya pun beli selai. Yeahhh esok balik.....sweet dream.