Klik sini

Isnin, 12 September 2011

Buttermilk Chocolate Cake

Best Blogger Tips
 Hepi besday to me....hepi besday to me...hepi besday to Light of Paradise(translate in Arabic meaning)....yeahhhh....since my aged turn to 20.... ehem...ehem..... i wish that we could have a biological child soon, amin.

Macam mana rupa kek besday ok tak?inilah kek yang buat pertama kalinya saya buat khas untuk besday diri sendiri huhuhuhuhu mr.soulmate sibuk je nak beli kat secret recipe macam tahun-tahun yang lepas. 
Kek ni boleh dikatakan special jugak sebab resepi ni saya reka sendiri, mix and match dan tambah sikit buttermilk. Deco pun reka sendiri jugak. Meh tengok step by step kat bawah ni...zashhhh layan.....

 Sejujurnya saya ni tak pandai lagi buat kek. Kek ni bukan jadi sangat pun, berkali-kali keluar masuk oven sebab dalam dia tak masak. Macam terror je buat resepi sendiri tapi hampeh tak berapa nak jadi lagila tapi boleh gak share resepi merapu ni dengan orang lain hehehehe...bawak ajaran sesat.
Apapun kalau saya nak buat kek saya mesti kaji berapa biji nak guna dulu sebab saya tak suka guna banyak telur. Penggunaan yang minima je telur kalau boleh. Telur yang baru beli ni kena cuci dulu maklumla najis kat kulit tu kan

 Resepi ni saya guna 3 biji telur saja. Terus terang saya cakap kek ni bukan sempurna lagi, nak kena alter lagi resepi ni tau...malu lak nak tunjuk resepi dia sebab kek tah apa2 je ni
 
 Mix bahan-bahan kering dulu iaitu 1 1/4cup serbuk koko+3 1/2cups cake flour, kalau tak ada tepung kek leh pakai sukatan ni jangan pening sudah (1 cup cake flour=1 cup tepung gandum-2tbp tepung gandum+2tbp tepung jagung) + sedikit garam+1tsp baking soda

 Sementara tu sediakan mangkuk yang lain, beat 2 cups canola oil+2 cups vanilla sugar, bila dah gebu sikit baru masukkan telur satu per satu sambil beat batter dan jangan lupa masukkan esen vanilla 1tsp. Masukkan 1 1/4 cup buttermilk, sukatan buttermilk (1 cup susu+1tsp lemon jus, simpan dalam peti ais selama 20minit) dan adunan bahan kering sikit-sikit dengan menggunakan spatula hingga sebati

Ha jadila kek dayang senandung yang itam legam ni.  Dengan suhu 180C saya bakar selama 20minit tapi bila cucuk dalam tak masak. turn lagi 10minit cucuk tak masak dalam gak, putaq lagi timer oven 10 minit sampai luar dah hangit dah barula nak masak dalam ni. Jangan risau kita leh buang bahagian hangit tu kan hehehehe
 
 Taraaaaa....bahagian yang hangit sudah ditanggalkan. sekarang kita potong kek ni kepada 4layer. Hati-hati masa potong supaya semuanya sama tinggi dan tak hancur. Saya potong kek ni dah tentu2la rabak sana sini tapi cover baik punya. Yang mana rabak kena dok tengah dan yang potong cantik letak kat bawah sekali dan atas sekali hehehehe...cover terbaekkk.
 
 Lepas tu saya guna whipped cream+coklat masakan bar+serbuk koko+susu, masuk dalam microwave je bagi panas sikit supaya nak kacau bagi sebati. Campuran koko tu saya tuangkan atas kek ni jadilah chocolate ganache
 
 Coklat masakan bar tu ada lagi bakinya, saya kikis dengan pisau kemudian coklat tu saya tabur kat atas kek. Saya ambik coklat duit susun keliling kek macam gambar atas ni. Masukkan dalam peti ais dulu bagi keras sikit
 
Konon macam nak buat bunga2 atas kek ni tapi coklat ganache terlalu cair jadi setompok lak coklat atas tu, ambik coklat badam dan raisin susun je atas tu ok jugak


Tergoda lak tengok coklat ni tetiba lapar nak makan kek ni lagila

Hehehehe 2 kek untuk besday gurl.....
 
Lepas makan kek ni jangan lupa bakar balik kalori yang terlebih masuk ni

Inilah resepinya:

  1. 3 biji telur
  2. 3 1/2cups cake flour, kalau tak ada tepung kek leh pakai sukatan ni jangan pening sudah (1 cup cake flour=1 cup tepung gandum-2tbp tepung gandum+2tbp tepung jagung)
  3. 1 1/4 cup serbuk koko
  4. sedikit garam
  5. 1tsp baking soda
  1. 2 cups canola oil
  2. 2 cups vanilla sugar (masukkan vanilla bean dalam sugar selama sebulan, bau gula seperti vanilla)
  3. 1 1/4 cup buttermilk, sukatan buttermilk (1 cup susu+1tsp lemon jus)
  4. 1tsp esen vanilla
  1. 1 botol whipped cream
  2. 1/2 bar coklat masakan
  3. 5 tbpserbuk koko
  4. 2tbp susu segar

Macam mana nak buatnya:
  1. Mix bahan-bahan kering dulu iaitu serbuk koko+cake flour+ sedikit garam+baking soda
  2. Sediakan mangkuk yang lain, beat canola oil+vanilla sugar, bila dah gebu sikit baru masukkan telur satu per satu sambil beat lagi batter dan jangan lupa masukkan esen vanilla. 
  3. Masukkan buttermilk dan adunan bahan kering sikit demi sikit dengan menggunakan spatula hingga sebati
  4. Masukkan ke dalam oven dengan suhu 180C selama 40minit
  5. Bila kek dah masak, sejukkan dulu sebelum dituang coklat ganache
  6. Campurkan whipped cream+susu+serbuk koko+coklat masakan+susu dalam microwave sehingga cair, gaul sebati
  7. Potong kek kepada 4 layer, sapukan coklat ganache pada setiap layer dan tuang di keliling kek
  8. Deco kek ikut kesukaan
Selamat Mencuba....

2 ulasan:

NajaHmaDi berkata...

sedapnya...hepi besday Noor :)

Noor Hafirdaus berkata...

tenkiu....