Khamis, 6 Oktober 2011

Spaghetti Agli e Olio

Dah lama benarnya nak buat spaghetti Agli e Olio cuma tak ada cili kering je lagi. Baru-baru ni ziarah rumah member, dia jamu spaghetti Agli e Olio jugak. 
Spaghetti ni saya buat masa lunch's break. Maklumla duduk rumah kuarters je, pukul satu terus balik rumah...2minit dah sampai kat rumah. Bahan-bahan pun semua dah ada senangla sikit kerja tak makan banyak masa. Mula-mula terus rebus spaghetti dulu. Sementara spaghetti nak masak, saya chop daun parsley, sediakan garlic, herb dan cili kering dan paling penting kena keluarkan udang yang frozen.

Mula-mula saya masukkan minyak dan butter dan tumis cili kering sehingga ia naik bau tapi jangan sampai hangit tau. Kemudian saya masukkan garlic, cili flake, oregano dan garam/gula

Kemudian baru masukkan udang. Seeloknya masukkan sotong, kepah, lala, dan lain-lain makanan laut tapi buat masa sekarang dalam peti ais ada udang je. Apa yang termampu jela.

Kemudian masukkan spaghetti yang direbus awal-awal tadi. Kemudian taburkan daun parsley bersama. Teringat mak guard tanya saya ada bela kucing parsley ke?sebenarnya dia nak cakap kucing parsi....hehehehe

5 ulasan:

rahel berkata...

Dah lama dapur awak tak berasap...hohoho...

Hafirdaus berkata...

aha yela sejak raya tu saya demam campak lepas tu open house-kursus-family day....sekarang baru free leh masak-masak hehehehe. Terima kasih sudi singgah dapur saya.

Tanpa Nama berkata...

Pretty insightful. Thanks!

My blog:
internet flatrate vergleich und dsl anbieter

Tanpa Nama berkata...

Apa dia herbs

Hafirdaus berkata...

Kalau kat tesco tu ada botol yg tulis italian herbs. Dalam botol italian herbs tu ada rosemary,oregano,basil dan tyme. Selalunya kalau saya buat spagheti,saya guna oregano dan daun pasley saja