Klik sini

Khamis, 31 Mei 2012

Puding Roti Marble

Best Blogger Tips
Saya masih bercuti lagi tapi banyakla kerja nak buat so seharian asyik menghadap buku dan monitor. Tetiba tengah-tengah buat kerja terlintas nak buat puding roti since roti gardenia yang dah expired tu saya simpan kat tempat frozen. Roti tu sebenarnya saya bekukan kat tempat frozen sebelum tarikh luput lagi jadi kulat tak sempat nak membiak lagi. Sebab tu saya suka buat roti sendiri sebab lebih tahan lama daripada beli roti kat kedai ni tapi sejak-sejak susah nak dapatkan tepung high protein yakni bahan utama dalam pembuatan roti, maka beli roti lebih mudah dan cepat jelah. Oh ya puding roti marble ni cubaan kali pertama. Masa tadi otak dah jammed, google jap cari resepi nak buat. Macam-macam versi pun ada tapi saya guna resepi kak hana Jepun sebab lebih simple.

 Semua bahan ada cuma susu pekat ja tak ada. Oleh itu, saya kena lebihkan sikit gula dan lebihkan susu segar dalam puding ni tapi since saya pun tak suka manis, saya guna sukatan asal gula cuma lebihkan susu ja. Bahan-bahannya memang mudah sangat-sangat iaitu 4-6 keping roti+2 biji telur+2 sudu butter+8g agar-agar+2 sudu serbuk koko@ 1tsp coklat emulca+1/2 cup gula vanilla+31/2 cup air+1 kotak kecil susu+1 tsp esen vanila

Mula-mula didihkan 31/2 cup air bersama 8g agar-agar sampai mendidih.


Sementara nak tunggu air mendidih, dalam blender satukan semua bahan-bahan yang lain kecuali serbuk koko+butter



 Ok dah siap blend semua. Air dan agar-agar pun nampaknya dah mendidih, saya masukkan butter dan kacau sampai sebati kemudian baru saya tuangkan bahan-bahan dalam blender ni dan biarkan ia mendidih sekali lagi. 

 Bila dah mendidih tutup api dah bahagikan kepada 2bahagian. Satu bahagian kena masukkan serbuk koko atau coklat emulca. Kalau masukkan coklat emulca takdak masalah tapi kurang sedap sikit berbanding serbuk koko. 

 Serbuk koko pula kena cepat-cepat kacau bagi sebati, adunan saya pun tak sebati sangat sebab serbuk koko ada juga yang berketul tapi tak kisahla 1st time la katakan hehehe

   

 Sendukkan adunan selang-seli sampai habis. Saya mulakan dengan 2senduk adunan biasa kemudian 2senduk adunan koko dan seterusnya sampai habis.

 
 Tapi ada lebih lak adunan koko, saya masukkan dalam bekas puding. Kemudian simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam.
 
 Ini rupanya masa saya terbalikkan bekas loyang
 
 Berdebar jugak kot-kot tak menjadi sebab tak pernah buat sebelum ni, mana tau kot-kot tak jadi belang dia campur semua sekali. Alhamdullilah menjadi rupanya.
 
Selamat minum petang. Makan masa sejuk-sejuk lagi best.

Rabu, 30 Mei 2012

Bun sweet corn dan bun sosej

Best Blogger Tips
Bun ni buat dah lama dah tapi tak sempat nak masukkan dalam blog. Kelakar pula rupa roti ni lubang sana sini sebab tepung roti ni cepat sungguh mengembang, yis beranak pinak. Lagi kembang roti ni lagila lembut dan gebu teksturnya.

Kali ni saya try buat roti berintikan kastard jagung dan roti sosej. Saya memang dah lama teringin nak buat roti inti kastard jagung tapi mr.soulmate lak kempunan nak makan roti sosej, jadi saya bahagikan kepada dua bahagian sama rata...adil kan.

Mana pula saya letak gambar roti inti kastard jagung yang dah siap masak, puas cari tapi tak jumpa pun. Mesti rosak masa memory card camera patah dalam laptop aritu. Rugi dan sayang banyak gambar-gambar masak dalam memory card tu tak sempat nak pindah ke laptop. Kastard jagung ni senang ja saya campurkan gula+jagung krim dalam tin+susu+telur
+tepung jagung. Kemudian saya masukkan dalam microwave dengan suhu maksimum selama 10minit. Saya biarkan sejuk dulu kemudian nak cek doh roti yang saya biarkan kembang 2kali ganda dari saiz asal.

Macam saya cakap awal tadi, doh ni saya bahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk kastard jagung dan roti sosej. Kalau nak ambik resepi roti sosej klik sini dan kalau nak resepi kastard jagung klik sini.
 
Happy baking....

Ahad, 27 Mei 2012

Hat Yai....Train Trip, Part 3

Best Blogger Tips Dari Siri Pertama
Dari Siri Kedua

Inila rupanya pemandangan Plaza Market dari tingkat 1. Masih dalam construction lagi. 

Barang-barang kat sini memang murah-murah jauh bezanya dari Danok, Padang Besar, Wang Kelian dan Bukit Kayu Hitam. Lagi murah kalau kita pandai tawar menawar. Satu lagi kalau kedai yang owner dia pandai cakap melayu walaupun sikit-sikit memang mahal dan susah nak bargain berbanding yang kedai yang owner dia pakat-pakat tunjuk kalkulator je kalau nak tanya harga bargain.

Tak banyak pun barang-barang yang saya berkenan kecuali t-shirt dan jubah. Nak beli hadiah kat orang bolehla nak beli kat diri sendiri memang tak terpakaila alamatnya.

Pengangkutan yang cepat dan termurah setakat ni, tut tut. Driver pun ala-ala F1 je, tang kona rasa macam nak terbalik je tak reti nak slow langsung.

Sesekali panas kat luar, kami lari masuk robinson jap ambik udara dingin aircon.

Ini jadual bas kalau nak ke arah utara dan ke selatan (Malaysia)

Building yang colorful di sekitar pekan Hatyai.



Pukul 4.15pm train dah nak gerak masuk Malaysia balik. Aktiviti tukar duit dan cek tiket pun bermula. Masa dalam train balik ni ada jumpa satu family dari Yala. Satu family naik train nak turun ke KL Sentral sebab nak hantar anak perempuan baru nak daftar masuk UIA, Gombak.

Dalam train arah ke selatan menikmati sunset plak. 







Sabtu, 26 Mei 2012

Buttermilk Chocolate Cupcakes

Best Blogger Tips
Yeahhhh cuti kembali lagi, dalam kekalutan ni sangat lega kot bila cuti tiba. Letihnya lately ni hahaha itula belajar bukan senang banyak usaha dan pengorbanan. Ingatkan cuti seminggu ni saya ikut mr.soumate masuk hutan untuk camping dan kayak jeram tapi disebabkan kesihatan yang tak mengizinkan saya rasa tak elok pula nak masuk hutan kan. Bahaya kot badan tak sihat nak masuk dalam hutan dengan tempat yang tak biasa pula tu. Bukan bahaya binatang tapi bahaya kepada makhluk tuhan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar, faham kot. Disebabkan saya ditinggalkan kesorangan maka wajibla nak ajak kawan-kawan buat teman kat rumah kan. Bila girls kat rumah mulala aktiviti belajar masak-masak bermula. So kali ni kami decide nak buat cupcakes yang cumil-cumil ala-ala party girls at home hehehe....

Macam biasa saya akan sediakan buttermilk dulu. Memandangkan sour cream pun tak ada jual kat sini, buttermilk lebih-lebih lagi la tak ada punya. So, saya buat homemade buttermilk sendiri lebih senang dan murah. Gambar kat atas tu buttermilk la. 2/3 cup susu segar saya campurkan dengan sebiji limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk dalam sejam. Kemudian kita akan dapati susu ni jadi berketul  dan pekat. Sebenarnya kalau tak ada limau pun tak apa boleh guna cuka, lemon atau apa-apa yang berasid.


Bahan-bahan dalam adunan ni lebih kurang sama macam kek sebelum ni cuma saya gantikan daripada yogurt kepada buttermilk.
 Ingredients for the cake:
- 1 1/3 cups all-purpose flour
- 1/4 cup vanilla sugar
- ¾ teaspoon baking powder
- ¼ teaspoon baking soda
- ½ teaspoon salt
- ¾ cup + 2 tablespoons soft unsalted butter
- 3 tablespoons best cocoa
- ½ cup + 2 tablespoons sour cream- gantikan dengan buttermilk
- 2 large eggs
- 1 ½ teaspoons vanilla extract- kalau letak vanilla sugar tak letak pun takpa

Ingredients for the icing:
- 3 ounces milk chocolate
- 3 ounces bittersweet chocolate
- 6 tablespoons unsalted butter
- ½ cup sour cream - letak susu ja
- 1 teaspoon vanilla extract
- 1 tablespoon light corn syrup
- 2 cups confectioners’ sugar, sifted
- ½ teaspoon hot water

Instructions for the cake:
- Preheat the oven to 350°F/180°C.
- Combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt in a large bowl. Then, using an electric mixer, add the butter.
- In a wide-mouthed measuring cup, whisk together the cocoa, sour cream, eggs and vanilla, then slowly add this cocoa mixture to the ingredients in the bowl, beating until thoroughly combined. (I added ¼ cup milk because the batter didn't have a dropping consistency)
- Pour the batter into 2 8-inch (I used 2 9-inch) pans buttered or lined with parchment or wax paper and bake for 30 minutes (mine needed 25 minutes). When they’re ready the cakes should be starting to shrink back from the edges of the tins. Leave for 10 minutes in their pans on racks, then turn out to cool.

Instructions for the icing:
- To make the icing, melt the chocolate and butter in a microwave or in a bowl over hot water. (I went for the latter; smallest chance of failing)
- Let cool a little, then stir in the sour cream, vanilla and syrup.
- Add the sifted confectioners’ sugar and a little hot water, blending until smooth.
Batter ni kemudian saya masukkan dalam bekas muffin dan bakar dengan suhu 180C selama 20minit atau cucuk dengan lidi sehingga tak melekat pada lidi.

Bermekar sudah cupcakes ni. Biarkan sejuk dulu dan kita sediakan frosting. Letak frosting masa kek dah sejuk tau sebab kalau letak atas kek yang panas, frosting akan lebih cair nanti.

Lepas letak frosting, bolehla letak apa-apa saja hiasan atas frosting pula. Kalau nak lebih sedap, cupcakes ni simpan dulu dalam peti sejuk bagi frosting ni keras sikit sebab kalau makan sekarang frosting nak meleleh je, kalau tak kisah messy, makan je macam mana pun. Tak tau nak tulis apa dah, layan jela gambar-gambar bawah ni.






Cubala buat sendiri resepi ni sebab teksturnya sangat lembut dan sedap. Cupcakes ni lebih sedap minum dengan whitecoffee panas.

Selamat minum petang.....

Jumaat, 25 Mei 2012

Yogurt Chocolate Cake

Best Blogger Tips




~Happy Birthday To You....Happy Birthday To You.....Happy Birthday To Youuuuu.....~ nyanyian dari Suzy Miss A dalam cerita Dream High, k-drama.

 Kek ni buat khas untuk mr.soulmate aka my BFF...boyfriend forever pun boleh best friend forever pun boleh. Sebenarnya dah sebulan lebih dah berlalu tapi sejak bertukar status menjadi pelajar ni  sangat tak ada masa untuk hobi masak dan berbloging ni. Dulu kononnya bila dah start belajar mungkin ada banyak masa nak masak-masak tapi tuntutan belajar mengatasi segalanya. Apa yang penting sekarang adalah belajar dan menuntut ilmu sehingga berjaya. Setelah menempuh kesukaran di minggu yang genting ni start hari ni cuti seminggu maka bolehla tarik nafas lega sikit takla kalut macam hari-hari sebelum ni. Adatla kan bila bergelar student ni bila tak cukup tidor, badan tak sihat, rehat tak cukup, stress dengan quiz, test, dan project. Ditambah-tambah semua lecturer ni kawan-kawan mr.soulmate pula, prestasi dalam kelas wajibla report kat mr.soulmate kan. Hadoila...bak kata Gary Runningman 'STRESSSS' hahaha tapi apa pun janji semua tu kita enjoy!!! Lagi beberapa minggu je lagi nak hadapi final exam pula. Sangat mendebarkan je huhuhu hopefully semuanya berjalan lancar.

Hari yang saya buat kek ni saya ada kelas multimedia pukul 8.00-10.00am then sambung kelas account pukul 12.00-2.00pm. Tunggu sampai pukul 9.00am tetiba kelas cancel, apa lagi balik rumah terus keluarkan semua bahan-bahan kek dan mula baking. Percaya atau tak saya siapkan kek ni dalam masa 20minit ja. Kalau tidak sebelum ni mau 3jam nak siapkan seketoi kek, yela mana nak baca dan fahami resepi, mana nak sukat bahan-bahan. 20 minit ni maksudnya semua siap sampai nak masukkan dalam oven la.

 Kek ni asalnya guna sour cream tapi saya tukar kepada yogurt sebab sour cream ni bukan sukar didapati ja tapi memang tak ada jual pun. Cari kat tesco pun tak ada, pelik kan selalunya tesco la selalu jual bahan-bahan western ni. Tapi gantikan yogurt pun tak ada beza pun. Dalam kek ni juga saya guna 1/4 cup vanilla sugar sebab saya nak letak topping yang sememangnya dah manis. Manis kek ni memang kena dengan citarasa kami berdua sebab tak manis sangat. Sebelum ni saya ada buat sour cream chocolate cupcakes, klik sini.

 Punyala concentrate dengan almond tu sampai mr.soulmate snap pun tak perasan. Mukaku sungguh tekun kot hahahaha. Bukan apa dok pikir nak pi ke tak kelas pukul 12pm hehehe tetiba classmate sms "kak nor...kelas account cancel, next week ada test" mula-mula baca sms hati sangat berbunga-bunga tapi ayat tang last tu tak jadi nak gumbira sangatla.

 
Ingredients for the cake:
- 1 1/3 cups all-purpose flour
- 1/4 cup vanilla sugar
- ¾ teaspoon baking powder
- ¼ teaspoon baking soda
- ½ teaspoon salt
- ¾ cup + 2 tablespoons soft unsalted butter
- 3 tablespoons best cocoa
- ½ cup + 2 tablespoons sour cream- gantikan dengan yogurt
- 2 large eggs
- 1 ½ teaspoons vanilla extract- kalau letak vanilla sugar tak letak pun takpa

Ingredients for the icing:
- 3 ounces milk chocolate
- 3 ounces bittersweet chocolate
- 6 tablespoons unsalted butter
- ½ cup sour cream
- 1 teaspoon vanilla extract
- 1 tablespoon light corn syrup
- 2 cups confectioners’ sugar, sifted
- ½ teaspoon hot water

Instructions for the cake:
- Preheat the oven to 350°F/180°C.
- Combine the flour, sugar, baking powder, baking soda and salt in a large bowl. Then, using an electric mixer, add the butter.
- In a wide-mouthed measuring cup, whisk together the cocoa, sour cream, eggs and vanilla, then slowly add this cocoa mixture to the ingredients in the bowl, beating until thoroughly combined. (I added ¼ cup milk because the batter didn't have a dropping consistency)
- Pour the batter into 2 8-inch (I used 2 9-inch) pans buttered or lined with parchment or wax paper and bake for 30 minutes (mine needed 25 minutes). When they’re ready the cakes should be starting to shrink back from the edges of the tins. Leave for 10 minutes in their pans on racks, then turn out to cool.

Instructions for the icing:
- To make the icing, melt the chocolate and butter in a microwave or in a bowl over hot water. (I went for the latter; smallest chance of failing)
- Let cool a little, then stir in the sour cream, vanilla and syrup.
- Add the sifted confectioners’ sugar and a little hot water, blending until smooth.
- When you’ve got the texture right - thick enough to cover but supple enough to spread, adding more sugar or water as required - you can ice the cakes.

To make more special for that today, we decide to picnic at Tanjung Dawai. 
Apa lagi kek seketoi ni wrap dengan plastic atas pinggan je terus menuju ke Tanjung Dawai. Sangat tenang menikmati angin laut dengan bunyi ombak menghempas pantai hehehe sangat romantik bukan.

Inila Tanjung Dawai yang famous dekat sini. Jarak dari rumah pun tak jauh mana pun sebab tu tempat ni dah jadi tempat lepak kami berdua sejak berpindah dari Klang Valley. Dari The Curve Damansara ke Tanjung Dawai, dari segi kemodenan memang sangat jauh berbeza tapi dari segi ketenangan okla samala jugak. Ada yang tak setuju ka?that's my opinion.


 
Kalau singgah Tanjung Dawai maka wajibla kami makan laksa yang sangat sedap ni. Kuah yang pekat dan sangat murah kot. Laksa Tanjung Dawai ni memang boleh kalahkan Laksa Shack, dahla harga laksa ni 2hinggit ja. Memandangkan kami guna piring makcik kedai ni, kami bagi 1/4 potongan kek dekat dia sama sebab semua macam terliur je tengok kami makan dahla ada stoberi atas dia. Terbaikkan fusion menu ni, laksa dan kek yogurt coklat stoberi dan teh o panas hehehe

Ini rupa kek masa kat rumah tadi, dah dok dalam keta dah terjatuh habis semua stoberi pun, takpa kita layan jap lagu suzy ni, tak pernah boring nyanyi lagu ni kat mr.soulmate biar pun telinga dia bernanah dengar suara tak sedap hehehe....


Officially umur kita sebaya okeh, lagi 5 bulan baru umur kita beza setahun plak.
Happy baking dan selamat menjamu selera