Klik sini

Ahad, 4 September 2011

Spaghetti goreng bolognese keju

Best Blogger Tips
Alhamdulillah chic pox dah semakin sembuh dan parut pun semakin susut. Hari ni busy sangat dengan basuh baju dan curtain, cuci 2 bilik air, cuci tempat kucing, vacuum rumah, mop lantai dan last sekali baru nak masak makan dan rilex depan tv. Barang-barang yang bawak balik dari kampung tak siap lagi nak menyimpan tu, penat sudah. Hari ni saya sedih benarnya sebab tula sengaja membizikan diri buat kerja-kerja rumah ni mudah-mudahan tak terbawa-bawa dengan perasaan sedih. Sedih yang pertama, kucing saya yang kuat makan nama Gary dah meninggal dunia....entahla dia sakit apa. Sedih yang kedua saya dan mr.soulmate berpisah demi meneruskan kerjaya masing-masing. Bukan berpisah selamanya tapi berpisah weekdays jela weekend kang jumpa lagi. Susah sebenarnya nak menghadapi perkahwinan jarak jauh ni, tak semua orang boleh menghadapinya. Kadang-kadang saya pun tak mampu nak tempuhi kehidupan seharian kesorangan tanpa mr.soulmate disisi. Mr.soulmate adalah best friend saya dan setiap masa saya nak bercerita dan meluahkan perasaan. 

 

 Saya bernasib baik ada Bunga (oren) dan Puppy (itam) yang sentiasa hiburkan hati saya sepanjang masa.
Berbalik cita masak lak rini saya masak spaghetti goreng dengan tomato, garlic dan cheese. Jom cuci mata layan gambar-gambar kat bawah ni

 Mula-mula rebus dulu spaghetti dengan sedikit minyak dan secubit garam. Jangan rebus sampai dia dah lembik sangat, agak-agak separuh masak tutup api dan toskan spaghetti sebab kejap lagi nak goreng pulak. Kalau spaghetti dah lembik sangat takut nanti masa nak goreng dia akan putus-putus dan hancur, tak cantik lak rupanya nanti.

Protein bagi masakan ni saya guna isi ayam yang dipotong kecik-kecik macam ni. Kalau nak guna daging, sotong, udang, ikan atau sosej pun ok jugak. Ikut selera masing-masingla tapi saya suka ayam sebab ayam mudah dihadamkan kalau nak dibandingkan dengan daging manakala sotong dan udang pulak tinggi kolestrol dan sosej atau makanan frozen lak memang tak bagus pun sebab banyak msg dan bahan pengawet. Ala kalau makan sekali sekala takpala kan.....

 Untuk sosnya saya blend sebiji tomato dengan 3ulas garlic. Boleh jugak guna tomato puree dalam tin tu tapi saya lebih prefer pakai buah tomato yang segar dan kalau boleh buah tomato yang merah dan masak ranum tapi takla sampai lembik pulak

 Saya cairkan 1sudu butter dan goreng isi ayam dengan butter dulu sampai isi ayam jadi garing. Kalau nak lebih sihat guna olive oil tapi kalau nak lebih sedap guna butter hehehehe......

 Bila isi ayam dah mula garing baru saya masukkan tomato yang diblend tadi. Saya suka renihkan kuah ni lama sikit, kalau agak-agak nak kering tambahkan air rebusan pasta sikit pastu biar renih sampai pekat. Sementara tu saya perasakan kuah ni dengan serbuk cayenne, oregano, parsley dan gula. Saya tak masukkan garam sebab air rebusan pasta tadi dah ada garam.

 Bila kuah dah pekat....cair...pekat....cair...pekat....(sebab bila dah pekat tambah air rebusan pasta bagi cair balik) barula masukkan spaghetti yang ditoskan mula-mula tadi.

 Saya masukkan sekeping keju chedar yang dikoyak kecik-kecik dalam spaghetti ni. Sebenarnya pakai keju parmesan tapi takdak tu yang saya guna chedar je. Bila kita masukkan cheese dalam kuah ni tetiba color dan tekstur pun berubah. Kuah semakin melekit dan tutup api.

Saya suka makan dengan kuah yang banyak yum yum.....

Tak cukup sepinggan saya tambah sepinggan lagi hehehe konon-konon nak simpan untuk dinner sama tapi sebab bertambah pinggan so, masa dinner saya makan buah epal je huhuhu dah malas nak masak pulak rasanya. Bukan nak puji diri sendiri maafla tapi resepi rekaan saya kali ni memang marvelles, jangan terkejut kalau saya cakap saya makan spaghetti ni sampai jilat kuah kat pinggan ni hehehe loqlaq betoi hehehehe

3 ulasan:

cik amira hil berkata...

sedap nye ! mesti cuba ni ! ^^

Noor Hafirdaus berkata...

cubala gerenti mesti suka

ida berkata...

terliur dibuatnya...kena buat ni...