Sebenarnya dah lama sangat tak buat lasagna ni. Last buat tahun 2007, 4 tahun berlalu...lama kan....
Lasagna ni salah satu hidangan yang memerlukan banyak cheese sebagai bahan utama masakannya. Lasagna ni merupakan pasta yang berlapis-lapis dengan cheese dan sos bolognese. Ada juga yang guna sos putih tapi saya kurang gemar makan sos putih sebab sos putih ni guna banyak krim. Sudahla guna banyak cheese tambah dengan krim pula, saya tak boleh sangat sebab cepat mual bila makan.
Aktiviti saya selepas pukul 5 petang semestinya membuat sedikit senaman ringan. Tambahan pula bila seharian menghabiskan 9jam dalam pejabat dan selalumya kaku je depan monitor komputer dan kurang pergerakan memang sangat tak sihat untuk tubuh badan. Dahla tak mengeluarkan peluh malah otot pun semakin menjadi lemak.
Inilah studio menari saya as know as my living room juga. Buat workout sesambil layan rancangan masakan. Saya kan suka menyelam sambil minum air, last2 kembong perut dengan air hehehehe. Botol air depan lappy tu bukan untuk minum tapi sebagai dumbbell. Workout with dumbbell ni penting untuk membina semula otot.
Sesudah berkinja-kinja tadi baru time untuk masak for dinner. Selalunya saya masak untuk dinner ni banyak sikit sebab sekali gus for my breakfast and lunch for tomorrow.
Lasagna ni saya gunakan daging ayam kisar.
Ayam tu sebahagian bahan dalam sos bolognese. Sos bolognese ni sama saja macam nak buat spaghetti bolognese. Apa pun jenis masakan, baik gunakan imaginasi sendiri untuk menggabungkan bahan yang sesuai dan mengikut selera diri sendiri. Melainkan kalau masak untuk orang lain, mestilah masak mengikut selera orang yang bakal makan masakan kita. Masaklah mengikut citarasa sendiri dan bukanlah mengikut citarasa penulis resepi.
Sos ni mula-mula saya tumiskan bawang. Kemudian masukkan ayam,cendawan, olive, oregano, salt, black pepper, brown sugar, tomato puree dan cayenne powder. Bila semuanya sudah sebati dan masak, tutup api dan taburkan grated carrot.
Saya gunakan instant lasagna, maksudnya lasagna ni tak perlu direbus. Tapi rasa tak best lak kalau makan pasta yang tak direbus dahulu. Walaupun hasilnya, lasagna ni akan berkecai bila rebus tapi saya puas hati rebus dulu supaya teksturnya lebih lembut nanti.
Lepas beli casserole stoneware harga sepuluh ringgit ni, semangat nak buat lasagna membuak-buak dalam hati sebab tak sesuai lasagna bakar dalam bekas tin, nanti cheese cepat hangit. Bukan apanya harga casserole stoneware kat parkson atau jusco mahal sangat, tak mampu nak beli. Bila tengok kat Giant dia jual sepuluh ringgit je terus rembat 2 biji. Satu buat lasagna dan satu lagi buat bakar brownies
Selepas lapisan sos, saya letakkan cheddar cheese atasnya. Seperti biasa saya gantikan parmesan cheese dengan cheddar cheese sebab dalam peti ais sentiasa ada cheedar cheese. Sepatutnya guna parmesan cheese untuk buat lasagna. Kemudian ulang semula dengan lapisan pasta dan seterusnya sehingga penuh atau habis pasta.
Sebab tak sabar nak makan lupa pula nak simpan sikit sos untuk diletakkan atas lasagna ni.
Saya bakar dengan suhu 190C selama 20 minit
Memandangkan saya terlupa nak letakkan sos dan cheese atas permukaan lasagna ni, kulit atas ni agak crispy sikit. Walaupun crispy sedap jugak tau
Saya berjaya buat 2 lapisan je sebab casserole ni tingginya tak dalam sangat.
Selamat mencuba dan menjamu selera
1 ulasan:
sista!!! nak lasagna!!!
^___^
http://inikisahaku-hairani.blogspot.com/
Catat Ulasan