Klik sini

Selasa, 15 Mac 2011

Caramelized Onion Mushroom Burger

Best Blogger Tips
Lapaq burger....lapaq big mac....lapaq burger king whopper....arrrggghhhhh......tapi,
sedap lagi kalau kita buat sendiri kat rumah, lagi banyak khasiat takdak la bahan2 pengawet dan sebagainya. Kalau kita masak sendiri, kita yang control bahan apa yang kita nak. Selalunya tengok cita food network challenge built a better burger tu diorang suka makan burger dengan caramelized onion, kat malaysia tak jumpa lagi burger dengan caramelized onion ni.
Terpikir gak apa bahan nak letak konon2 mcm signature dish burger la hehehehe........ 
Apa kata burger ni selain kita letak caramelized onion dengan mushroom, kita letak jugak buah pelam atau mango?pelik.... tapi apa salahnya.

Inilah rupanya menara yang dah hampir nak tumbang, 2 patty lagi walahhhh.....
Jom kita tengok apa bahan yang saya letak
Potong button mushroom jadi slice mcm ni
Berbalik pada patty ni, saya letakkan daging kisar, daun bay, gula melaka, garam, black pepper, oregano, rosemary, telur, daun parsley, garlic dan bawang besar. Bahan-bahan ni gaulkan dan biarkan seketika sehingga adunan sebati.
Sementara perapkan patty, tanpa buang masa kita goreng onion ni sampai bertukar color brown then masukkan mushroom yang dihiris slice tadi.
Bahan ni goreng2 sampai lembik atau sampai kedua bahan ni jadi caramelized
 grated carrot
nila secret ingredient ni....grated mango
Ingat tak patty yang perap tadi? patty tadi saya buat 4bahagian cenghini.....kita bakor je patty ni (dengan nada usop hantu mak limah balik rumah) hahaha teringat mak limah pulak
Jangan lupa bakar roti yang disapu butter dulu sebelum dihidangkan.
Memandangkan saya berniat nak buat kondo so, saya mulakan dari lapisan demi lapisan.
Lapisan bawah sekali roti dan daun basil.....sejak makan kat restoran arab, makan roti arab dengan daun basil telah buat saya jatuh cinta nak makan lagi daun basil ni. Rasanya daun basil ni memang sesuai untuk hidangan jenis roti....tak hairanla mat2 salleh suka sangat daun basil ni makan dengan sandwich. 
Patty ni lagi mengancam jiwa dan raga bila letak cheese kan.....patty yang dah masak nak angkat dr pan ni letak cheese biar cheese ni melt kat atas pulak kan.....errmmmmm......
Lapisan seterusnya, caramelized onion dan mushroom
lapisan grated carrot
lapisan gated mango
pastu ulang pulak letak daun basil, patty ke-2 dan caramelized onion n mushroom dan roti.....gaya macam nak tumbang dah menara ni
ni kira steady lagi......1,2,.......
heheh last2 makan mcm ni je la lagi best hahaha.....jom makan

SELAMAT MENCUBA........

2 ulasan:

s3 berkata...

assalam...rose marry tu apa..huhu

Food at home berkata...

sebenarnya rosemary...biasala bila taip pc automatic nk perbetulkan word. Rosemary ni sejenis herb jugak tapi bau dia kuat dan sesuai untuk masakan ayam, lembu dan kambing terutamanya...kat malaysia susah nk dapatkan rosemary yg segar yg ada jual pun dah kering