Isnin, 2 Mei 2011

Pulut Pelam @ Thai Mango Sticky Rice

Ini adalah makanan turun temurun keluarga saya kat Kedah. Dulu masa kecik2 dulu kampung kami penuh dengan pokok manga. Dulu rumah saya dikelilingi pokok manga, pokok manga ni macam pagar rumah la hehehe. Pokok manga yang tanam jugak macam2 jenis, manga telur, manga sala, bacang, manga harum manis, manga kuinin, manga water lily(xingat nama org kampung panggil apa). Biasanya manga telur ni kami buat jeruk simpan dalam peti ais, manga sala ni buat cicah garam belacan, bacang buat sambal bacang (eh meleleh dah air liur kot teringat makan sambal bacang dengan nasi panas), manga water lily, kuinin dan harum manis biasanya makan dengan pulut. Dulu time musim pelam, setiap rumah leh dikatakan akan buat kenduri pulut pelam. Kenduri arwah buat pulut pelam? sebab tu la pokok pelam sentiasa merimbun lebih buah dari daun. Sekarang tradisi buat kenduri pulut pelam dah tak dak...mungkin ada tapi jarangla jumpa kot.
Pernah ada satu ketika adalah sorang makcik ni baru je mai pindah kat kampung, dia tamak...nak makan sorang dan ahli keluarga katanya sebab dia rasa membazir bagi kat orang sedangkan buah tu berbuah kat laman rumah dia (padahal bukan dia yang tanam pokok tu pun). Next season pelam kat pokok dia tak berbuah langsung.....magical kan, tula kuasa tuhan nak tunjuk jangan tamak dengan rezeki yang tuhan beri. Sometime rezeki yang kita ada bukan semuanya hak kita. 
Cerita pasal pulut pelam ni, tak sangka la makanan tradisi kami sekeluarga dah terkenal kat Top Chef dan Iron Chef pun ada buat Mango sticky rice ni. Heran gak kenapa omputih suka sangat makan pulut....macam kita la pasai pa suka makan pizza, roti, kek, spaghetti dll.
Angan-angan nak makan pulut pelam memang dah lama idam dek hati yang dah lama tak balik Kedah ni. Nak cari pulut pelam area Kay El ni hampeh la, silap haribulan masuk restoran Thai nak minta pulut pelam, Indon atau Bangla yang masakkan. Orang siam dengan orang indon punya masakan totally tak ngam la.
Orang-orang kat sini pun tak tau pulut pelam ni, yang depa tau cuma pulut durian je. Orang Kedah makan pulut dengan cempedak, ikan kering, ubi kayu. Ada ka orang kata ni  hidangan Thai je, mana ada...ini hidangan orang melayu di Utara Malaysia ya....dari nenek moyang orang melayu belah utara dah makan pulut pelam ni. Tapi kampung kat Kedah nak ke border Thailand cuma 30 minit je. Kebetulan kami laki bini pun ada darah siam...belah mak ada darah siam...belah pak pun ada darah siam, no wonder how la kami suka masakan Thai.

 Bahan:
  1. 4-5 biji manga harum manis
  2. Santan/susu low fat
  3. beras pulut
  4. daun pandan
  5. gula
  6. garam

Cara:
  1. Rendam beras pulut semalaman
  2. Sediakan periuk kukus, sebelum masak beras pulut pastikan air dalam periuk kukus dah mendidih
  3. Dalam periuk lain, masakkan santan + low fat milk + daun pandan + gula + garam. Sentiasa kacau agar tak meruap. Tutup api  bila dah mendidih
  4. Ambil 1 senduk air santan yang dah masak tadi gaul dengan pulut, kalau nak lebih moist pulut tu saya tambah susu low fat lagi (pakai low fat milk sebab untuk kesihatan la hehehe)
  5. Pulut yang dah digaul tadi kukus lagi.
Ok siap sudah...daun pandan yang lebih tu, saya anyam lapik dalam pinggan. Letak pulut letak santan letak pelam letak santan lagi.....adoi apa nak kata?berebutla kami dua yang kempunan pulut pelam ni. Pulut dengan pelam banyak yang lebih, buat kenduri bagi kat jiran2 sama, kot2 ada yang dok bau sedap je tadi masak pulut hehehehe

5 ulasan:

ibu syafiq berkata...

weh...sdp'y weh...!!!aku laki bini suka mkn ulut weh!!!tmbah2 laki aku yg mmg darah siam.slalu nk break1st pulut.aku penah jmpa pulut pelam kt kg baru tp santan dia plak spil...dia wt santan manis...aku suka santan lemak masin...

aNiS tHe BumbleBee berkata...

dap!dap!dapnyaaa!!!


aku xpernah makan lagi camni..nnti nk terai laa..

Hafirdaus berkata...

su:depa kat sini tak reti buat kuah pulut ni, depa buh tepung jagung atau yg dlm peket instant tu haa puding kelapa, tu yg manis tu. Kita makan santan campur dengan garam je

anis: buatla sendiri. kat sri langka ada pelam kan dgn pulut kan? hg tengok resepi aku buat senang dak?

Tanpa Nama berkata...

best blog hang ni....makin menarik

Hafirdaus berkata...

terima kasih daun keladi....