Isnin, 31 Oktober 2011

Corn Fritters with Dried Anchovy

Nama melayunya disebut cekodok jagung dan ikan bilis. Meriahkan bila tukar nama english hehehehe....
Baru-baru ni tengok Food Network Challenge, minah saleh ni buat corn fritters jugakla tapi siap letak termometer dalam minyak panas sebab nak suhu yang sesuai nak letak cekodok. Lawak la pulak tengok sebab kalau kita orang melayu main agak-agak je minyak dah panas baru letak tepung, kalau tidak pun letak la setitik tepung dalam minyak tengok. Resepi cekodok ada dalam resepi Food Network, boleh klik sini
Antara note dalam resepi tu **This recipe was provided by professional chefs and has been scaled down from a bulk recipe provided by a restaurant. Food Network Kitchens have not tested this recipe in the proportions indicated and therefore cannot make representation as to the results.

Hebat sungguh cekodok ni disediakan oleh chef profesional maksudnya mak-mak kita ni taraf chef profesional la kan hehehehe kalah master chef.
Resepi saya pulak dalam satu mangkuk yang besar saya gaulkan semua bahan-bahan. 
Bahannya ialah 2 cawan tepung gandum+1/2 cawan air+2 batang jagung+1 tangkai daun parsley+1 biji bawang besar+1/2 cawan ikan bilis+sedikit lada hitam+garam+madu. (Bawang dan ikan bilis saya tumbuk dulu tapi jangan sampai halus sangat). Kemudian sediakan minyak yang mencukupi untuk deep fry cekodok ni.

Selamat mencuba

Tiada ulasan: