Isnin, 12 Disember 2011

Strawberry Mahalabia

Rindunya nak berblogging sebenarnya dan memandangkan saya ada masalah tenet, maka hobi berblogging terpaksa ditundakan. Masalah pertama adalah pihak pengurusan block blogspot selepas waktu kerja kerana tak nak pelajar-pelajar berblogging sampai lewat malam, block kat bangunan student jela apahal nak block kat bangunan kuarters jugak hangin gua. Masalah kedua bila nak pakai broadband, coverage 3g sangat-sangatla poor mungkin tinggal dalam kawasan kilang dan depan ni ada cable letrik besar punya dok rintang jalan. Itu mungkin tanda-tanda coverage terganggu kot. Dan yang ketiga kalau nak subscribe UniFi pun tak gamak sebab lagi berapa bulan je nak menetap kat sini, pastu nak berpindah randah pulak.
Borak panjang pula bukan apa sebab rindu nak luahkan perasaan dalam blog ni hehehe. Resepi ni dah lama dah buat tapi harini baru nak cerita dalam blog ni. Mula-mula makan mahalabia ni kat sahara tent, klik sini saya ada cerita jalan-jalan cari makan. Meh nak cerita serba sikit pasal resepi ni, asalnya makanan ni adalah dessert dari timur tengah. Jadi orang arab yang berhijrah di sini membawa sekali la makanan-makanan untuk dipekenalkan kepada orang melayu kat sini. Orang melayu ni boleh dikatakan open minded dalam penerimaan orang luar ke negara ni. Tengok macam mana penerimaan orang kita tentang drama luar dari Philippine, Mexico,Venezuela,Korea, Jepun dan Indonesia. Boleh dikatakan berapa kerat sangat bangsa lain nak layan drama-drama luar ni?cuba kira. Penerimaan makanan lagila kan. Walaupun ada gak orang tak boleh terima makanan luar tapi bilangan yang kecil berbanding orang-rang yang dengan lapang dadanya menerina makanan dari luar. Paling senang nak bagi contoh kat diri sayala, saya boleh kalau tak makan nasi sebab saya enjoy je makan pasta, roti, tortilla dan lain-lain la. Sebab dari kecik lagi arwah mak dah ajar makan makanan luar so kalau tak dak nasi pun tak jadi masalah pun janji makan makanan seimbang dengan jumlah carbohydrate, protein, vitamin dan lain-lain nutrient yang betul.
Ha tengok...melencong lagi dari tajuk asal. Macam saya cakap tadi, saya rindu sangat-sangat nak berblogging. Kena letak gambar ni baru kembali kepada track tajuk sebenar.

Mahalabia ni bahan utamanya susu. Kalau kat middle east, diorang pakai susu unta dan katanya susu unta ni lebih banyak khasiat dan lebih sedap berbanding susu lembu. Saya tak pernah lagi rasa susu unta, teringin juga nak rasa tambahan lagi bila tau lebih banyak khasiat terkandung. Susu yang saya guna ni susu HL Marigold berperisa strawberry. Cara nak buat ni senang je meh cekkedaut resepi......

Bahan:
1 liter susu Marigold HL perisa strawberry (resepi asal guna susu yang baru lepas perah dari si ibu)
1/4 cup cornstarch
1/4 cup sugar (or to taste)
3 tablespoons rosewater (to taste) or vanilla flavouring,  - tak letak pun sebab dah ada perasa stoberi

How To make:
  1. Bring milk to the boil with sugar and rose water in a saucepan, reduce heat to ensure that milk doesnt overflow.
  2. Dissolve the cornstarch in seperate bowl with a few tablwspoons of hot milk until smooth.
  3. Add to saucepan and whisk well. Cook on medium heat for a few minutes until thickened. Remember it will thicken once it cools, so once it ooks like a thin custard it should be ready. Adjust sugar to taste during cooking time.
  4. Garnish with crushed nuts of your choice. Enjoy warm or chilled!
Saya suka makan lepas disejukkan dalam peti ais 2 or 3jam selepas masak dan dimakan dengan buah-buahan. Teksturnya tersangatla lembut dan yang bestnya takyah nak letak geletin pun.
Selamat mencuba dan menjamu selera!!!

3 ulasan:

Shoutforfood berkata...

that sure looks good.. i like the colour.

Hafirdaus berkata...

thank you

Tanpa Nama berkata...

raof chaussures louboutin eusuo polo ralph lauren pas cher bgfwa http://doudounesmclersdesoldes.webnode.fr/ z a s vc