Salam Lebaran....maaf zahir dan batin. Plan mula-mula nak buat pelbagai jenis kuih raya dan kek sebab raya tahun ni turn family saya berkumpul. Saya manusia hina yang mampu merancang tapi tuhan yang maha Esa tentukan segalanya. Saya cuma mampu buat satu jenis kuih raya je tahun ni, sedih sangat tapi tak apala setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Resepi ni saya ambik dari dapur Kak Ita yang tersangatla terror dalam bab deco dan capture hasil masakan dia. Banyak gak saya kenalkan blog kak Ita kat kawan-kawan, semuanya terkagum dan terpegun. Bagi wanita bekerjaya memang tak mampu nak jadi macam dia kot lainla kalau kerjaya tu dalam bidang culinary jugak hehehehe sorry ya kak ita termengumpat lak heheheehhehehe
Tak khusyuk lak sambil buat entry sambil tengok cita gossip girl hehehehe I'm huge fan of that series tau hehehehe sebab para pelakon yang cantik dan suka sangat tengok fesyen, kasut, beg, accessories diorang xoxo
Melalut lak dari cita kak ita ke cita gossip girl. The main topic sekarang ialah cita kuih raya ni namanya seakan apa yang dikandungkan dalam kuih ni jugak. Gambar-gambar kat atas tu kena sediakan 2bowl.
Satu bowl adunan 130g tepung gandum+30g tepung jagung+20g serbuk koko+½ sk serbuk penaik+garam+Quaker Oats+coklat cip
Satu bowl lagi mentega+gula+vanilla, pukul sehingga gebu
Kemudian sebatikan kedua adunan tersebut dan gaul rata
Sebenarnya ikut suka memasingla nak buat bentuk apa pun, kalau nak mudah ambik sudu kecik dan letak atas loyang bakar terus je takyah buat bentuk-bentuk dah....mudah kan.
Tapi motivasikan jugakla diri untuk uli adunan dan bentuk-bentuk jadi segi gini dan tekan atasnya dengan garfu....nak rajin pun kena motivasi diri sendiri, susah betulla
Malu nak bagitau hehehe....ni kuih raya pertama kalinya saya cuba buat heheheehe
OAT CRIPS COOKIES
130g tepung gandum
30g tepung jagung
20g serbuk koko
½ sk serbuk penaik
Kesemua bahan di atas di ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis- ita tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
badam nips
Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit (saya bakar 18minit) atau sehingga rangup.
Selamat mencuba....saya akan buat kuih ni semula this coming open house
Tiada ulasan:
Catat Ulasan