Ahad, 29 Mei 2016

Day 4 - Kia Ora!! New Zealand RoadTrip (Arthur's Pass - Oamaru)

Assalamualaikum....
hopefully ada lagi orang setia membaca entry dalam blog ni. Maafla kalau saya lambat nak update sebab saya lebih utamakan urusan harian yang lebih penting dari blog. Entry dalam blog ni pun saya buat time lunch je sebab saya jarang keluar ofis time lunch ni. Kat ofis ni, saya makan banyak time breakfast dan lunch makan buah2 je, sebab tu dah malas nak keluar. Kalau bulan posa memang saya lagi banyak entry menyusul ni.

Oh ya....mesti ramai kot yang beli tiket ke Tehran promosi AAX baru-baru ni. Saya pun berjaya rembat tiket time winter ni ke Tehran dan saya naik flight Azerbaijan pula ke Turki. 
Harga tiket KL-Tehran-Azerbaijan-Istanbul-Azerbaijan-Tehran-KL sekali tax RM1,000.00. Bagi saya, tiket ni paling murah la berbanding tiket yang saya dok survey2 sebelum ni. Selamat membuat research pula mengenai Baku, Tehran dan Istanbul. 


Kia Ora.....berbalik kepada road trip saya di bumi kiwi sebelum ni. 

Hari ni kami akan ber-roadtrip sejauh 360km pula. Pagi pertama di bumi pulau selatan sangat mengujakan. Di Arthur's Pass sendiri pun banyak view yang menarik, inikan pula di tempat2 lain.

Saya tak cek pula berapa suhu pagi ni tapi memang sejuk sampai bercakap pun asap berkepol2 keluar dari mulut.

 Dari balkoni bilik, saya boleh menikmati suasana pagi di pekan Arthur's Pass, sangat tenang dan mendamaikan. Macam manala mamat kat kaunter YHA ni kata saya akan bosan dok sini sebab tak sama macam kat KL. Dia ingat saya suka dok KL kot atau dia ingat semua orang Malaysia berbangga dengan "kemodenan" KL. 

Pagi ni kami breakfast lamb pie yang beli kat kedai halal butcher semalam. 

Pagi ni  kat dapur ni ada perempuan Jepun dan perempuan malaysia bersama mak dan ayah dia. Diorang semua tengah siap2 buat bekal untuk hiking. Sempat juga saya berborak2 dengan perempuan Jepun tu pagi ni. Dia cakap dia pernah datang ke Johor je sebab dia dari Singapore masa tu. Saya pun rancak bercerita pengalaman saya pula di Nagoya, Kyoto, Osaka, Toyama, Matsumoto dan Tateyame. Rindu pula saya dengan negara matahari terbit tu. Insyallah saya akan repeat lagi ke Jepun kalau umur panjang.

Akhirnya tinggallah kami berdua jela makan pie kat dapur sebab semua kalut2 keluar hiking. Saya pun teringin sangat nak hiking tapi saya risau tak cukup peralatan dan stamina pula. Lagipun tak rancang nak hiking pun ke sini.

 Lepas makan, kami pun siap2 nak check out sebab perjalanan kami hari ni sangat jauh. Kami target nak sampai ke Dunedin hari ni juga. Tapi ikut keadaan juga la, kalau view lawa dan berhenti-henti sepanjang jalan, macam mana nak sampai awal kan.

Masa check out, brader yha ni dok usik lagi. Dia tanya saya macam mana bermalam di arthur's pass. Entah dia jumpa orang Malaysia yang dok KL mana tah yang tak sukakan kedamaian di sini. Dia berharap jawapan saya bosan kot dok kat sini. Saya tanya dia ada keja kosong tak, saya nak keja kat sini, pastu dia kata "good answer". Makna kata kalau ada kerja kosong saya nak dok bermalam2 la kat sini, tak puas dok sehari ja. Tak boringla dok kat sini, best gila rasa.

Pagi ni langit cerah tak macam semalam gloomy. Lagi kerap la kami berhenti ambil gambar sebab view lawa dan clear. Kan best setiap hari bergolek2 atas tilam dengan menikmati view sebegini.

Layan jela gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Arthur's Pass.

Kami berhenti di castle hill dan berkenalan dengan sekeluarga dari atuk nenek sampaikan anak yang berusia 2 tahun pergi hiking bersama. Seronok depa sebab cuti panjang sekarang ni, public holiday+school holiday.

Ini pokok bunga Lupin yang famous di new zealand ni. Masa spring dan summer, pokok ni sakan berbunga kaler purple yang cantik sangat. Tapi memandangkan sekarang musim autumn, pokok ni berubah color koko jela. Takpa next time kita datang lagi time spring ya.

"Promise me, kita akan datang lagi tau time spring"
"yela honey pumpkin intan payung"
Semalam masa kami sampai ke tasik Pearson, tasik ni color coklat ja tapi hari ni berubah color biru tua. Color tasik ni berubah mengikut color langit sebab air tasik ni clear sangat.

Kemudian kami berhenti di pekan Springfield sebab mr.soulmate nak isi minyak. Harga minyak di Arthur's Pass terlalu mahal sebab jauh di pedalaman la kot. Saya pun beli air kopi dan ice cream feijoe yang sedap sangat. 

Kami jumpa sekeluarga orang melayu dari KL di stesen minyak ni. Depa baru sampai christchurch pagi ni. Depa menginap di Mount Cook hari ni tapi saja nak lajak ke Arthur's pass tapi si suami tu kata macam boring jalan kat sini pastu diorang nak patah balik ke Mount Cook. Patutla mamat YHA tu dia kata orang KL akan boring kalau mai ke Arthur's Pass. Itula beza orang KL dengan orang Kedah kot. Orang Kedah, jakun mai tempat macam ni, teruja je sepanjang jalan. 

Yala jalan dari christchurch ke springfield memang tak jumpa view gunung2 lagi, lepas sikit dari Springfield baru jumpa view gunung2. Rasa macam nak cakap gak, rugi sangat kalau dah sampai Springfield tapi tak teruskan sikit lagi perjalanan ke Arthur's Pass. Tapi masing-masing ada pendapat tersendiri, takkan kita nak paksa orang suka apa yang kita suka pula kot.

GPS yang sewel dah bawa kami melalui jalan berbatu dan kami bertembung dengan pegawai bomba ni. Dia ni akan ronda2 kawasan hutan kalau ada kebakaran dengan kuda sebab senang nak masuk hutan katanya.

Kami singgah di Rakaia River. Jernih dan sejuk airnya. Celup2 kaki dah le.

Perjalanan kami melalui Mt Hutt. Kami melalui Mt Hutt tapi disebabkan musim autumn so xdakla salji kat situ kan, kalau musim winter dan spring memang org dok main ski kat sini.

Perjalanan seterusnya terasa jauh pula dan view ladang lembu dan kambing kiri kanan tapi kat sini kalau ladang kiri kanan, depa buat tunnel kat bawah tanah utk binatang2 ni crossing road, hebat kan kalau kat singapore binatang boleh lintas jalan melalui fly over tapi kat sini binatang2 lintas jalan melalui terowong bawah tanah.


Setelah meredah padang ragut, pekan demi pekan maka tibalah kami kat Timaru. Kat sini ada pasaraya pak n save. Kami singgah beli coklat dan buah2an dan niat yang sebenar nak singgah ke toilet sebab nak ambik wuduk nak solat. Lepas wuduk, kami pergi ke tempat parking kereta paling hujung dan tersorok sikit dan hampar pelapik getah yang tersedia dalam kereta, bolehla menunaikan solat jamak di situ. Perasaan solat kat tempat terbuka ni lain macam sikit, best sangat. Kat Malaysia mana pernah solat kat parking, kalau kita solat kat tempat parking mesti orang kata gila sebab banyak surau2 dan masjid2 merata tempat.


Saya beli air coklat ni. Sedap sangat rasa macam ais krim coklat ja.


Dari Timaru kami pun meneruskan perjalanan sampai ke Oamaru. Masuk je kat pekan Oamaru, kami singgah ke stesen minyak sebab nak tanya pasal information accommodation kat situ sebab suasana dah malam time tu. Pekerja tu bagi map Oamaru dan kami bercadang nak ke YHA oamaru tapi bila sampai di YHA tetiba rasa macam bosanla asyik2 dok YHA je, nak try dok kat tempat lain sama. Banyak songgeh pula sedangkan malam gelap gulita dah. Gambar di atas adalah pada keesokkan pagi. Masa kami sampai sini dah gelap gulita bertemankan cahaya kereta saja. Bertentang dengan YHA hostel ada 10 Holiday Park dan alhamdulillah masih ada kabin yang kosong untuk kami. Kabin ni katil double decker dan single bed. Kena kongsi dapur, toilet dan shower juga. Heater dalam kabin ni memang panas. Cuaca malam ni sangat2 sejuk sampaikan minyak megi dan pencuci muka saya pun beku. First time pencuci muka beku ni. Cek suhu dalam fon suhu mencecah -2C.
Lepas check-in, kami pun siap2 peralatan untuk masak dan dinner ni jela. Sempat berkenalan dengan family single mom kepada 4 anak2 kecil. Holiday park ni macam hostel tapi dia lebih kepada orang yg bawa caravan dan family style sikitla. YHA hostel pula customer dia students atau solo traveller mcm tu.

Internet laju kat sini dan yang penting free.
Sedar tak sedar kami memandu sejauh 400km hari ni.



Expenses
Minyak = nzd36
Kopi dan lain2 = nzd19
Oamaru Top 10 Holiday Park = nzd73

TOTAL = nzd128

.......to be continued

 kiwi road trip
One couple, one car, one unforgettable road trip around New Zealand.