Klik sini

Khamis, 25 Mei 2017

Tehran, Iran Day 1 #azamfirdauswinterwonderland

Best Blogger Tips
p/s: pc baru format, semua gambar2 travel hilang. Terpaksa cari balik gambar2 tu dalam D dan watermark pun guna online trial version saja. Maaflah kalau trial version ni menganggu pemandangan mata.

Kalau terlepas entry, boleh klik di sini 
Salam or hello in Iran. Sejuk dalam ekon tetap tak boleh disamakan sejuk seperti gambar di atas. But i like it. 

Sebelum baca entry ni dengan lebih lanjut, boleh tengok dulu video di bawah. Video ni bukan kami yang buat tapi couple yang sama-sama join kami naik bukit Tochal yang buat. Dalam entry yang lepas kan saya cerita masa saya nak lelap dengar bunyi loceng lagi berkali-kali menganggu tidur saya. Merekala yang tiba lewat sikit dari kami yang bunyikan loceng tu.

Itulah serba sedikit video yang menunjukkan aktiviti kami bersama pada hari ni dan kami kemudiannya berpisah kerana mereka akan ke rumah couchsurfing dan menginap di sana manakala kami tetap menginap di hostel. Ada beberapa kawan couchsurfing saya marah tanya kenapa saya taknak menginap di rumah mereka dan tidur di hostel. Saya cakap saya masih dalam proses mengenali Iran dan insyallah kali ke-2 kalau kami ke sini, kami akan menginap di rumah couchsurfing. 

Mungkin terlalu banyak cerita dan pengaruh negatif Iran di Malaysia menyebabkan kami berhati-hati di Iran. Walaubagaimanapun Iran tetap negara yang cantik, penduduk yang peramah dan kemudahan awam yang superb kalah negara saya sendiri. Dan saya rasa sangat menyesal tak explore lama lagi di Iran, kami cuma ada masa 2 hari saja di sini. Next time ya...next time....kita datang lagi dan time winter juga.


Salam....ruz be khair maksudnya 'hello....selamat pagi'. Inilah breakfast kami pagi ni, roti disapu dengan jam, nutela dan jem pistachio yang macam peanut butter pun ada rupanya.

Kisah semalam, kami tak rekemen la kalau sesapa nak menetap di 7hostel sebab servis yang teruk (booking kita, dia cancel tanpa maklumkan, tercengat depan hostel dalam kesejukan tanpa apa2 notis kata cancel) dan kedudukannya pun jauh dari metro.

Kami bersyukur sangat dapat menginap di hostel persian ni sebab kedudukannya memang dekat sangat dengan station metro. Klik di sini kalau nak menempah dan dapatkan info mengenai hostel persian ini. Dengan harga US$15 semalam free breakfast, cozy place, service tip top dll.

Pagi ni antara kami bertiga, saya orang terakhir bersiap. Dari dalam katil, saya dengar mr.soulmate dan Fizah dah berborak dengan bahasa melayu kat luar sana. Saya jangka mungkin ada orang Malaysia juga menginap di sini.

Saya pun berkenalan dengan couple dari Malaysia. Mereka menetap di Kuala Lumpur. Si suami dari Penang manakala si isteri dari Jakarta. Suami kami panggil Foo adalah cina mualaf. Jadi pagi ni kami berlima breakfast sekali. Rupa-rupanya mr.soulmate dah plan dengan couple ni untuk ke gunung Tochal pagi ni. Best juga pergi ramai-ramai tambahan pula jumpa orang senegara pula tu.

Kedudukan hostel ni memang betul2 kat jalan besar. Keluar hostel je jumpa jalan yang busy dan gila-gila ni. Jangan memain trafik di sini boleh bikin sakit jantung seketika.



Misi pertama kami di sini ialah mestilah kena tukar duit dulu. Kami ni zero duit Iran, takdak langsung matawang Iran sebab money changer di Malaysia, London dan Turki tak jual langsung matawang Iran. Bukan kat Malaysia je ya kami cari matawang rial ni sampai ke London dan Turki pun kami melilau cari rial ni. Nasib baikla teksi dari airport dan hostel ni kami bayar guna us$ dulu.

Kami tukar semua duit manat, duit us$, duit turki sikit dan duit british pound kepada Iran Rial. Jangan pening ya sebab walaupun kita guna matawang rial tapi dalam urusan jual beli kita guna nama toman (kurang 1 kosong dari rial). Contoh 1 toman = 10 rial. Kalau convert duit Malaysia, kami cuma tukar RM1500 iaitu RM500 sorang selama 3 hari 3 malam kami di Tehran ni. Percaya atau tak duit RM500 pun masih banyak berbaki walaupun setelah kami perabih nak shopping. Living cost di Iran memang jauh lebih rendah dari Malaysia dan kalau menetap seminggu pun di sini saya percaya tak akan habis seribu ringgit.

 Habis urusan tukaran wang, kami bergerak ke station metro iaitu station 'Shahid Mofatteh' yang kedudukannya dalam 100 meter dari hostel persia. 

Kalau boleh, masa nak lintas jalan tu kena lintas bersama-sama dengan orang Iran dan kalau ada laluan bawah tanah, ikut bawah tanah je senang. Trafik di sini boleh dikatakan macam di Vietnam dan Indonesia. Maksudnya semua orang cekap bawa kenderaan dan saling alert antara sesama mereka walaubagaimana sesak sekali pun jalanraya. Malaysia pula pemandunya tak cekap bawa kenderaan dan selalu tak alert dengan back dan side mirror dan nak kona kiri ke kanan tak reti bagi signal dan tak reti nak stop kat setiap simpang. Kalau tak caya boleh buat kajian peratusan kemalangan di Tehran dan di Alor Setar (bagi contoh Alor Setar cukupla kot). 





Station metro, dalam metro dan bas memang diasingkan tempat duduk bagi perempuan dan lelaki. Perempuan yang jalan bersama lelaki boleh duduk kat kawasan lelaki manakala Lelaki yang bersama perempuan tak boleh duduk kat kawasan perempuan. Melainkan kanak2 yang tak baligh lagi bolehla duduk dengan mak atau kakaknya di bahagian wanita. Bagus kan konsep macam ni kalau dipraktikkan di Malaysia bukan di KL saja tapi seluruh negeri di Malaysia.


Mungkin tempat di ibu negara di mana-mana negara ni, memang ramai manusia tambahan kalau di station pengangkutan awam. Trip kami sebelum ni seperti di Istanbul dan London pun ramai sesaknya manusia di tube dan tram. Sekali lagi kami berdepan dengan kesesakan manusia di ibu negara Iran iaitu Tehran. Next time kami akan ke luar bandar pulala sesuai dengan jiwa. Contoh kalau KL dan Kedah, dah tentu saya pilih bandar di kedah daripada di KL.



Kami ni keletihan sebab memasing baru sampai tengah malam semalam, kurang tidur lagi. Flight kami sampai sama, bezanya diorang dari Malaysia dan kami dari Istanbul dan transit di Azerbaijan.


Tapi kalau dah sampai tempat baru ni, letih tolak ikat tepi sekejap. Keterujaan untuk explore dan keceriaan lebih tergambar di wajah memasing. Kita enjoy dulu.

Image result for tehran metro
Di atas tu map metro di Tehran. Memandangkan hostel kami dekat station Shahid Mofatteh line yang sama je kalau nak je Tajrish, kami tak perlu nak tukar line dah.


Sampai dah kami di station Tajrish setelah melalui 10 station. Station Tajrish ni adalah station yang paling hujung nun di utara. Ramai sangat manusia di Tehran ni dan semuanya macam teruja tengok muka kami yang totally berbeza dengan muka diorang. Kalau kat metro ke, kat jalan ke, kalau selisih dengan orang, ada ja yang nak say hi, hello atau paling kurang setakat senyum jela. Suka saya jadi tumpuan public ahaks....poyo sat.


Sapa tak teruja tengok buah-buahan segar longgok macam tu je. Buah strawberi, buah delima, epal dan oren, semuanya produk tempatan yang segar dan murah angat harganya.


Kami berhenti sekejap di sini beli air mineral dulu. Kemudian kami bargain harga teksi dan van untuk bawa kami dari station Tajrish ke gunung Tochal. Harga kami ke Tochal 7,500 toman sorang dan masa balik kami dapat harga 2,000 toman. Beza lebih 3 kali ganda tu. Kalau boleh kena bargain lagi tapi okla 7,500 toman lebih kurang RM10 je kalau convert. 

video
Video di atas ialah kami dalam van menuju ke Tochal.


Turun je dari van, kedatangan kami disambut oleh light snow.

Kami kemudiannya jalan kaki sehingga ke kaunter tiket. Memandangkan kami jalan kaki, ada perkhidmatan car golf untuk bawa kami ke atas dan kena bayarla 2,000 toman tapi masa balik, kami jalan kaki je 30 minit dalam 2.2km turun bawah sebab lagi enjoy kita jalan kaki sambil merasai snow yang berguguran melekat penuh atas baju dan tudung.

Layan jela gambar2 di bawah....











Di sinilah pondok untuk beli tiket naik cable car ke atas. Kami beli tiket sampai ke station 7. Untuk maklumat lebih lanjut boleh baca blog Amelia di sini. Blog Amelia lebih banyak info dan detail seperti di bawah:

Here's the elevation for each telecabin station:
  • Station 1 – 1900 meters. There are plenty of restaurants, washrooms, and a prayer room.
  • Station 2 – 2400 meters
  • Station 5 – 2935 meters. There are a restaurant and a rescue centre.
  • Station 7 – 3740 meters. The last station of the gondola lift, located 30 minutes walk from the main peak of Tochal. You can take a chairlift to Chesmeh from here.
  • Monday – closed
  • Thursday and Friday – 8:00 AM to 3 PM
  • Other days – 8:30 AM to 2 PM
Here are the ticket prices for the telecabin ride:
  • Return tickets from Station 1 to:
    • Station 2 – 150,000 rials
    • Station 5 – 270,000 rials
    • Station 7 – 380,000 rials
    • Ski at Station 7 – 650,000 rials
  • One way tickets:
    • Station 1 to Station 2 – 100,000 rials
    • Station 1 to Station 5 – 140,000 rials
    • Station 5 to Station 1 – 130,000 rials
    • Station 5 to Station 7 – 100,000 rials
In summary, here is what you're expected to pay per person:
  • Metro to/from Tajrish - 11,000 rials return
  • Minivan to/from Tochal entrance – maximum 80,000 rials
  • Minibus to/from telecabin Station 1 – 20,000 rials
  • Tochal Telecabin return ticket – from 150,000 rials to 650,000 rials
  • Rental of ski gear, including pants, gloves, and jackets – around 1 million rials (as per this site)
Laluan untuk naik cable car.

video
Layankan jelah gambar2 kami teruja dengan salji. Walaupun suhu sangat ekstrem sejuk bagi kami orang tropika tapi saya happy sangat sebab saya memang suka sejuk dan salji.




Sampai je kami di station 7, ada ribut salji pula. Rasa macam nak terbang melayang je dan salji kuat sampai pemandangan mata pun terhad je. Kalau salji saja mungkin ok tapi bila angin salji menerpa hahaha rasakan sejuknya sampai ke tulang hitam walaupun letak hot patch di seluruh badan termasuk tapak kaki sekali pun.

Hampir semua benda kat station 7 ni beku, cuma kami je tak beku2 lagi ni hehehe.....


Abe Parsi ni pun tak beku walaupun dia jaga gondola kat station 7. Hebat kan dia takyah pakai glove ke tutup kepala bagai. Bye bye snow cap mr.soulmate yang saya belikan kat dia kat sport direct sebab dia tertinggal kat dalam van masa perjalanan balik dari Tochal huh.

Walaupun saya gembira dengan salji dan suhu sejuk gigil di station 7, kami kemudian balik semula ke station 5. 


Kat station 5 ada cafe dan boleh panaskan badan minum teh panas dulu. Setelah kesejukan tadi, kami berehat dulu sebelum main salji lagi. Kami beli teh, buah, cips dan sejenis soup yang pelik tak pernah jumpa tapi teringin nak rasa. 

Âsh reshte topped with whey, onions, and dried mint | © Rye-96 / Wikimedia Commons
Setelah digoogle rupanya soup tu namanya Ash Reshte. Soup ni biasa disediakan time winter yang mengandungi spageti dengan kuah herba dan legumas(campuran pelbagai jenis bijirin) dan topped dengan garlic, fried onion dan mint dan yogurt. Khasiat soup tu macam nak bagi energy balik dalam cuaca sejuk.
Kalau nak mengenali top 10 makanan Iran lagi boleh klik di sini.


Dah segar lepas makan soup winter tu, kami bersedia nak main salji. Layanla kanak-kanak riang main salji hahaha.....











video
Dah puas main salji, kami pun naik cable car turun balik. Rasa hati tak puas lagi tapi dah kena tarik dengan mr.soulmate naik cable car untuk turun ke bawah jugak. Mr.soulmate risaukan kesihatan saya sebab tempat ni sejuk sangat. Dan kami pula memang seharian dok main salji di sini. Time ni memang saya sihat tapi bahananya bila balik Malaysia, saya demam hampir 2 minggu.

video



Cable car ni cermin dia color kuning. So, agak kecewa sebab semua gambar pergunungan nampak kuning semuanya.

Tochal Telecabin station 1 ni ada toilet, surau dan cafe selain kaunter tiket telecabin ride. Masalahnya surau dia tak dak tempat wuduk. Kami kena buang stokin dan berwuduk dalam toilet....WHAT!!!! sejuk gigil tergetar2 ok kena berlari dalam salji dari surau ke toilet ke surau tanpa stokin dan sarung tangan. Air wuduk terasa kebas seluruh anggota wuduk sebab sejuk sangat.


video
Video di atas kami berjalan dari station 1 turun nak ambik van pulang ke station Tajrish balik. Dalam video di atas, bulu mata saya beku tu sebab salji penuh kat bulu mata. Bulu mata beku pun takpa best ok. Mana nak rasa experience macam tu kalau kat Malaysia. Layankan je bulu mata beku pun.




Sampai sudah kami di station Tajrish dan kami nak meneroka kawasan sekitar Tajrish ni.

Rambang mata tengok wanita2 jelita Iran. Kalau kat Malaysia nampak Neelofa tu cantik, bayangkan kalau sekeliling kita muka Neelofa. Neelofa di Iran maksudnya bunga. Ramai orang Iran nama Neelofa. Rasa geram pun ada tengok diorang bertudung. Macam nak tarik bagi tutup semua rambut tu takyah tunjuk jambul kat depan sangat.


Kami pun salam perpisahan untuk Foo dan Amelia di sini sebab kami akan menuju ke destinasi berbeza pula selepas ni. 

Mereka akan ke rumah couchsurfing manakala kami akan cari makan malam di Tajrish Bazaar dan shopping sedikit safron dan rose kering.


Kat Tehran selain Grand Bazaar di tengah2 kota Tehran, ada satu lagi bazaar Tajrish. Bazaar ni harganya lebih murah dan tak ramai pelancong di sini. Tengoklah hasil produk yang dijual di sini geram tengok bukan. Next time kalau saya menginap di rumah host, saya akan masak guna produk tempatan ni kepada host.


Rose kering dalam paket 4 segi tu harganya dalam RM10. Gula kuning color kuning tu pula bukan lolipop sebab ada batang lolipop kan. Itu gula untuk kacau dalam teh o kosong panas. Bila kita kacau gula tu dalam teh panas, dia akan cair dan hilang dalam air tu tapi jangan biar cair sepenuhnya sebab nanti akan jadi manis melecaih or manis meletin (manis sangat) air teh tu.

Inilah gold bagi Iran. Gold ni ialah safron. 1st time saya jumpa safron yang sebegini banyak. Memang niat saya datang ke Iran ni nak beli safron juga. 




Kalau rambang mata tak tau nak beli kacang apa, boleh beli kacang campur macam ni. Yang color putih tu buah beri Iran, kata peniaga kat sini buah tu cuma tumbuh di Iran saja dan dia suruh try. Saya rasa macam buah beri tapi color putih. Saya pun beli ni dalam rm10 dapat sekilo lebih gitu. Murah gila kan.




Selesai shopping bunga rose kering, kacang dan safron, kami cari tempat nak dinner pula. Kami tanya peniaga kat sini, kedai mana makanan local yang sedap kat sini. Dia bukan sekadar bagitau kami arah tapi dia bawa kami sampai ke kedai tu sekali, jauh kot dari kedai dia, rasa bersalah kami menyusahkan dia.


Ini hidangan kami makan. Makanan local Iran iaitu nasi bakar dengan kebab. Mula2 tu ingatkan dia bagi kami kerak nasi tapi rupanya bukan kerak nasi, local dish depa lepas masak nasi, diorang panggang pula nasi. Sebab tu rupanya macam kerak nasi saja.


Let's dig in. Saya tau mesti ramai persoalkan halal haram makan makanan syiah. Saya tak perlu bincangkan dalam blog ni sebab ilmu agama saya cetek tapi sebelum datang kami telah merujuk kepada ahli agama di Malaysia mengenai penyembelihan orang Iran. Ya banyak fatwa dan nas-nasnya.

Kanan mr.soulmate tu taktau sapa tapi sepanjang makan dia asyik dok usha dan ambik gambar kasut kami sebab dia dok mesej kawan dia pasal kasut kami.  

Kiri mr.soulmate pula chef restoren ni yang sangat peramah tapi english dia membataskan komunikasi. Banyak benda dia nak cerita tapi masalahnya english dia tak berapa lancar dan macam tu la boleh bayangkan tak kalau jumpa orang macam ni. Kita ni pun bersemangat nak dengar apa dia nak cakap tapi masalahnya kita tak faham dia nak sebut apa. 


Kami macam biasa naik lagi couch bahagian lelaki. Tujuan selain teman mr.soulmate sorang2, boleh cuci mata tengok lelaki Iran. Kalau dibandingkan lelaki Iran dan lelaki Turki, Orang Turki hensem lagi kot lalala.....

Bila sesak macam ni kat bahagian lelaki baru rasa menyesal tak masuk kawasan wanita saja. Disebabkan time winter, takdak la ada bau-bauan yang tidak diingini.


Hostel yang kami menginap ni, dia buka kedai kopi kat bawah dan dibuka waktu malam saja. 


Selain minum cappuccino, kami nak try kek Iran juga.


Macam kat hostel yang lain juga, dia sediakan tempat lepak untuk penghuni di sini untuk main game atau baca novel. Kami minum kopi dan makan kek sambil main chess saja.

Cafe ni dok pasang lagu ni dan kami pun siap minta dia masukkan lagu Awake, Tycho ni dalam pen drive kami pula. Setiap kali dengar lagu ni terasa kami sedang minum kopi sambil lepak kat Tehran.

..............to be continued