Memandangkan saya baru pulang bercuti di Cameron Highlands, banyakla buah strawberry yang saya borong dari sana. Akibat kesejukan di tanah tinggi, saya terpaksa mengambil cuti sakit selama 3hari kerana demam,batuk dan selsema. Alahai seksanya bila tonsil pun membengkak ni.Walaupun cuti sakit dok je kat rumah hati tetap tak tenteram sebab pikir banyakla kerja kat opis di hujung-hujung tahun ni. Kalau ikutkan hati nak je buat kerja kat rumah tapi nasibla internet tak boleh connect kat kuarters ni. Bukan sekali dua kot complain internet tak dapat kat kuarters ni tapi sapala nak layan kalau setakat pangkat bawahan ni. Antara tujuan saya complaint pasal internet sebab saya selalu buka laman-laman web kerajaan terutamanya HRMIS pada waktu malam sebabnya kalau kakitangan kerajaan yang guna HRMIS mesti paham betapa slownya nak berurusan dalam HRMIS di waktu kerja biasa. Bila bukak talian HRMIS waktu malam macam-macam dah boleh update, dah jimat masa dan tenaga. Esoknya orang lain tak update lagi maklumat dalam HRMIS tapi kita dah siap sebab berjaya masukkan maklumat di malam hari. Macam saya cakap jugak pada entry yang sebelum ni, broadband memang sangat poor coverage nya kat sini atas sebab faktor-faktor persekitaran. Panjang lebar lak cerita pasal internet ni, meh nak cerita pasal resepi pulak.
Dah lama benarnya bercita-cita nak buat scones tapi kena study dulu bahan-bahan dan cara-caranya, sekarang baru confident sikit nak buat bila semua bahan dah ada depan mata. Bila semua bahan dah ada jangan tunggu-tunggu, buat je...jadi tak jadi belakang kira. Kalau jadi maksudnya kenyangla perut tapi kalau tak jadi anggapla sebagai suatu pengajaran, next time boleh betulkan semula.
Resepi asalnya ialah dari Ina Garten, Food Network. Tengok Ina buat scones dalam tv nampak sedap dan senang je, sejak tu bercita-cita nak buat scones kat rumah pula. Gambar kat atas saya guna acuan berbentuk love sebab my love ada kat rumah leh minum petang dengan my love dan scones berbentuk love ni hehehehe....
Jangan pula pelik tengok adunan saya ni lembik semacam tak macam cookies yang sebenar. Sebabnya saya silap measure butter dalam adunan ni. Dalam resepi Ina Garten, dia guna 3/4ounce butter so saya gogo untuk convert 3/4ounce butter kepada gram tapi mungkin terdapat sedikit masalah, saya terlebih guna butter dalam adunan ni. Kesudahannya adunan ni cair seakan-akan seperti adunan kek dan bukanlah adunan biskut seperti asalnya. Memandangkan saya dah tersilap saya kena betulkan balik dari segi pembakaran. Dalam resepi asal guna suhu 200C tetapi memandangkan saya dah jadi adunan kek, saya kena guna suhu 180C sebab kalau saya suna suhu 200C, scone saya mungkin akan hangit sedikit atau keras.
Adunan ni kena 3 kali bakar dalam oven iaitu sebanyak 30 scones berjaya terhasil (bilangan berbeza mengikut saiz). Meh salin resepi yang telah saya copi pes dari Ina Garten.
Ingredients
- 4 cups plus 1 tablespoon all-purpose flour
- 2 tablespoons sugar, plus additional for sprinkling - tak letak pun sebab saya buat strawberry glaze atasnya
- 2 tablespoons baking powder
- 2 teaspoons salt
- 3/4 pound cold unsalted butter, diced - tang sinila silap measure, sepatutnya dalam 1 1/2 stick butter je
- 4 extra-large eggs, lightly beaten
- 1 cup cold heavy cream - saya tukar kepada plain yogurt sebab lebih menyihatkan dan lebih moist nanti
- 3/4 cup small-diced dried strawberries - saya guna 1 cup starwberry kering
- 1 egg beaten with 2 tablespoons water or milk, for egg wash - tak buat sebab saya gantikan dengan glaze
Directions
Preheat the oven to 400 degrees F. - cukupla sekadar 180C-190C mengikut kepanasan oven masing-masing
- In the bowl of an electric mixer fitted with a paddle attachment, combine 4 cups of flour, 2 tablespoons sugar, baking powder, and salt.
- Blend in the cold butter at the lowest speed and mix until the butter is in pea-sized pieces.
- Combine the eggs and heavy creamand quickly add them to the flour and butter mixture.
- Combine until just blended. Toss the strawberries with 1 tablespoon of flour, add them to the dough, and mix quickly. The dough may be a bit sticky.
- Dump the dough out onto a well-floured surface and be sure it is well combined. Flour your hands and arolling pin and roll the dough 3/4-inch thick. You should see lumps of butter in the dough.
- Cut into squares with a 4-inch plain or fluted cutter, and then cut them in half diagonally to make triangles. Place on a baking sheet lined with parchment paper.
- Brush the tops with egg wash. Sprinkle with sugar and bake for 20 to 25 minutes, until the outsides arecrisp and the insides are fully baked.
Ini pula Strawberry glaze, sangat sedap sehingga menjilat jari kaki hehehehe.....buat lawak je
Kalau perasan kan bahan-bahan scone ni tak banyak letak gula, adunan keseluruhan guna 2sudu gula saja dan tabur gula atas scone je. Hasilnya scones tak rasa manis pun.... memandangkan kesilapan adunan, saya tak tabur pun gula atas scone sebab adunan saya terlalu cair, saya gantikan buat strawberry glaze untuk scone ni.
Buat glaze ni mudah je, dalam satu mangkuk macam gambar kat atas tu, saya mix 2 cup gula aising+4 sudu strawberry kodial+2 sudu yogurt dan kacau sehingga sekata dan likat.
Strawberry glaze ni kena letak pada scones yang telah masak dan dibiarkan sejuk selama 10minit dulu tau. Ada ka orang letak glaze sebelum masak?mungkin tak ada kot saja nak beringat je.
Memandangkan adunan tu bertukar jadi adunan kek, jadi teksturnya pun seakan-akan gebu macam kek juga. My bad....next time jangan letak banyak sangat butter dalam adunan scones.
Glaze ni saya guna garfu dan jalur macam ni atas scones dan biarkan ia kering. Glaze ni bila kering, dia akan mengeras atas scones ni
Rasa scones ni sedap, sekali makan tak leh nak stop....kalau tak percaya buatla sendiri kat rumah memang sangat berbaloi.
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan