Klik sini

Khamis, 16 Ogos 2012

Day 0 Perth, just you and me....

Best Blogger Tips
Tak berapa lama dah nak terbang ke bumi kangaroo ni tapi apa pun tak siapkan lagi termasukkan la tempahan penginapan. Orang lain kalau nak pi sana siap booked berbulan lamanya, ini lagi esok lusa nak pi pun tak book apa lagi kecuali car rental dah booked kat Bayswater near airport. So minggu ni tersangatla bz sebab nak siapkan tempahan-tempahan strawberry yogurt cheesecake, blueberry yogurt cheesecake dan semestinya marble cheese brownies. Baju raya lak memang tak cari lagi. Ingat malam raya masa diorang nak lelong baru nak beli, ok tak?

Terkejut tergempar ni beli tiket masa study week semester pertama. Tensen study pastu tangan ni gatal dok klik web air asia plak. Dah tu TER-klik beli tiket ke Perth, Australia. Apa lagi mula la kalut nak korek tabung ni. Itula bz tahap kucing nak beranak jual kek ni nak kumpul duit balik.
Dari segi persiapan cuma buat ETA iaitu visa sementara dan saya buat kat travel agent RM30 sorang. Selain tu jangan lupa bawak traveling adapter yang boleh guna kat aussie nanti. Kalau bawak banyak barang letrik ni kalau nak senang bawak jela sekali dengan soket extension adapter boleh sekali charge banyak benda.
Masa hari nak berangkat fly pun tak tukar duit Aussie lagi ni. Raya ke-2, kami dua bertolak la dari Kedah ke Kuala Lumpur naik keta comeyku. Biasala kalau raya-raya ni highway jammed je dari kedua-dua belah, bukan saja orang balik kampung tapi mesti berjalan raya rumah adik beradik.
Pukul 10malam bertolak dari Kedah sampai KL dalam pukul 3pagi. Ronda2 cari hotel nak rehat kejap. Mula2 ingat nak cari budget hotel je, cari dalam tenet hotel XX ni tapi bila sampai banyak gila moto kapcai depan hotel dan siap ada satu group laki badan sasa dok lepak depan tu macam dok jaga kawasan ja . Terus nampak hotel tu macam hotel pelacuran je. Apa lagi cari hotel biasa jala, bayar lebih sikit xpa daripada dok hotel macam tu.
Pagi tu keluar awal terus nak cari money changer maklumla duit aussie tak tukar lagi. Destinasi pertama ke curves nak tukar duit tapi rate $1 = RM3.39 mahal kot. Lunch jap kat teh tarik dan call merata gak tanya rate currency sekitar PJ. Last2 dapat kat One Utama ni dia offer  $1 = RM3.31. Tak pikir banyak dah terus ke One Utama tukar duit. Lepas tu hantar keta kat rumah kawan mr.soulmate then kami ke LCCT dalam pukul 7malam. LCCT ramaila sangat orang sebab semua pakat balik kampung naik flight kot. Adik ipar naik flight dari lcct ke alor star RM15 return. Tiket bas return mau RM90.
Singgah tapau big mac sumbat dlm backpack buat  brekfes pagi esok. Alhamdulilah lepas check semua ok berjalan lancar. Flight ke Perth malam tu penuh dengan orang melayu saja. Mat saleh ada berapa orang ja boleh kira jala. Pukul 11.55malam flight ke Perth berlepas. Pukul 4pagi kami makan nasi lemak pak nasir, macam makan sahur lak tapi separuh nasi bagi kat mr.soulmate je sebab dah kenyang. Last minit kot beli online meal dengan insurans, ok la kan. Seat sebelah tak ada orang boleh tido utk 2seat skali hehehe...ok good nite sambung esok day 1 kat bumi kangaroo.

Isnin, 6 Ogos 2012

Chalet terapung Teluk Bayu

Best Blogger Tips
 
Jalan-jalan cari makan nak berbuka puasa pula sebabnya bulan ni saya sibuk buat kek untuk tempahan ja, tak sempat nak masak2 untuk berbuka. Kali ni saya, my niece dan mr. soulmate jalan-jalan cari makan area Sungai Petani tapi agak tercelok dalam swamp. Masa ni baru lepas hujan, cuaca redup ja dan gambar pun kekurangan cahaya. Balik rumah saya edit semua gambar balik sebab gambar terlalu suram sedangkan di luar camera view ni memang cantik.

 Jalan nak masuk ni agak mencabar juga. Mula-mula jalan kiri kanan sawah padi, habis sawah padi ikut jalan dalam kelapa sawit pula dan melalui kaki bukit dan tetiba sampaila di muara sungai ni. Mula-mula masa lalu kat jalan kelapa sawit dah scary habis dah sebab cuaca sangat gelap dan suram sebab baru lepas hujan dengan jalan pun terlalu sempit. Keluar je dari hutan kelapa sawit terus cerah nampak sungai depan mata dah. Bak kata mr. soulmate, sebelum kita dah mencapai kejayaan kita kena melalui kesusahan onak ranjau berduri dulu
 Siap ambik gambar no. tepon lagi, sebelum datang kena call dulu samada dia bukak ke tidak restorennya or kalau nak stay kat chalet terapung ni. Saya rasala chalet ni memang sesuai untuk kaki-kaki pancing sebab chalet dia dok tengah-tengah sungai dan ada potensi la nak dapat ikan besar-besar.

Apa pun yang penting kena posing dulu, teruja habis sampai sini.

 Yang pentingnya memang kena ada no tepon owner tempat ni, sebab tak ada jalan nak ke restoren or chalet, semuanya kena melalui bot. So masa sampai tu, mr. soulmate call owner dia then anak dia ala-ala bieber  yang cute dan asyik senyum sepanjang masa datang bawak bot pickup kami di hujung titi.

Bot paling antik ala-ala black pearl kepunyaan Jack Sparrow sebab dalam bot penuh dengan cengkerang dan binatang.

Tak lama pun dari titi naik bot dah sampai restoren terapung ni tapinya setiap kali ada bot lalu or ada ombak, restoren ni akan beralun ikut air dan quit pening jugak la. Nak tido malam pun terasa teralun-alun tau.

 Dah sampai restoren ni apa lagi masa untuk memilih makanan dari kolam terus. Gambar atas tu tiram, katanya kalau lama nanti ada pearl dalam tiram ni tapi tak sempat nak hasilkan pearl orang makan dulu. Owner dia cakap sedap makan raw dengan  sedikit asid or perahan limau je. Ohhoo tidakla makan mentah-mentah gitu. Sushi pun tak lalu nak makan. Dah dapat tiram jalan ke kolam ketam pulak, cari ketam yang paling demok. Dapat ketam sudah pilih ikan siakap pula. Ikan pula pilih saiz kecik sudah sebab kami bertiga je pun nak makan. Harganya sudah semestinya lebih murah dari Tanjung Dawai dan yang penting FRESH!!!!

 Sebenarnya cuak kot nak lalu kut titi kecik ni takut terjun dalam sungai pula tapi kalau tak ikut rugi pulak bukan senang nak pilih makanan terus dari sungai ni. Yang rumah kaler kuning dan koko tu adalah chaletnya. Yang kuning tu harganya semalam RM90 dan yang koko semalam RM110 sebabnya yang kuning tu ada 2bilik asing tapi yang koko tu macam sebuah rumah untuk satu family. Dalam dia siap ada tv, peti ais, tempat masak, bbq, katil cumanya takdak ekon je. Okla sesuai untuk parent yang hantar anak-anak ke UiTM dan nak menginap kat sini sambil merasa stay dalam swamp yang beralun-alun atas air. Yang nak lari dari kesibukan kota macam Klang Valley dan mencari idea nak gubah lagu ka memang highly recommended datang sini.
 Inila brader yang tolong tangkap ikan, kalau dok dekat basah baju dengan air ikan yang melompat-lompat ni
 Dapat sekor, jom kita masak stim halia dan limau....yum
 
 Indahnya negeriku uhhuuuu....

 Cuak pun kena posing jugak hahahaha

 Makan sebelah tangan ketam ni dah kenyang gila. Kalau sua jari mau putus ni. Ohhoo ketam demok, kamu sangat lazat kot

 
 
 Adik Bieber bakar ikan pula lepas tu jadi waiter pula. Baguih kan adik bieber ni, serba boleh. 

 Kami pilih tempat makan paling hujung sambil tengok ikan 

 
 Otak sudah pening sebab terasa beralun-alun ja
 
 Ketam demok buat masak telur masin ala-ala scrambled egg masak sekali dengan butter dan daun kari. Tolong bayang jap betapa nikmatnya....sedapnya.....nak makan lagi arrggghhhhh!!!!

 Ini pula ikan siakap masak stim dengan halia dan limau. Masak stim ni lagi sedap kalau masak dengan asam boi. Sangat fresh dan isinya sangat lembut dan licin....yum yum....

 Setengah jam lagi nak berbuka dah terhidang, baunya sangat menggugat hati dan perasaan. Ketam ni 2 ekor ja tapi tak habis makan kena tapau bawak balik. Mau taknya makan sebelah tangan pun kenyang gila. Isi banyak gila kot celah-celah jari dia.

 Oh ya kat sini boleh nampak sunset jugak. View yang breathtaking. Subhanallah cantiknya

 Tiram ni ambik 7ekor ja buat masak cili. Sedap gila tiram ni tak mampu berkata-kata dah 

 Sayur kailan masak biasa

 Semua hidangan ni harganya RM98. Sangat sedap dan berbaloi kot. Kalau sesapa kata mahal tak tau nak cakap apa dah dengan view dan tahap fresh dia memang tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Sebelum matahari terbenam semuanya bising dok menyembang tapi sekali dapat makan tetiba suasana jadi sunyi sepi, orang lain pun sama semua sunyi time makan hahaha sedap sangat dan tak perlu nak cakap dah, enjoy ja

 Sesudah makan adik bieber bawak kami ronda-ronda pusing sungai dulu sebelum hantar kami balik ke jeti. Perut kenyang hati girang, lalalalala......

 Terima kasih adik Bieber entertain kami, masa untuk pulang dan kalau ada umur yang panjang kita jumpa lagi.

Rabu, 1 Ogos 2012

Blueberry Cheesecake

Best Blogger Tips
 Salam Ramadhan...selamat beramal di bulan yang mulia ni. Yang berpuasa selamat puasa yang tak boleh puasa selamat makan hehehehe....

 Cheesecake ni 3layer kaedahnya sama jugak macam Strawberry Yogurt Cheesecake. Bahan pun lebih kurang sama saja cuma dari buah strawberry digantikan dengan buah blueberry. Lapisan yang bawah tu saya gunakan biskut oreo fillingnya perisa blueberry. Mungkin ramai yang kalau buat cheesecake guna biskut oreo ni akan buang filling tengahnya tapi bagi sayala buat apa nak membazirkan, lagipun filling ni boleh dijadikan agen untuk memadatkan biskut ni juga.

 Ini resepinya:
 Lapisan bawah: 
Bahan:
2 bungkus Biskut oreo berperisa blueberry
2 sudu butter yang dicairkan

Cara buat:
- Hancurkan biskut oreo sampai jadi serbuk dan gaulkan dengan butter.
- Padatkan dalam loyang, tekan sampai padat dan sejukkan dalam peti sejuk selama 30minit

Lapisan tengah:
Bahan:
6 kotak kecil yogurt berperisa blueberry
250g cream cheese biasanya saya guna brand tantura
1/2 cup whipping cream
1 peket gelatin brand halalgel
5 sudu air

Cara buat:
Rendamkan gelatin bersama 5 sudu air, biarkan sampai dia jadi keras
Pukul Cream cheese sampai kembang, bila dah kembang masukkan gula
masukkan whipping cream dan pukul lagi
masukkan yogurt dan pukul lagi
Dalam bekas gelatin yang mengeras tu masukkan dalam microwave selama 30saat atau sehingga gelatin cair semula. Kemudian gelatin yang cair tu gaulkan pelan-pelan dalam adunan cheese supaya gelatin tak berketul
Adunan tu kemudian tuangkan atas lapisan biskut oreo dan simpan dalam peti sejuk selama 3jam. Kalau nak cepat simpat kat tempat frozen.

Lapisan Atas:
Bahan:
1/2 cup air
2 sudu jam perisa blueberry
1/2 cup buah blueberry segar
1/2 sudu kecil gelatin

Cara buat:
Dalam pan, masukkan air, jam dan buah blueberry sampai mendidih
Tutup air dan sprinkle kan gelatin atas cecair dan gaul pelahan2 agar gelatin sebati dan tak berketul
tuangkan atas adunan cheese secara berhati-hati, jangan sampai adunan cheese pecah
Sejukkan semalamam. Saya sejukkan adunan kat tempat frozen juga.

 Saya guna buah ni sikit ja sebab rasa macam nak pengsan tengok harga sekotak buah blueberry ni. Kalau kat area Klang Valley mungkin lebih murah kot.

Selamat mencuba