Klik sini

Selasa, 28 Februari 2012

Passionfruit Cheese Yogurt Cake

Best Blogger Tips
Oh kepalaku serabut batman lagi ni hadoila....penatnya la.....macam-macam nak kena settle setelah diriku nak bertukar status dari bekerja kepada pelajar selepas ni. Memandangkan saya still nak jugak gaji jalan masa belajar, jadi kenala bersabar uruskan semua proses ni walaupun sangat remeh dan memenatkan. Hopefully semuanya dipermudahkan olehNya.

Serabut serabut ni memang best melayan diri menjamu dessert yang menyelerakan ni. Untuk kali kedua, saya buat lagi kek Passionfruit Cheese Yogurt ni. Kek ni cara nak buatnya agak remeh jugakla sebab kena buat 3 lapisan tapi memandangkan hasil yang sangat yummy, no hal la. Entry yang pertama klik sini


Apa-apa pun dimulai dengan lapisan paling bawah iaitu buat cheesecake dulu. Apa pun kena pukul putih telur sampai peak kemudian pukul kuning telur pula dengan bahan-bahan yang lain.

Sementara proses pukul memukul, kita sediakan bekas nak bakar kek ni dengan kaedah waterbath. Kaedah waterbath ni kena bakar dalam oven dalam air panas. Saya letak alumunium foil bagi mengelakkan air kat bawah tu masuk dalam kek pulak. Kalau bocor alamatnya kek saya terbantutla.



Okeh gambar-gambar di atas adalah proses untuk cheesecake base. Mula-mula saya pelik sikit dengan kek ni sebab guna tepung sikit je 20g tepung jagung lebih kurang 3 sudu je...ha...sikit kan. Ingatkan tak jadi tapi finally lepas masak elok pula kek. Bawah ni resepi.....

Cheesecake base
250gm cream cheese, room temperature
50gm sugar
2 egg yolks
100ml whipping cream
½ tbsp lemon zest
20gm corn starch

2 egg whites
1 tsp lemon juice
40gm sugar

1. Prepare an 8 inch round spring form pan. Refer here. Prepare some boiling water. Preheat oven to 150C (bottom heat only, if that is not available, wrap top of cheesecake when cake gets too brown. I intend this cheesecake to have a pale top.)
2. Beat cream cheese until smooth (no need to be fluffy), put in sugar and egg yolks and cream until combined.
3. Pour in whipping cream, corn starch and lemon zest, and mix until smooth. Set aside.
4. In another clean bowl, beat egg whites until frothy and put in lemon juice. Beat until soft peaks and gradually add in sugar and beat until medium stiff.
5. Fold egg whites into main batter and pour into prepared pan.
6. Bake for 1 hour. Let cake cool in oven with door slightly ajar for 1 hour. Then remove cake from oven and remove base pan that contains water and let cake cool down completely. Chill in fridge (still in pan) when cake has totally cooled.


Buah markisa ni saya beli kat tesco, 6 biji harganya RM5.00. Kalau nak tau, buah yang lebih sedap dan lebih manis bila kulitnya berkedut. Lagi berkerut kulitnya lagi manis dan kurang sikit rasa masam buah ni. Miss teori buat teori lagi, kalau salah taktau ar.

Bagi saya buah ni memang sedap sebab saya suka buah yang masam-masam manis.

Proses seterusnya iaitu lapisan yogurt. Proses nak buat lapisan yogurt ni lebih mudah sebab takyah nak masak-masak or masuk dalam oven dah.

Yogurt Layer
500gm plain yogurt
1 ½ Tbsp gelatin
50ml water
100ml whipping cream
70gm sugar
Extra sugar if needed (due to different level of tanginess of the plain yogurt, especially natural yogurt which is rather sour)

1. Put water into a heat proof bowl. Sprinkle gelatin over water. Let it bloom and then zap it in microwave on high heat for 30 seconds (or place bowl over some hot water to melt the gelatin). Let gelatin mixture cool down to room temperature.
2. Beat cream with sugar until soft peaks and mix in plain yogurt. Taste. If not sweet enough, add more sugar.
3. Run mixer on low and pour gelatin mixture into yogurt mixture.
4. Pour mixture over chilled cheesecake.
5. Place cake into freezer for 15 minutes.

Okeh....lapisan atas sekali ni paling mudah cuma bancuhkan gelatin dan campur dalam buah markisa dan tuang atas kek dan biarkan membeku. Kalau boleh bekukan kek kat tempat frozen semalaman.

Topping layer
½ cup passionfruit pulp (derived from 400gm of passionfruit, weighed when still fresh and unwrinkled)
1 tsp gelatin
1 Tbsp water
2 Tbsp sugar

1. Place gelatin into a heatproof bowl. Sprinkle gelatin over and let it bloom for 1 minute.
2. Zap in microwave on high for 15 seconds or melt over hot water.
3. While gelatin solution is still hot, mix in sugar and stir. It’s ok if it’s not fully melted.
4. Mix in passionfruit pulp and mix until sugar is fully dissolved.
5. Remove cake from freezer and touch the surface of the yogurt. It should be wobbly but should not stick to your fingers.
6. Gently spoon passionfruit layer over yogurt. Chill for at least 5 hours before serving.

Selamat mencuba dan menjamu selera...........

Isnin, 27 Februari 2012

White Coffee Pak Li

Best Blogger Tips
 Suka lepak-lepak kat sini sebab sangat cozy. Kat mana lagi kalau bukan Pak Li Kopitiam. Ini tempat favorite saya dan mr.soulmate bercerita kehidupan masing-masing maklumla long distance relationship kan.

Sabtu, 25 Februari 2012

Strawberry Yogurt Cheese in Jar

Best Blogger Tips
Hidup saya tak betul sikit sejak kebelakangan ni...sikit ke?atau banyak?yang pasti emosi memang tak stabil kot eh takla susah nak cakap. Saya tengah pertimbangkan antara belajar secara sepenuh masa dan kerjaya saya. Kadang-kadang kita selalu buat keputusan berdasarkan keadaan dan sanggup berkorban untuk orang lain sampai mangabaikan kata hati. Apa kata kita dengar pula kata hati mana tau kot-kot kita boleh buat keputusan yang terbaik. Kata hati saya adalah saya sangat berkobar-kobar untuk menyambungkan pelajaran di peringkat lebih tinggi dari sekarang tapi terlalu banyak pula halangan. Kalaula saya ni dalam dunia Naruto, dah lama saya buat Kage Butsi Ninjutsu iaitu teknik pembahagi bayang hehehe lama tak layan naruto.

Dalam keserabutan melanda otak dan hatiku ni baik jamu tekak dengan makanan yang lazat ni. Nak kata kek tak dak rupa kek dah, nak kata ais krim pun tak nampak macam rupa ais krim tapi dessert ni diadaptasi dari Strawberry Yogurt Cheesecake tapi versi dalam jar.

Dessert ni memang sangat menggoda tekak okeh dan sekali suap memang takleh nak berenti sampai ke titisan akhir. Cuma next time kalau nak buat versi jar ni takyah nak padatkan biskut di lapisan bawah sekali sebab kalau buat kek bolehla letak biskut sebab bila potong kek, tak berterabur lapisan yogurt dan cream cheese nanti. Kalau dalam jar ni tak kisahla cuma cedok je guna sudu macam makan ais krim je rasanya.

Resepinya pun sama ja macam dalam entry Strawberry Yogurt Cheesecake saya yang lepas.

Alahai sekejap je habis, rasa macam nak makan lagi.
Selamat menjamu selera.....

Selasa, 21 Februari 2012

Red Velvet Cake with Cupcakes Topping

Best Blogger Tips
Taraaa....inilah kek yang red velvet with cream cheese frosting dan bertoppingkan cupcakes red velvet. Kek ni saya buat istimewa untuk kakak opis sebagai hadiah perkahwinannya baru-baru ni. Sebelum buat kek ni saya konfius jap samada nak buat kek seketul ke atau nak buat cupcakes then puas berfikir-fikir maka tercetusla idea mengarut ala kretip ni hehehehe


Mula-mula saya buat kek dulu tapi saya potongkan kek ni kepada dua lapisan. Saya letakkan cream cheese forsting di antara layer ni.

Tak lupa juga saya sediakan cupcakes yang cumil-cumil ni. Syukur sangat cupcakes ni tak merekah tau sebab dulu masa zama-zaman nak belajar buat cupcakes ni, cupcakes mesti pecah merekah selepas keluar dari oven. Selepas dapat petua dari mr.gogo kalau nak bagi cupcakes ni tak merekah, masa kita preheat oven ni kena letak suhu yang paling tinggi. Masa kita nak bakar cupcakes barula kita pusingkan suhu kepada 180C. Miss teori berkata, sebab apa tau sebelum masukkan kek kena pusing suhu habis sebab.....bila oven sangat-sangat panas, kulit kek atau permukaan kek akan otomatik akan masak dahulu berbanding bahagian dalam kek ni. So, bila permukaan kek dah masak dia akan jadi keras dahulu dan bahagian isi kek akan slowly masak dan taklah kek jadi merekah atau pecah pada puncaknya. Mungkin ada teori yang lain tapi ini teori yang saya fikirkan la entah betul entah tidak.

Inilah hasilnya selepas diletakkan cream cheese atas cupcakes ni dan saya taburkan sikit hancuran kek atas cream cheese nak bagi bertambah cumil hehehehe

Kemudian saya ambik lidi pencukil gigi untuk cucuk bawah cupcakes ni dan tikam dalam kek supaya cupcakes atas kek ni takla terjatuh nanti dan senang kata lebih stabil atas kek ni.

Cupcakes dan frosting berlebihan bolehla buat makan sendiri

Kek ni saya hiaskan mengikut kestabilan buttercream ni atas kek. Bukan apa, memandangkan cuaca di Malaysia ni tersangatla panas jadi buttercream susah nak stabil dan mudah cair dan ditambah tangan yang tak berseni langsungkan lagila susah. Kalau nak tau resepi boleh rujuk dalam sini dalam entry saya yang lepas.


Selamat mencuba dan menjamu selera....

Ahad, 19 Februari 2012

Hat Yai...Train trip, Part 2

Best Blogger Tips
Alahai lambatnya kemunculan part 2 ni kan, sebab kebanyakan gambar-gambar ni besar dan jenuh jugak nak edit la crop la nak muatkan dalam entry ni.


Masa part 1 tu saya stop kat Stesen Padang Besar, Perlis kan...so, part 2 sambung kat sini juga la.

Padang Besar ni tempatnya kontena dari negara utara di bawa masuk ke negara arah selatan ni termasukla Malaysia dan Singapura dan sebaliknya. Lebih kurang port import eksport la, so Padang Besar ni memang busy dengan pertukaran kontena-kontena samada melalui lori dan keretapi. Masa kat Padang Besar ni kami berenti agak lama juga sebab proses cop mengecop passport dan sebagainya. Satu lagi pilot ketapi Malaysia akan bertukar tangan dengan pilot Siam untuk bawak ketapi ni masuk ke Thailand. Kat sini lepas proses mengecop passport, penumpang akan rilex-rilex dulu, samada ke toilet membuang hajat atau breakfast kat cafe. Kami berdua apalagi sessi bergambarla hehehehe....

12.00pm


 20minit kemudian dari Padang Besar, keretapi dah melalui pekan-pekan kecik di selatan Thailand. Yang peliknya masuk je Thai, jalan raya dan landasan keretapi tak selari atau bersilang 90 darjah, semuanya senget dan tak ada palang pun sepanjang landasan keretapi....cuma letak kon je kalau keretapi lalu. Maksudnya semua kenderaan termasuk manusia dan binatang kenala alert setiap kali keretapi lalu dan keretapi pula sepanjang perjalan asyik bunyi hon je. Masa dalam Malaysia train ni diam je, masuk je Thai hon tak berenti-henti.

Dah sampai sudah stesen Hat Yai....turun je dari train dok pikir nak jalan ke mana ni. Signboard pun tak reti nak baca semuanya tulisan Thai. So, kami ambik keputusan ikut je kaki nak pi mana. Memandangkan kami sampai pun dah tengahari, maka perut harusla diisi terlebih dahulu.




Ini merupakan pertama kali saya dan mr.soulmate ke negara asing ni, ditambah dengan penduduk yang sangat tak pandai langsung cakap omputih lagila seksa. Akhirnya kami dua berkomunikasi dengan orang tempatan guna bahasa insyarat badan je lebih mudah rupanya.

Akhirnya driver tut tut paham jugak setelah berpenat berisyarat nak pergi makan. Kami minta dia bawak restoran muslim kat Hat Yai ni sebab kami dah tentula nak cari tempat makan orang Islam. Harga tut tut dari stesen train ke restoren sebanyak 40baht iaitu bersamaan RM4. Saya dah tukar duit Siam ni awal-awal lagi dan rate dia adalah RM10 bersamaan dengan 100baht. So senangla nak kira harga balik sebab sama je dengan RM.

Inilah pemandangan sekitar bandar Hat Yai dalam tut tut. Tut tut ni laju kemain lagi driver ni bawak, sekali kona macam nak terbalik je. Kat bandar Hat Yai ni banyakla kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia terutamanya plat Kedah la. Rasanya lebih banyak plat Malaysia dari Thai kot sebab jalan mana ja akan jumpa orang Malaysia. Kalau bawak kenderaan sendiri masuk Thailand pun ok selamat je.

Akhirnya driver tut tut  bawak kami sampai ke restoran Hamid walaupun berkomunikasi dengan bahasa badan, sampai jugak kami kat sini. Masuk je restoran ni memang penuh dengan orang Malaysia ja dan waiter pun fasih cakap bahasa melayu, no wonder la driver tut tut ni macam tau-tau je orang Malaysia mesti nak makan kat sini.

Dahaga la sangat-sangat sebab penat nak cakap dengan orang sini ditambah cuaca yang super panas dan kering, memangla Thailand kan cuaca tropika tak sama dengan Malaysia yang lembap dan panas sebab cuaca khatulistiwa. Kat sini saya minum air mango, memang sedap airnya sangat menyamankan tekak. Tapi bila mula-mula buka menu terkejut jugak sebab harga dia mahal 3 kali ganda berbanding restoran Patanni kat Kedah. Agaknya sebab waiter kat sini semua pandai cakap melayu dan target marketing pun pelancong muslim, sebab tu harganya mahal.

Kami makan tomyam siakap, sotong masak cili stim dan kerabu manga. Menu wajibla kan sebab mai makan restoran siam.


 Sotong ni sedap, fresh dan tak liat. Kuah dia memang sedap sebab ada rasa masam limau, pedas cili padi, manis gula kabung dan masin sos ikan atau sos sotong. Cara dia masak dia tak ambik masa lama pun masak, stim sekejap je dan mungkin jugak sotong ni diperap terlebih dulu sebelum masak sebab rasa rencah sebati dengan sotong.

 Ini tom yam siakap. Pelik juga sebab tak pernah lagi jumpa tomyam siakap ni. Siakap ni rasanya fresh juga cuma kuah dia kurang sikit rasa dan agak cair. Walaupun harga dia mahal ingatkan sedapla kan tapi hampa sikit sebab tak sedap. Nampaknya tomyam Pattani jugak the best tomyam ever hehehehe

Ini kerabu manga, rasa dia sama ja macam kerabu manga kat Kedah cuma lainnya dia tak letak ikan bilis dan udang kering tapi dia letak sotong kering.

Kesimpulannya rasa makanan kat restoran ni takla sesedap makanan restoran Pattani kat Kedah. Harga pun mahal 3kali ganda dari restoran Pattani. Memandangkan kedai ni bersih dan servis pun elok maka takla nak kondem sangat restoran ni. Mungkin restoran ni yang terbaik di Hat Yai. Sedap ka tak sedap ka kalau lapar tu licin jugak kan hehehehe

 Moto cantik

Next destination, kami ke Hat Yai Plaza...saja nak jalan-jalan dan nak beli t-shirt Hat Yai sebagai bukti sampai dah ke Hat Yai, poyo dak?



Memandangkan kami berdua ni berlenggang kangkong tanpa bawa baju ala-ala nak menginap kat sini, maka kaki kami harusla gerak pantas sebab nak kejar last train balik ke Malaysia pula. Maka saya sambungkan trip ni ke part 3 pula sebab penat nak mengedit gambar dan upload gambar ni, maklumla ala-ala buta IT jugak ni
Hat Yai Train Trip Part 1
Hat Yai Train Trip Part 3