Klik sini

Ahad, 12 Jun 2011

Mee goreng cendawan

Best Blogger Tips

Sebenarnya taktau nak panggil apa menu ni sebab main campak-campak je ikut bahan apa yang ada kat dapur. Rupanya macam mee....saya panggil mee goreng cendawan la sebab ni kes nak perabih cendawan lepas buat mushroom soup ari tu.


Mula-mula saya tumis bawang+garlic, pastu masukkan ayam dan cendawan


Memandangkan sos tomato ala bolognes sentiasa ada dalam peti ais, saya gunakan sos tomato untuk masak ni dan saya pakai mee wantan. Saya memang tak pandai nak cita ingredient dalam menu ni sebab main campak-campak ikut suka hati je, layan gambar jela.


Baru angkat dari kuali tapi kurang color hijaula. Saya kurang berselera kalau hidangan takdak color hijau ni sebab saya hantu sayur hijau hehehehe


Tadaa...dah rebus sikit broccoli dengan cauliflower hias atas mee goreng ni, 
barula sedap nak makan....yum yum

Tiada ulasan: