Walaubagaimanapun saya kena habiskan beras sebelum ia rosak makan dek kutu beras. Kenapa beras zaman sekarang tak tahan lama?pelik jugak sebab dulu masa saya kecik-kecik dulu kalau simpan beras sampai setahun pun beras elok lagi tak diserang kutu beras pun tapi sekarang biar sebulan dah hancur rosak. Mungkinkah dulu tanam padi setahun sekali tapi sekarang dalam 2 tahun dah boleh tanam 5 kali. Teringat juga dulu zaman kanak-kanak rumah saya ada jelapang padi. Dalam jelapang padi tu simpannya padi selepas menuai. Sekarang ni kalau nak tengok jelapang padi kena pi muzium la sebabnya jelapang padi dah pupus tenggelam dek peredaran zaman. Kalau ada jelapang sekali pun mesti dah bertukar dari reban ayam atau stor simpan barang-barang. Sedih pula warisan dah semakin pupus.
Saya ni gambar blender pun nak ambil gambar jugak hehehehe....sebenarnya saya suka memenuhkan blog ni dengan gambar daripada penulisan. Boring kan nak baca tulisan panjang lebar, layan gambar jela lagi senang nak paham.
Mula-mula saya buat sambal dulu, saya kena rebus dulu cili kering dalam 20 tangkai dan blend dengan 5-7 biji bawang merah, 4 ulas garlic, 1 inci belacan bakar, 1 inci halia dan 1/2 cup minyak. Tujuan saya blend bahan-bahan ni semua dengan minyak supaya biji cili akan hancur dikisar sama. Kalau tidak kan dalam sambal ada banyak biji cili, makan biji cili kang sakit appendix pulak. So sambal saya tak akan jumpa biji cili hehehehehehe....
Ikan bilis ni saya gorengkan dengan minyak dulu dan ketepikan
Kacang tanah pun saya goreng tanpa minyak dan ketepikan
Dalam belanga yang panas, saya terus tuangkan bahan-bahan blend tadi. Jangan letak minyak dah sebab dalam blender dah letak minyak kan. Saya masukkan 2 batang serai yang diketuk, 2 sudu asam jawa Adabi dan sebatang kulit kayu manis dalam 3inci panjang. Saya perasakan dengan gula melaka dan garam. Kalau kering boleh tambah air.
Masa untuk masak nasi pula. Selepas basuh beras saya masukkan 3 inci halia yang dicincang, 2 ulas garlic yang diketuk, 5-6 biji lada hitam dan 2 helai daun pandan. Bahan utamanya saya letakkan sekotak marigold low fat milk. Bukan kotak besar tu, kotak yang ada straw kat tepi tu je. Tambah sikit air.
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang
7 ulas bawang merah (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
20 tangkai cili kering (dikisar)
1/2 cawan minyak (dikisar)
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan bakar (dikisar)
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak masak
Bahan-bahan (Nasi)
3 cawan beras
1 kotak low fat milk
3 cawan air
3-4 hirisan halia
2 ulas garlic
5 biji lada hitam
2-3 helai daun pandan
Sedikit garam
Cara-cara
- Untuk sambal, masukkan bahan kisar.
- Masukkan air, gula Melaka, dan asam jawa. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Untuk nasi, cuci beras beberapa kali. Masukkan susu, air, halia, garlic, lada hitam dan daun pandan yang disimpul. Masak dalam periuk yang bertutup di atas api kecil sehingga masak. Boleh juga kalau nak guna rice cooker.
- Boleh dihidangkan dengan telur rebus, kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.
Selamat mencuba
3 ulasan:
Sedapnya nampak... rasa cam nak masak nasi lemak gak hujung minggu ni.. hehehe
buatla senang kan, ikut je step by step
Sy tgk blog akk 2021.saja search nak buat nasik lemak dgn susu segar. Sbb kat rumah takde santan😂
Catat Ulasan