Klik sini

Selasa, 25 Oktober 2011

Oven Roasted Chicken Breast

Best Blogger Tips
Terliur pula tengok jus ayam yang meleleh tu hehehehe......
Weekend yang lepas, kakak call nak datang rumah. Puas bagi direction dan map finally sampai jugak dia kat rumah saya. Open house baru-baru ni pun dia nak datang rumah, dah sampai shah alam tapi sesat patah balik ke gombak balik.

Kiranya hari tu masak special sikitla untuk tetamu yang pertama kali bertandang. Itupun masa call cakap nak datang tengok kucing je huhuhu.....
Menu yang saya sediakan untuk kakak dan anak menakan ialah spaghetti dengan ayam oven dan apple smoothies. Syoknya tengok anak buah pulun minum smoothies. Dalam entry ni saya tunjukkan spaghetti dan ayam roasted dulu.

Saya buat spaghetti bolognese dan bahan-bahan dia macam dalam entry sebelum ni jugak cuma saya lebihkan olive dan mushroom.

Carrot pun saya lebihkan sebab ada anak buah, budak kecik kena makan banyak sayur.

Kakak saya naik hairan pasaipa saya masak dengan camera pun kat tangan hehehehe sebab saya suka buat 2,3 kerja dalam satu masa. Tapi tak tanya pun sebab apa.

Spaghetti yang dah siap ditos. Ketepikan.

Masa saya tengah sibuk-sibuk buat kuah untuk spaghetti, saya perapkan ayam dengan salt, black pepper, sweet paprika, thyme dan honey sikit. Kemudian saya masak ayam ni atas pan dalam 3 minit je.

Lepas tu dengan pan jugak saya masukkan dalam oven. Saya bakar dada ayam ni dengan suhu 200C selama 30 minit. Masa ayam dalam oven ni, dia dah mengeluarkan bau yang sangat melaparkan hahahaha...terus tak sabar nak makan sebab hidu bau yang keluar dari oven ni.

Bestnya bila bakar dalam oven, ayam tak mengecut dan isinya memang lebih lembut.

Pan bekas dari ayam ni, jangan dibasuh terus tapi buatlah kuah or something gravy ke terus sebab jus ayam yang melekit dalam pan ni memang mavelllessss la.

Selamat mencuba..

Tiada ulasan: