Khamis, 30 Jun 2011

Strawberry Custard Jelly

Malam ni nak buat dessert pulak la memandangkan stroberi dalam peti ais pun menunjukkan tanda-tanda hampir xpired hehehe.....best dak gambar kat bawah ni, sangat menggoda okeh......

Stoberi yang tabur kat bawah tu saja buat perhiasan, bakal-bakal nak buat stoberi cheesecake la pulak lepas ni hehehehe.....ketawa sebab badan dah gemuk

Dessert ni saya buat 2 layer. Layer bawah sekali tu custard dan atasnya jello berperisa strawberry, ermmm.....masih terasa lagi di tekak tetiba mouthwatering tap...tap... lak. Bukan nak puji diri sendiri kan tapi ini memang sedap...sedap gila.

Custard ni masak macam biasa dengan api yang kecik sambil whisk atas api pelan-pelan sampai dia pekat dan berkilat. Bahan yang saya letak 2 tbsp tepung custard+3 cawan susu low fat milk+1 tsb butter+4 tbsp gula+1 tsp esen vanilla (kalau ada vanila paste or vanilla extract lagi sedap)


Bila custard dah masak, saya tuangkan dalam gelas comei2 mcm ni dan letak buah stoberi atas custard. Dalam masa yang sama saya nak buat jeli pulak. Saya didihkan 500ml air dan kemudian baru tuang serbuk 90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)....siap bagitau brand lagi ha.....


CUSTARD JELLY
Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu low fat
4sb gula
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional
Cara-cara :
Satukan susu cair, gula, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu

Apa lagi dah siap masak, sesi photography pun bermula, snap sana tak kena snap sini tak kena...tak cukup cahaya...angel tak betul......dah la, tak sabar nak makan ni

Sila lap air liur anda hehehe...padahal air liur saya yang nak meleleh

Sesambil tengok cita desperate housewife

Tak sedar bila habis, cepat sangat....satu lagi pusingan hehehehe....

Tiada ulasan: